Sunday, July 31, 2011

semakin hampir....



malam tadi aku tertido masa teman B tengok f1 qualification round
then aku bermimpi lagi
mimpi seolah olah dunia hampir kiamat
hanya aku seorang yang masih ada
berdiri di atas sebuah bangunan
melihat semua kehancuran yang berlaku sekeliling aku
masa tu tepat jam 0518 petang
kiamat akan berlaku tepat masuk waktu maghrib..
tiba tiba aku terjaga
rasa takut
seminggu lepas dah sekali aku bermimpi pasal kiamat
mungkin aku terlalu banyak fikir kot..

tapi takpelah atleast sedikit sebanyak boleh menginsafkan diri aku
sebab aku tahu aku memang banyak dosa
dosa pada mak ayah
dosa pada suami aku
dosa pada orang sekeliling aku
dan paling banyak dosa kepada tuhan aku

aku harap kedatangan Ramadhan kali ini dapat menjernihkan balik hati hitamku
dapat menambahkan lagi timbangan pahala aku
dapat mengurangkan sifat mazmumah aku
terimalah ibadatku ya Allah
amin ya rabbal alamin..


ramadhan kali ini



tahun ni, 2011 kali pertama aku menyambut ramadhan
sebagai seorang isteri
bersama suami
bersama keluarga mertua
menyiapkan makan sahur
mengejutkan B makan makan sahur
berbuka puasa selayaknya suami isteri
huhuhuhu

malasnya nak bangun sahur
kalu aku sorang senangla kalu taknak bangun pun
tadi bila tanya B, kita nak makan lewat ke nak bangun sahur B?
(dalam hati biarla B malas bangun jugak..)
tup tup B cakap kita bangun sahurla sayang
huwaaaa
ok tak putus asa lagi
"tapi B, nanti kan kita sedap tido, malas pulak nak bangun.."
"rajinla sayang.."
huwaaaaa
"tapi B nanti senang ke nak bangun?"
"senangla sayang.."
double huwaaaa!!!!

ish tensionla..
tension tau
kena bangun kol 4 pagi n masak
huhuhuhu
takkan nak bagi laki ku makan lauk sejuk
haihhhhh...

takpela
boleh pahala aku sediakan makanan untuk orang yang nak berpuasa
apatah lagi laki ku sendiri..
haihhhhh
nyesal kawen.....hihihihi 
tak pun!!!hahaha

adala taktik aku nanti..
tungguuuuuuuu...


Saturday, July 30, 2011

ditinggalkan akhirnya.....



dalam kesedihan sebab first time berpisah lepas kawen
hubby kena pergi kursus 3hari 2malam di tasik kenyir
pagi semalam b bertolak dengan bas IKBN pukul 10 pagi

bangun dari tido terus packing baju yang b nak bawak
based on kertas tentatif program banyakla jugak baju kena bawak
baju formal
baju kasual
seluar track
baju untuk aktiviti keagamaan
kasut kerja
kasut sukan
toiletries
tuala

penuhla satu beg
b cakap ni first time dia g kursus bawak penuh satu beg
hehehe harusla
sebab bila aku packing baju mesti lebih dari kegunaan
baik lebih dari tak cukup

so lepas packing terus siap sebab nak keluar awal sikit nak breakfast sama
aku sampai tak jadi nak puasa ganti hehehe
masa otw ke IKBN b tanya 
"sayang sedih tak B nak tinggal ni? takdela orang nak peluk tido malam.." hehe
masa tu aku tak sedih pun
so aku dengan berlagak jawab
"alah, tak sedih pun..dah biasa.."

tup tup masa aku tengok bas gerak je keluar dari IKBN hati dah rasa sayu
tapi masa tu tahan je
after that sampai je rumah b dah kol
masa tu barula rasa sedih
masa cakap 'B, sayang sedihla.."
masa tu memang dah bergenang mata
so terus letak

lepas tu naik je kete n terus drive airmata terus berguguran
nangis la aku beriya iya
sampai nak teresak pun ada
hahaha memang sengal gila
baru laki tinggal pegi kursus tu..

bila dh nak sampai kedai emas aku stopla nangis
masuk je kedai banyakla pulak cermin
tengok mata n hidung dah merah
siap sok sek lagi
ish ish ish
memang muka x malu
hahaha
mesti akak kedai tu ingat aku ada masalah apa tadi elok2 je..hehehe

bila ingat balik rasa nak gelak pun ada
umur dah 27 tahun
dah berlaki pun
sikit lagi ada anak
tapi perangai suka nangis ya ampun memang la susah nak ubah..huhuhu
sabar jelah!!!!

