Wednesday, April 27, 2011

Gedung Suami


Sebuah gedung suami baru sahaja dibuka di Kota Bharu di mana wanita dapat memilih mana-mana suami yang berkenan di hati. Di antara arahan-arahan yang ada di pintu masuk termasuklah yang menunjukkan bagaimana peraturan untuk masuk ke gedung tersebut. 

"Anda hanya dapat mengunjungi gedung ini SEKALI sahaja. 




Gedung tersebut terdiri dari enam lantai di mana setiap lantai akan menunjukkan sekumpulan calon suami. Semakin tinggi lantainya, semakin tinggi pula nilai lelaki tersebut. Bagaimanapun, ini adalah semacam perangkap sebenarnya. 

Anda boleh memilih lelaki di lantai tertentu atau mahu memilih ke lantai berikutnya tetapi dengan syarat tidak boleh turun ke lantai sebelumnya kecuali untuk keluar dari gedung. Lalu, seorang wanita pun pergi ke Gedung Suami untuk mencari suami. 

Di lantai 1 terdapat tulisan seperti ini: 

Lantai 1: Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan dan taat pada Tuhan. 

Wanita itu tersenyum, kemudian dia naik ke lantai selanjutnya. 

Lantai 2: Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan dan menyukai kanak-kanak. 

Kemabali wanita itu naik ke lantai selanjutnya.

Lantai 3: Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, sukakan kanak-kanak dan kacak.

"Wow.." tetapi fikirannya masih penasaran dan terus naik. Lalu sampailah wanita itu di lantai 4 tertulis:
Lantai 4: Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, sukakan kanak-kanak, kacak dan ringan tulang membantu kerja rumah

Dalam hati wanita itu berkata, "Ya Tuhan, macam tak percaya. Ada juga lelaki sebaik ini." Dan dia tetap meneruskan langkahnya ke lantai 5. 
Lantai 5: Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, sukakan kanak-kanak, kacak, ringan tulang membantu kerja rumah dan romantis. 

Dia tergoda untuk berhenti tapi kemudian dia memanjat lagi ke lantai 6 dan terdapat tulisan 

Lantai 6: Anda adalah pengunjung yang ke 4,363,012. Tidak ada lelaki di lantai ini. Lantai ini hanya semata-mata bukti untuk wanita yang tidak pernah puas. Terima kasih kerana mengunjungi Gedung Suami. hati-hati ketika keluar dari gedung dan semoga hari ini hari yang indah buat anda.




p/s: kan best kalu btol ada gedung suami kat dunia ni?hihihi. I think my B memang available at Tingkat 5.haha



santai pagi

dulu..masa tak keje,
selang sehari aku mesti pegi jelawat
kuar dalam pukul 10 pagi
pakai tshirt dengan track bottom
masuk kedai
beli paper kosmo
order nasi air dengan teh o ais limau
baru rm3

okla tu, selang sehari je
sedap..
tak puas makan
tengahari dah tak payah makan
petang pulak baru cari makan

tapi sekarang
bila dah keje
jangankan seminggu sekali
sebulan sekali pun belum tentu
oh nasi air faveret ku..
sungguh aku rindu kamu..






nasi dia kena betul betul lembik, tak berbiji
sup jernih n cukup perasa
tambah ikan bilis jepun goreng
letak daun sup,daun bawang sket
letak kicap masin  sket
letak serbuk lada sket
letak air lada sket
jangan banyak nanti pedas tak habis
yummy..kejap je licin semangkuk. erkk alhamdulillah

kak, nasi air bungkus satu lagi!!! hehe

ps: nampak tak tarikh kat gambar tu..25mac. baru sebulan tak g makan, rasa macam dah bertahun..

Monday, April 25, 2011

kempen senyum selalu-datuk seri najib razak


wah..kempen baru ni macam nak perli aku je.hehe
aku terasa jugakla
sebab aku memang susah nak senyum
tambah tambah dengan orang tak kenal
muka aku plak kalu tak senyum,
semua orang cakap sombong, berlagak

tapi biasalah
ciptaan tuhan ni berbagai
takde yang sempurna pun
actually aku takdelah sombong pun
kalu member yang kenal memang peramah la sangat
sebab tu orang cakap tak kenal maka tak cinta

tapi kalu rekod dari masa sek menengah
masuk universiti
pastu masuk keje
dari dulu reviews yang  tetap sama
semua cakap aku sombong dan berlagak

sekolah menengah..naim lilbanat
a few best frens buat pengakuan
masa first time kenal masuk hostel
dorang sume mengumpat aku sombong
dok nyanyi sorang sorang sambil basuh baju

masuk diploma..uitm machang
zack, nano, arn
sume kutuk aku sombong
pengakuannya dibuat lepas jadi besfren

masuk degree..uitm dungun
baity, sue, dan sume classmates n housemates
pun sma jugak
mesti ada pengakuan

tapi bila dah jadi bestfren....
haa dorang sume taula perangai aku cane
banyak cakap, suka kritik orang
suka buat lawak serius
adorable darling frens la konon nya aku ni.hahahaha


belek harian metro hari ni pun 
kartun dialog kota raya tu macam kena je kat batang hidung aku la.hihi
 ada senyum pahit
ada senyum tak natural
ada senyum over la pulak
tapi apapun....