tapiiiiiiiiiiiiii
tu cite  3 hari lepas
B dah balik pung
yahuuuuuu!!!!

ni je souvenier dari tasik kenyir
dua set keychain untuk B n aku
thank u darling..xoxoxo






Friday, July 29, 2011

the ring>aksesori>cincinkudia



the ring tajuk cite hantu korea sengal bodoh tu kan?
wat geli ketiak je hampeh tak seram pun..
tapi bukan nak cite pasal the ring tu la.hehehe

ni pasal ring..cincin..our ring..me n hubby punya cincin.hehehe
both of us dua dua tak suka pakai cincin sangat sebenarnya
macam B dia cuma suka pakai jam
aku pulak kalu aksesori paling suka jam n subang jelah

tapi bila dah meningkat dewasa barula setat suka pakai barang kemas
so pakaila gelang
rantai leher pulak pakai sekali setahun bila hari raya
sebab aku tak suka kalau nak tido rantai tu dok belit belit kat leher
annoying ok
siap belit kat rambut la lagi
so memang buat aku macam kucing nak beranak je.hehehe

tapi bila dah kawin b cakap kenala pakai lengkap
sebab dok umah dia kan
nati orang cakap aku ni cikai sangat takde barang kemas
tu yang aku tak faham
tak pakai tak bermakna tiada
low standard punya mentaliti sungguhla..

so aku pun pakaila rantai leher,gelang,subang n cincin siap dua bentuk lagi okeh
mula mula memangla tak biasa
tapi lama lama okla..hehe

cantik jugak pakai barang kemas
nampakla meriah sket
takdela macam ayam togel je
hahahaha
aku dah melalut lagi
nak cakap pasal cincin je sebenarnya..hehe
so dis is our tied a knot ring


saje cincin pose kat calculator sempena keje kitorang yang berkaitan dengan duit dan pengiraan..hehehe

cite pasal pencarian cincin pun simple je
bila kitorang dah decide nak bertunang dalam kepala aku dah set
nak cincin emas kuning dengan satu batu sahaja
taknak yang bercorak bunga or batu banyak or complicated design
untuk B pulak aku nak batu putih jugak
taknak yang batu kaler kaler

so kitorang surveyla dekat area KB sebab lagi banyak pilihan
bila masuk kedai yang ke empat tengok barang macam sikit je display
tapi takpela masukla jugak
n bila masuk tengokla sebentuk cincin emas putih ada satu batu n batu berderet kiri kanan
memang terus berkenan tapi almaklumla emas putih memangla mahal
frust dah kejap

tup tup rupanya ada yang design sama tapi emas kuning
bila try je elok muat je dengan jari
wallah memang hepi sangatla aku
telek punya telek ya allah cantiknya
pastu ternampakla pulak cincin untuk b
batu putih macam yang aku nak!!!!
tapi cincin silverla bukan suasa
ahh tak kesahla

Bila B try memang elok2 je dengan jari dia
ya allah memang double happiness la
tak sangka dekat kedai tu akhirnya boleh dapat dua dua cincin yang memang aku berkenan sangat
aku agak cerewet hokey!!huhuhu

syukur...
pastu bila telek balik cincin aku ni ada iras iras cincin kak roha jugak
hehehe
tapi of coursela yang dia punya lagi mahal
pastu hari bertunang aku siap letak dalam bekas cincin tomei lagi.hahaha
padahal cincin cap kedai emas kelantan jek..
sukahati sayala!!! ;)


Thursday, July 28, 2011

pengantin sakit


cerita hari nikah
bangun je pagi tiba tiba rasa sakit tekak
sakit bila nak menelan..
aduii takkan la hari nikah aku ni jugak dia nak buat hal

sebenarnya benda ni dah biasa pun
sakit tekak nak menelan ni sebab aku memang ada tonsil
takdela sampai demam apa
tapi seksala
n buruk la muka aku sebab berkeriut muka tahan sakit masa nak menelan..huhuhu

dahtu nak buat cane
ubat memang takde stok
pagi2 dah kena bangun n mandi sebab nak kena makeup untuk akad nikah
so abaikan jelah dulu
tapi bila aku bangun tido n terasa je sakit aku terus g bilik mak
kejut dia dari tido
n bagitau sakit tekak sambil nak menangis 
hahaha
aku memang takleh blah kalau sakit gak
mulala ngada nak menangis sume
sakitnya tak seberapa pun