'senyum kena ikhlas...mesti lahir dari dalam hati..'






so..kita semua kena selalu senyum okeh
sebab senyum itu satu sedekah
pahala pun dapat
kawan pun dapat
hati pun bahagia

tapi janganla sebab orang tu susah senyum kita nak judge dia macam-macam
tak baik okeh.. ;)

Sunday, April 24, 2011

2K..

wah..aku dapat 2K ke?
bestnya..
agaknya dapat dari mana ek?
leh la g shopping barang kawen lagi
banyak lagi yang nak kena bayar  ni..huhuhu
alhamdulillah la..rezeki!

hahahaha sengal
berangan je ni
perasan duit jatuh dari langit atas riba aku
dalam mimpi bulehla..hihi

ni je 2K nya..

Kesal dari ella




lagu dari ella yang paling aku minat..sedap berlemak gitu
jom B..kita karok sama2 hehe


Kekal dari akak Ziana 




akak ziana memang la aku minat dari dulu lagi..
sume lagu best best
so layan jelah..

Friday, April 22, 2011

eskrem batang jeruk pauh ringan

sape paham tajuk post ni?
orang kelate paham la kot..
orang kampung..
orang bandar tak faham kot..
orang kampung yang duduk bandar faham ke tak ek?
kalu faham pun, buat2 tak faham kot? hehehe

apa yang ko membebel ni syaitooonn?????????
hahahaha..
ada ke ckp gitu kat diri sendiri..

skang ni kelate panas sangat sangt tersangat la panas 
sampai menggelegak n berdenyut kepala hotak haku setiap ari..
gitulah ibaratnya..

so alternative menyejukkan badan dan tekak amatla perlu untuk aku menghadapi ujian kepanasan ni
memandangkan skang musimnya..
ibu dan ayahku di paksa bersama2 menyediakan aiskrim murah,mudah dan cepat untuk ku melantak setiap masa di kala tekak ku memerlukannya..





 ni je bahan dia..buah pauh ringan atau bahasa bandar dia mangga muda. memang banyak la kat umah aku beratus ratus bijik buahnya..haha ntah bila aku g bilang tak tahu pung

lepas tu kopek kulit and potong-potong kecik.
yang tu keje aku lah
pastu mak rendam dulu dua tiga malam..
pastu bru dia masak kuah apa ntah jadila gini..bukan aku tau sangat pun cane nak cite.huhu





letak dalam peti ais bagi sejuk. buleh makan gitu je tapi aku suka buat eskrim lagi sedap..
so aku pun ambikla plastik eskrim, masuk isi and air dia..
aku pintal pintal pastu ikat
kalu aku malas  aku bedal ikat ngan getah urat je.hahaha





ni hasil dia yang mak aku ikat..aku buat asik x jadik je..hampeh tol, bru cita2 nak niaga eskrim
ok lepas tu masuk peti ais sejukkan bagi keras
esoknya pagi2 lagi walaupun tak panas bleh la ambik makan





menyampah je aku tengok budak kecik ni bedal eskrim aku
makan je reti
sampai kembang lubang hidung
best sangat la tu..

makan eskrim ni memang tak sedar lepas satu, satu masuk perut
berentinya  bila tekak dah sakit ataupun eskrim dah habis..hahaha


sekian..jemput makan eskrim ya!!

Tuesday, April 19, 2011

perihal kawen




days to goooooooo.......
 

kalau nak di hitung dikira tambah tolak ada lagi 46 hari sebelum akad nikahnya..
perasaan aku?
setakat ni rasa biasa je..
cuma ada time-time yang aku tertanya tanya aku dah sedia ke?
hmmmm..tak tahu!
dah 27 tahun aku hidup dengan famili sendiri dah kenal macam2 ragam semua mak, ayah adik beradik
tapi 46 hari selepas ni aku akan berada disisi dia, bersama keluarga dia.
family dia ok
mak ayah dia ok
kakak-kakak dia pun ok la kot
insyaallah aku ok la nanti!huhuhu



bila aku badmood



 bila aku badmood
 blog? tolak tepi!
puas la nak gali itu n ini, tapi asek masuk draft je
actually dua tiga hari ni macam penat jek
penat menyembur n lepas geram..hahaha
B..u know what i mean kan?
benda kecik je, tapi selagi tak lepas geram bengkak je rasa..haihhh


bila dah badmood
benda kecik pun aku nak kecohkan
sume aku tak puas hati
sume benda tak kena 
sume orang salah di mata aku
memang salah pun..
sila mengaku ye!


bila aku badmood,
aku stat makan coklat yang terperuk dalam food box aku
orang cakap kalu period elak kopi n coklat
aku peduli hapa!
yang penting aku gembira


bila aku badmood, 
orang yang paling baik dengan aku
orang yang paling aku sayang
orang yang mengadap aku sehari hari
semuanya aku akan komplen
semuanya buat aku jadik bengang.


aku benci bila aku badmood,
jadi, jangan buat hal yang buat aku badmood
so layan aku elok elok
jangan ignore aku
kena selalu fokus kat aku
faham?


**sila abaikan sume tu kalu mood aku memang tengah elok! tenkiu



bila marah, rasa mcm nak telan je hidup-hidup! neway, i tetap luv u B!marah-marah sayang je.. ;-p

Saturday, April 16, 2011

1 unsatisfied customer!!

subject: pizza hut KK

first time aku bli take away from pizza hut..
xde spoon untuk soup
beverages dorang just bagi dalam can je..
buleh gitu?

aku rasa satu services yang memang amat stupid + kedekut!

dia ingt semua orang take away nak makan kat rumah ke?
semua orang nak simpan satu set sudu garfu ke dalam handbag?
perlu ke nak mintak set sudu, sos n tisu from dorang?

kalu mcD dengan kfc leh bagi, nape pizza hut tak boleh?
bukan ke sume fastfood?
rules n regulation mana dorang pakai?
so stupid

B pun satu hal, bila aku suh pusing balik nak g mintak sudu,
konfiden je cakap pizza memang x bagi..
pandai la sangat..
padahal laina sofia cakap dia bagi je kalu kita mintak..
lagila bertambah hangin aku!
tak faham2..

grrrrr...buat rosak mood sajer!!!




nilah pizza yang jadi mangsa aku semalam...
kongsi dengan laina, 3 slices sorang..
nasib baik sedap..grrrrrr
tapi bila B tanya makan sedap ke tak, aku jawab tak..
mode merajuk konon..hahaha


Wednesday, April 13, 2011

aku benci PMS!!!!!!!

bulan lepas 19haribulan, so mengikut jangkaan bulan ni 17haribulan la. Hari ni dah 13hb, so ada lagi 4 hari aku akan berada dalam mood nak meroyan nak mengamuk, nak moody, nak menanges tanpa usul periksa...fuhhhh, penat penat n penat. Actually aku pun tak faham nape asal pms je nak kena jadi perangai gitu..katanya sebab hormon. btol ke? nape plak hormon tu nak buat kita jadi berperangai negatif? bukan ke elok kalu hormon tu buat kita rasa nak tergelak sepanjang hari instead of nak nanges sebab-sebab benda bodoh..tak faham sungguh!!

tapi kalu aku dilahirkan sebagai lelaki, mesti aku rasa orang pompuan ni ngada je lebih, saja nak guna alasan pms untuk marah orang sesuka hati. tapi hakikatnya, benda ni magically dapat menterbalik kan putaran hidup seharian 180 darjah.

sape suka nak marah kokse? giler ke hapa?
sape suka nak nangis kokse? banyak sangat ke air mata?

actually aku mengaku aku memang jenis yang manja gelebek la, kalu part nangis belas kasihan bagi jek kat aku, pendek kata erra ratu air mata pung leh kalah ngan aku, tak payah nak guna eyemo pun, tapi sejak dah bertunang, fikir dah nak jadi bini orang ni, memang dah kurang la sket habit menangis aku ni..tapi asal nak period je, air mata mula la nak bercucuran utk sebab kecik+bodoh+sengal..

contoh...
1. B tertido masa dok mesej..nangis!
2. B takleh nak bayar tempahan hotel untuk g honeymoon nanti sebab bank takde karan..nanges bengkak mata
3. B lambat balas mesej..nanges lagi!
4. B tak sempat nak balas mesej sebab keje...(kalau btol dia buat keje la)..nanges lagi n lagi..

banyak sangat ke takungan air mata aku ni? sampai nak melimpah keluar macam limpahan gunung merapi di indonesia? haishhh, masalah sungguh..





haaa, tu baru cite tang peel asik nak menangis jer, blum masuk hal perangai lagi. ish ish ish




Tuesday, April 12, 2011

me n B...