then dekat kol 9 siapla makeup
sebab masa tu cik arn dah ada ada mintak tolong dia berenti kat klinik ikhlas belikan ubat n aku tunggu dalam kete
bukan saja nak ngada2 susahkan dia
tapi malula dah pakai baju nikah n makeup sume orang tengok

so arn cuma belikan ubat tahan sakit tekak n ubat kemam..
so aku sampai je rumah terusla makan ubat tu dengan harapan sakitnya berkurangan
masa tulah aku baru ingat nape aku buleh sakit
sebab sehari sebelum nikah tu aku g makan kenduri n aku ratah sambal ikan bilis dengan kacang banyak gila
padahal aku dah tau tonsil ni memang pantang makanan berminyak n pedas
padanla muka aku
pastu cakap kat mak dia bebel jelah marah
huhuhuhu


ubat biru untuk kunyah
sedap giler macam gula2..hehe

nampak tak tarikh kat paket ubat tarikh nikah aku 5/6/2011.hehe
akhirnya, atas sebab misscommunication, pernikahan aku dilewatkan dua jam..
so by the time dah akad nikah alhamdulillah tekak dah ok
ntahla, aku pun dah lupa
agaknya masa tu dok kalut kalut sampai lupa sakit tekak kot..hahahaha




Tuesday, July 26, 2011

praktis makes perfect!

last saturday pegi melawat besan mak ayah kat husm
otw nak jalan ke parking ternampak satu wheelchair yang orang tinggalkan 
so aku pun tolak n suruh ayah naik

sebab sekarang ni ayah macam dah tak boleh jalan elok
sakit kaki n sakit tumit
jalan pun pelan pelan je
so aku suruh la ayah duduk n nak try tolak la
nak tengok larat ke tak
sebab ayah boleh tahan jugak berat badan dia

so bila ayah dah duduk aku tolakla dalam 200 meter
sambil gelak gelak
mak dah bebel marah suruh turun cakap ayah buang tabiat.hehe




okla ringan je wheel chair tu walaupun berat ayah nak dekat 70kg
praktisla
nanti kalu ayah dah uzur aku larat je tolak hehe
tak payah aku nak harapkan orang lain

selama ni pun aku yang duduk rumah
yang selalu teman ayah pegi klinik,hospital
adik beradik semua jauh
yang dekat pun dah berkeluarga
ada komitmen banyak

tapi sekarang aku pun dah kawen
mestila keutamaan untuk suami
rasa bersalah jugak sebab dah tak banyak masa buleh luang untuk mak ayah
berdua je dorang kat rumah tu
walaupun aku selalu gaduh bertekak n melawan cakap mak ayah tapi aku memang sayang mak ayah 
aku harap dorang sehat selalu 
panjang umur n sempat berjumpa dengan bakal2 anak aku..
ok, aku dah setat sedih... :(
byebye



Monday, July 25, 2011

klasik+kelakar..

break sekejap dari entri cerita kawen..
semalam teman ayah pegi klinik balai,bachok
so masa tengah menunggu tu terpandangla something yang........

first time jumpa
first time tengok
and kelakar la bagi aku
hehehehe


  tolong tanggalkan pakaian anak anda sebelum ditimbang ;)



cuak giler muka baby kena baring dalam tu..huhu


alat penimbang baby yang dibuat dari kayu
siap balut dengan kertas pembalut lagi
hahaha memang kelakar gila
kalu aku dah ada baby nanti tak gamakla nak letak dalam ni


zaman it sekarang pun ada lagi benda tradisional macam ni..
hmmm mentangla klinik luar bandar
alatan pun nak ala2 kekampungan jugak..huhuhu




Friday, July 22, 2011

Wedding: Dulang Mas Kahwin


Assalamualaikum


Selain 18 dulang hantaran belah pihak aku dan suami, ada lagi satu dulang hantaran untuk letak duit hantaran merangkap mas kahwin. If negeri lain, duit mas kahwin dan duit hantaran tak sama, tapi di Kelantan selalunya kami gunakan duit hantaran sebagai duit mas kahwin. Contohnya if suami bawa duit hantaran RM10k, jumlah tulah yang digunakan sebagai mas kahwin. 


Selain duit hantaran, biasanya pihak lelaki akan bawa jugak barang kemas sebagai hadiah. Dekat sijil nikah nanti memang dia akan state both duit hantaran dengan hadiah sampingan tu. If banayk bajet bolehla bawa satu set barang kemas pulak. Hadiah barang kemas tulah biasanya yang digunakan masa nak membatalkan air sembahyang.





Untuk dulang hantaran ni, guna gabungan warna merah dan putih je. Guna hiasan bunga yang sama dengan hantaran belah suami. Tapi idea kawan aku ni guna dua ekor angsa, aku suka sangat sangat. Masa mula mula tengok memang dah berkenan.hihi...


Bekas untuk letak duit hantaran pulak, aku beli dekat Lovely Lace di Melaka, RM29.90 sahaja. Masa tu memang dah plan nak cari bekas yang tertutup, tapi tak jumpala pulak, So ambik bakul macam ni je. Aku memang taknak guna album untuk isi duit hantaran, sebabnya pengalaman masa kakak kahwin dulu, alahaiiiii penatnya nak keluarkan semua duit dari album tu.huhuhu. 


Disebabkan duit hantaran ni di luar bidang kuasa aku, so sedikit tak berpuas hatilah dengan cara duit ni dihias. Sepatutnya ikatla dengan riben besar kat tengah tengah and baru letak dalam bekas renda tu. Ni ikat ala ala je, huhu. Tapi takpelah, kita lupakan je. Let bygones, be bygones. Then, untuk letak gelang hantaran mulanya nak beli bantal heart dan gantung rantai kat situ, tapi fikir balik hmmm macam leceh je. So kansel plan dan letak gelang dalam bekas asal dia, done! 


Disebabkan masa bertunang dan dapat cincin dan aku pun dah ada beberapa bentuk cincin, so untuk akad nikah ni mintak gelangla pulak. Gelang pun aku yang pilih sendiri, pergi dengan tunang je masa tu. Taknakla if orang lain pilihkan, nanti tak kena dengan selera.hehe. Yes, memang aku ngengada pun ;p







Cute je kan? Angsa betina siap pakai hair clip lagi. Tapi, angsa ada rambut ke?hahaha. So nice. Bekas renda tu pun sampai sekarang aku still guna lagi. Buat letak barang barang perhiasan, broach dan jam. 


Okay, tu je nak share kali ni. Sampai ketemu lagi ye, daaaaa....  :D









Wednesday, July 20, 2011

WEDDING V8: BUNGA MANGGAR


Assalamualaikum
bunga manggar untuk perkahwinan aku handmade oleh tangan aku sendiri
sampai luka luka tangan masa nak siapkan 4 bunga manggar
3 hajatnya nak letak di setiap simpang terdekat dengan rumah
n satu nak letak di halaman rumah

so gigihla siapkan
comel comel je bunga manggar yang aku buat
pastu disebabkan something personal aku pun nak letakla jugak gambar kat situ
hehehehe
 b tahu nape kan?

tapi last2 atas nasihat mak, tak jadi nak letak gambar
dia tak bagi
alasan tak logik dia
"takut nanti ada orang ambik gambar tu..."
yang berkaki

aduiii..pemikiran warga emas ni memang susah nak ubah
tapi takpelah..

so alang2 dah ada 3,4 keping yang b dah print kaler n laminate
so nak puaskan hati aku buat jugak n pacak depan rumah
aku siap kebas batang penyapu kat dapur
hehehe
masa orang tengah ramai2 nak kemas dapur sume cari batang penyapu
tingal bulu dia je
hahahaha
tak kuasala aku nak g cari buluh bagai
guna batang penyapu lagi senang
siap kaler ijau lagi



cantik kan? tapi petangnya bila kuar nak ambik gambar outdoor dah jahanam dah
kalu aku tau tangan gatal mana yang rosakkan memang kenala..haihhh geram btol






patutnya batang penyapukaler ijau ni kena lilit jugak dengan lebihan bunga manggar





close up...
saje je letak alamat siap
macamla orang tak kenal rumah..hehehe




Tuesday, July 19, 2011

WEDDING V7: BERINAI


Assalamualaikum

nape sume orang bila nak nikah berinai?
tolong jawab?

tapi ada sesetengah orang tu
orang kelate cakap orang jangok
suka pakai inai
habis je pakai
habis je pakai
habis je pakai


ish ish ish
aku dulu masa budak budak pun suka pakai inai
petik daun inai
siat daunnya pastu tumbuk
pastu macam macam petua la orang cakap kalu nak bagi inai merah

taruk arangla
taruk nasila
taruk belacanla
taruk taik idungla..