dis weekend, spend hujung minggu with B on sunday..dlm kul 11 dah siap2, dekat kul 1 baru B kuar ofis..huhu cair dah makeup i tau, mood pun nak lari dah sket

bila B sampai try la control, sian B dia dh penat, kalau aku plak wat muka..tak patut la kan?hehe...yey muis, u can do it girl!!hehe hanya aku n B yang faham..B faham kan?kan?kan?

first destination, g maybank sebab B nak setelkan keje dia. Arini mood dia kureng sket, so dia membebel tak puas hati pasal collageous dia, aku dengar jelah.hihi

b tengah bebel, muncung je mulut.hehe



lepas bebel dia cakap dia ngantuk sebab takleh tido tengahari..


lepas setel keje B kat bank, kitorang singgah makan. Aku nak makan mee celup je, B plak nak makan nasi kak wok. Eei x selera tekak la nak makan gulai tengari buta ni. so B bungkus, n bawak g makan kat kedai mee celup.hehe..ke lagi elok bungkus mee celup makan kat kedai kak wok ek B?hihihi...



dah kenyang makan, lagila b mengantuk. nasib baik dia tak tertido kat situ...ish ish ish




mee+mihun+kuewtiow sup...sup sedap, tapi mee macam banyak bahan kimia jek..euww



ABCM...air batu campur miskin. Kacang takde, jagung takde..dahla sume tu kesukaan aku, hampeh tol. Baik minum sirap campur susu letak ais jek..(bunyi macam air bandung je..hehe)



tekun aku hirup kuah sup sampai licin...burppp..alhamdulillah, kenyang...



after that, kul  2lebih ku anta B balik ofis, n then aku rembat kete B bawak g setel keje kat kb lak..singgah balai islam tuk daftar kursus kawen, n then g anta resume kat BSN n trus bergegas balik rumah sebelum jalan stat jem orang balik keje plak, nasib baik cuaca redup je, siap hujan cat n dog lagi, so xdela berpeluh ketiak aku..hihi

skang sambung cite ngan B sesi petang plak.........

*
*
*
*
*

*
*
*
*
(
*
*
*
*
*
*
(

hmmm, malas plak..sambung lenx jelah...... ;-)











Monday, April 11, 2011

sebuah kedai di kaki bukit.......



kalu baca dalam nada seram, mesti seram je kedai ni. yela, duk kat kaki bukit sangat. orang yang bertapa atas bukit marak tu jelah agaknya pelanggan tetap dia.hahaha

actually bukan kedai dalam hutan pun, tepi jalan besar jem, saje je nama kedai kasi gempak. tapi ku rasa kalu kedai di pinggir bukit lagi sentimental kot? ntah, gasakla...


memandangkan skang tak berapa sehat, batuk2 je, nak makan nasi pun x selera. malam-malam, time sejuk batuk terkokol-kokol macam nak tercabut anak tekak, macam nak terkeluar bijik mata aku, dapat pekena tomyam panas masam-masam masin alangkah nikmatnya..




aku yang masih ceria menanti order siap. 

tomyam putih sedia untuk dinikmati seorang diri..

actually. makanan dia aku leh bagi rate 6/10 jek, xdela best sangat pung  tapi servis bestla. makanan pun cepat siap, xdela aku nak menahan kegeraman di kala tengah kelaparan.hehe

satu je aku perasan, tiap kali aku g sorang or g makan dgn B asik abang yang kurus tinggi tu je datang ambik order, padahal ada dua tiga orang lagi pelayan yang len. pelik tol..okla tu, ada pelayan khas.hihihi



Friday, April 08, 2011

its POSITIVE!

of course la positive! takkan negative kot.hehe
sex bebas?-aku bebas
operate masuk darah?-aku bebas
kawan dgn org ada hiv?-aku bebas
share jarum suntik dadah?-aku bebas

so apa chance aku nak kena hiv positif? 0-0-0 percents.hehe




tapi mandangkan first time aku buat ujian hiv, walaupun yakin 100 peratus, tapi sementara duk menunggu kepustusan tu sama ada satu line atau dua line.....haish, debar jugak weh.hahahaha

even b pun yang baru buat segala jenis ujian darah sbb operate lutut ritu pun, dia ngaku ada sket berdebar.haha nape B? i smell sumthing fishy here......hehehehehe



turn B dulu..hehe




B dah siap..turn aku plak. cuak cuak cuak.haishhhh




ahdui, x sakit pung.hehe. darahku cair je..macam B punya pekat..



nampak tak? satu line je kat area purple tuh..means positive.hehe




pengisian form utk urusan nikah kahwin nanti...

dah selesai satu hal penting dalam urusan borang nikah kahwin. Ops, kursus x lagi.haha rileks je aku ni, x sampai dua bulan pun lagi

xpela, 50% dah setel..buat2 rileks je.hehe






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...