hahahaha...
part taik idung tu aku tambah hokey..
bila pakai inai masuk je tido pagi esoknya bertabur la inai kat tempat tido
satu kejenya pulak nak bersihkan
kadang2 balut pakai plastik
pun habehla tercabut
mandi pun nak pakai plastik
sama je

tapi bila masuk u
ada rasa orang yang suka berinai ni
macam kg type
too kampungan
nampak kotorla
hahaha
pendapat aku je hokeh
yang ada pakai tu jangan terasa...
hahaha

tapi bila nak kawin ni, aku pun kalut nak berinai gak
hehehe
mulanya nak inai jari je
pastu bila tengok kat fb Huz Aine Bridal punya inai simple je
so terasa la nak lukis inai jugak

walaupun mendapat tentangan dr tok bilal mail dan isteri dia 
tapi aku pekakkan telinga je
tu pun lepas mintak pandangan kakak ku pn isroha
dia cakap alah buat je pedulikan cakap mak ngan ayah
hahahaha
 gila dosa tak dengar cakap dorang

so hari kamis lagi 2 hari sebelum akad nikah dah pi lukis n pakai inai
disebabkan tak nak lukis banyak n nak nampak penuh
aku suh pn aine lukis bunga besar besar









actually takdela buruk pun pakai inai ni
nampak cantik
nampak berseri
nampakla pengantin barunya
hehehe

tapi menjelang hari nikahnya
bunga inai dah ala ala nampak tak nampak
dah nak buat cane
dalam 3 hari tu aku bantai mandi siap pakai sabun siap basuh pinggan bagai
rugi duit i tau..huhuhu

pengajarannya: berinai malam sebelum akad nikah hokeh....



Monday, July 18, 2011

WEDDING V6: BUNGA TANGAN



mulanya nak suruh aine dari Huz Aine Bridal buat bunga tangan guna fresh flowers
tapi fikir balik jauhnya nak ulang alik g ambiknya
masa tu aku n dia memang busy so kira macam takut x sempat ke hapa
so decided nak suruh dia buat guna artifial flowers je

pastu fikir punya fikir
hmmm pakai yang kedai pengantin punya jelah
save bajet lagi
hahaha
so bila tiba harinya datangla bunga tangan
hmm xdela cantik sangat rupanya

so suruh my pengepit cik arn tolong adjustkan bagi lebih cantik
so nilah hasilnya..



 patutnya buang daun hijau tu
kembang semacam je.huhu


 


eh tangan pengantin pun nak pose dengan bunga tangan





no regret okay..let bygones be bygones..huwaaa


Sunday, July 17, 2011

Wedding: Hantaran Untuk Suami



Assalamualaikum. 


Selalunya hantaran antara pihak lelaki dan perempuan dalam bilangan ganjil dan tak sama, contohnya if lelaki bawa 7 dulang hantaran, pihak perempuan bawa 9 dulang. Tapi untuk majlis aku ni, taknak la macam tu. Aku nak jumlah yang sama je, sebab fikir nanti if jumlah sama, cantikla sikit nak susun kat depan pelamin. So aku decide 9 dulang dari aku, dan 9 dulang dari pihak lelaki.


Mulanya sempena kahwin tahun 2011, aku cadang nak buat 11 dulang. Tapi bila fikirkan balik, macam banyak je kosnya. Dahla hantaran ni aku tempah, if buat sendiri jimatla kot. Tapi aku ni jari je ada siput, tapi bab menghias, langsung tak pandai.hehe


Semua dulang hantaran 18 dulang, aku tempah dari butik pengantin kawan aku,  HuzAine Bridal. Then, tambah lagi satu dulang untuk mas kahwin masa akad nikah, jadilah 19 dulang semuanya. Untuk semua ni, kosnya RM600. bagi aku dah murahla, sebab if kira untuk 1 dulang lebih kurang RM32 je. Murahla sangat tu if banding dengan tempah kat tempat lain. Antara yang aku survey, paling murah pun RM50 ke atas, paling murahla tu. Untuk dulang hantaran ni pun, aku just sediakan bekas untuk letak barang je. Yang lain-lain macam bunga, renda, riben, kain satin alas dan segala hiasan lain semuanya termasuk dalam bajet RM600 tadi. 




9 dulang hantaran dari pihak aku. disebabkan kebanyakan barang hadiah untuk suami warna gelap macam coklat dan hitam, jadi aku bagitahu kawan untuk guna bunga merah dan daun hijau. Design tak kisahnya asalkan cantik. Tapi masa tu aku lupa nak bagitahu kawan yang aku nak simple je, so hasilnya setiap dulang tu terlalu meriah dan sarat dengan bunga dan hiasan, Kiranya dah jadi konsep hantaran dalam taman la kot.hehehe. Bila susun hantaran ni depan pelamin pun dah tak boleh nampak satu satu dulang, semua nampak kembang setaman. Tapi disebabkan aku suka merah, so hantaran ni cantikla di mata aku. Bunga pun banyak sangat sangat. Lepas kahwin, masa kemas dulang hantaran, semua bunga untuk 18 dulang ni, boleh muat 2 plastik besar. Yang bagusnya, bunga bunga ni semua boleh aku recycle untuk hias dalam pasu pulak. So tak membazirla kan?

Untuk 9 dulang tu, antara senarai hantaran untuk suami: 
*Kemeja Renoma: RM129, free payung brand RENOMA
*Jam brand Casio Edifice: RM300++
*Perfum brand Polo(set 2 botol) : RM310, free TRAVELLING BAG, CASH VOUCHER
*Wallet & Belt brand Valentino Rudy: RM199
*Kasut + Stokin brand Bonia: Rm300++
*Toiletries brand Loreal for Men: RM100+
*Cupcakes theme Liverpol: RM50++
*Coklat brand Tudor Gold: Free
*Buah Anggur: RM10++

So bajet untuk hantaran dari aku kepada suami: RM1300++




Mulanya suami nak beli jam tali stainless steel, tapi dah dia tengok aku pilih untuk aku jam bertali kulit, dia pun nak yang tali kulit jugak. Tapi macam biasala, jam aku harusla lagi mahal dari jam dia.hehe




Kasut kerja pilihan suami. Brand Bonia. Pilihan suami yang ni, aku pun berkenan. Dia selalu suka beli kasut kerja warna ni. If warna hitam too common sangat kot. Dah alang alang nak bagi hadiah perkahwinan, bagi can la kat dia belikan kasut yang mahal sikit.hehe. Bak kata pepatah, alah membeli menang memakai. Yang penting suami happy. Yang tu paling penting. 







Mulanya suami nak cari parfum CK Eternity, faveret dia. Tapi masa pergi survey tu, takde yang dia nak. Lepas tu kebetulan yang brand Polo ni ada promosi bestbuy untuk 2 parfum RM310 je, so suami cakap ambik yang ni jelah. Mulanya aku refuse jugak sebab kalau boleh nak la belikan yang faveret dia, tapi dah dia cakap okay je dengan yang ni, aku mengikut jelah. Orang lelaki memang senang kan? If aku, selagi tak jumpa yang aku nak, taknak la beli yang lain. Banyak kedai lain lagi kot. Tapi orang lelaki ni malas nak fikir banyak la kot. Semua nak senang je. Beli yang promosi ni pun, best jugak sebab dapat cash voucher dengan hadiah beg pakaian brand polo. So, pembelian tu kira berbaloilah. 







Untuk set wallet dengan belt ni, aku beli dekat butik Valentino Rudy di Aeon Jusco Melaka. Masa kat Kelantan, takde jumpa yang suami berkenan, so masa kat Melaka, aku surveyla jugak. Bila jumpa yang ni, tak terus beli pun, tunjuk dulu kat suami. Nasib baik dia berkenan. Design pun takdela simple sangat. bahagian luar hitam, dalamnya warna krim dan dekat compartment duit, kulitnya lain sikit dari wallet yang biasa. Walaupun sekarang ni wallet ni dah agak lusuh, tapi suami still sayang dan tak bagi aku buang. Sekali sekali dia masih guna bergilir dengan wallet yang lain. Dia cakap wallet ni ada kenangan, so walaupun dah rosak ke apa nanti dia still akan simpan. 







Untuk dulang buahan pulak aku malas nak campur campur buah so aku beli red grapes je. Senang. Lepas beli terus kilatkan dengan minyak dan simpan dalam peti ais. Hari wedding aku keluarkan dan tabur icing sugar. Nampakla cantik sikit macam baru lepas dititis dengan embun pagi gittew. Dalam gambar ni tak nampak sangatla pulak. Idea ni aku tiru dalam majalah je pun. Dalam majalah tu lepas tabur gula, buahan jadi nampak macam bersalji, tapi yang aku ni gulanya macam tersejat dan jadi macam titisan air pulak. 




Untuk hantaran manisan pulak, mulanya aku nak letak coklat handmade yang aku tempah. Tapi lepas tu aku fikir, nanti lepas habis majlis, dulang hantaran tu famili suami akan bawak balik, sedangkan nanti suami akan stay rumah aku. Jadi mesti suami tak sempat nak tengok dan rasa coklat tu. Konfemla lepas bawak balik je, coklat tu nanti tinggal kotak je. So aku pun letak coklat lain je kebetulan ada kakak bawak balik coklat dalam kota, so aku letak yang tu je atas dulang hantaran. Yang ni aku simpan dengan aku je. Nanti plannya nak makan dengan suamila.hehehe. Cerdik kan saya?





Handmade coklat ni aku tempah dari cikgu, kawan kakak ipar dari Melaka. Cikgu lelaki ye, bukan cikgu perempuan.hihi. Cikgu Zahari namanya. Lepas tu bincang dengan kakak ipar, dia bagi aku nombor Cikgu Zahari dan aku deal sendiri dekat dia. Masa tu just ada mms je. So aku lakarla design macam yang aku nak dan mms pada dia. Alhamdulillah, hasilnya aku puas hati sangat sangat. Cantik dan kemas. Macam tak caya je orang lelaki yang hasilkan coklat macam ni. Coklat ni pun sepanjang perjalanan balik dari Melaka, nasib baik tak rosak sikit pun. Tak tahula macam mana kakak ipar packing tapi sikit pun coklatnya tak cair. Harga coklat untuk 25 biji ni aku pun dah lupa harganya. Rasanya 50sen je kot sebiji. Dalam coklat tu ada badam dan rasa pun sedap sangat. Memang puas hati sangat sangat. 


Tu jelah a few pics dari hantaran untuk suami yang sempat aku snap. Hantaran dari suami untuk aku, bersambung di next entri. Penat dah nak taip panjang panjang. Kat blog aku ni, if entri tak panjang, tak sah kan? Kata muis membebel.hihihi...









Friday, July 15, 2011

Wedding: Cake


Assalamualaikum..

Antara persiapan perkahwinan aku, salah satunya adalah kek kahwin. Ingat masa bertunang dulu, kek aku just tempah dari geng Hospitality, IKBN Bachok. Tapi walaupun keknya dari luaran cantik, tapi rasanya tersangatla hampeh. Sebiji kek saiz biasa je pun, harga RM70. Mahalla kot? Dah nak sama harga dengan kek SR la pulak.huhu...Aku tempah 2 biji pulak tu, untuk belah aku dan tunang. If mahal tapi sedap takpela kan? Rasa berbaloi la jugak. 

So untuk majlis kahwin ni, aku just tempah dekat kedai kek yang biasa aku dok beli je, Kedai Kek Perling, Kubang Kerian. Kedai ni pun takdela jauh sangat dengan rumah. hari kahwin pun sempat lagi if nak pergi ambik. Masa tahun 2011 ni, Secret Recipe Kubang Kerian rasanya belum ada kot. Kedai Kek Muhibbah pun sedap dan banyak pilihan jugak, antara yang tersohor di Kelantan, tapi jauhla pulak dari rumah aku. Maklumla kita pengantin busy, kot nanti takde orang yang nak pick up kek ni, kan masalah namanya tu.

So bila nak kahwin, kek antara yang wajibla kot. Kang nanti nakla jugak merasa potong potong kek ni pakai gaun.hehe...Then, aku pun google la nak cari design kek yang simple yang sesuai dengan citarasa aku ni. So bila aku google, berkenan la dengan design kek ni. 




Simple je kan? Kebetulan baju untuk potong kek aku pun hitam putih, so matching sangatla tu. Letak hiasan ros merah kat atas tu, wah memangla naik serinya 

Masa nak tempah kek tu, aku siap tunjuk gambar macam yang aku nak ni. Cukupla 2 tier je kot. Lagipun aku taknak kek yang ada kaki tu. Nak 2 lapis macam ni je. If ada kaki tu too common sangat kan? Lepas bincang perasa kek semua, kosnya adalah RM102. macam pelik kan?hehe. Ntah macamana kakak kedai tu kira. Kek ni kalau tak silap aku ambik sehari sebelum kenduri kot. Dan hasilnya......




Hmmmm...macam tak sama je dengan apa yang aku nak. Seingat aku kakak tu cakap beli riben hitam dan letak sendiri. Ada ke patut? Nak suruh aku jahanamkan kek ni?

Last last aku biarkan macam ni je. Comel jugak. Simple dan nampak kemas. Kek ni untuk bahagian atas kek perasa vanila dengan layer strawberry paste. Bahagian bawah pulak kek perasa vanilla dengan layer blueberry paste. Lepas potong kek ni, aku tak sempat rasa pun. Malamnya bila masuk dapur cari kek, tengok tengok pelapik je yang tinggal.huhuhu. Anak sedara dahla ramai, jadi rezeki doranglah tu. Tapiii, nasib baikla semua yang makan cakap kek ni sedap. So puas hati di situ. Dekat sini aku sharekan terus jelah gambar masa aku potong kek. 




Sekeping je cukup ler. 
Malu nak share banyak banyak. 
Aku tak suka sangat kebanyakan gambar masa pakai baju ni.
 Sebabnya lepas tukar baju, mak andam pergi touch up merahkan lipstick aku. 
Dah nampak macam hapa dah muka aku.huhu


Sampai sini jelah entri kali ni. Babaiiii..... :)









Thursday, July 14, 2011

Wedding: Baju Akad Nikah & Majlis Bertandang


Assalamualaikum. 

kali ni aku nak share pasal baju baju yang aku guna semasa majlis perkahwinan dulu. 4 pasang je pun bajunya. Sepasang baju nikah, dua pasang untuk majlis bersanding dan sepasang untuk majlis bertandang. Tapi untuk entri ni, nak share pasal baju yang aku tempah custom made je, baju untuk majlis akad nikah dan majlis bertandang. 

Untuk majlis akad nikah, aku dah decide nak pakai lace warna krim. So dua tiga hari lepas bertunang, kami pergila Salem Aziz Textile, Wakaf Che Yeh. Masa yang pergi tu memang tengah ada promosi set lace satin untuk pengantin. So lepas dok pilih pilih jumpala design dan warna kain macam yang aku nak. 

So, bajet untuk 2 meter lace, 2 meter satin untuk baju aku dan 4 meter satin untuk baju melayu suami, cuma RM199 sahaja. Dan dapat free jugak  sehelai sampin warna krim. Okayla tu kan? If tak beli sampin kena tambah duit lagi. 





Cantik ke baju nikah aku ni.hehe
Takde gambar baju sahaja, lupa nak snap.


Upah jahit baju kurung moden ni, RM85 sepasang. Alhamdulillah aku puas hati dengan baju ni. Selesa je pakai. Lepas baju dah siap, bersengkang matala pulak menjahit mutiara kat baju tu. Aku bukan pandai sangat pun tapi jahit seketul2 je dekat bunga baju tu. Adala dalam 70++ biji mutiara Sabah. Lebihan dari yang cikgu Isroha guna masa dia nak nikah dulu. Jahit pun aku main tibai je habis benang kaler krim aku guna kaler oren..haha. 

Tapi seronokla atleast ada yang aku usaha sendiri untuk wedding aku ni. Cuma yang frustnya bila ambik dari dry cleaning sehari sebelum nikah, adala a few pcs yang terlonggar benang.huhuhu
Penat kena jahit balik tau.




Close up. Simple je coraknya. 


Sebenarnya dengan baju ni ada kekesalan jugak sebab guna lace. Lepas akad nikah, memang dah tak pakai dah baju ni. Nak pakai untuk pergi kenduri pun rasa macam tak sesuai. Masa tu kalau aku buat research betul betul, patut aku jahit baju nikah dengan kain chiffon je. Hias dengan manik lepas tu boleh je pakai lagi berulang kali.


Untuk majlis bertandang pun sama jugak. Mulanya aku ingat baju bertandang ambik jelah sekali dengan pakej pelamin, tapi masa dok tengok tengok kain tu suami cakap nak ambik set lace dan satin kaler hijau. Dah suami nak macam tu, aku ikut kan jelah. So dia belikan siap siap dan jadikan hadiah hantaran masa  bertunang. 




Lace yang hijau ni tak sama dengan lace yang krim. Yang ni coraknya penuh dan kecil kecil. Sekali tengok macam sulam pun ada. Harga pun murah sikit dari lace yang krim. Untuk 2 meter lace, 6 meter satin termasuk untuk baju melayu suami, RM169 je. Yang ni tak ada free sampin. 


Untuk majlis bertandang ni, aku bagitahu tailor nak buat baju kebaya, dengan hiasan kancing butang cina. Dan untuk kain, aku nak kain ala ala meleret gitu. Saje jelah nak feeling princess,hehe. Tapi takdela meleretnya panjang sangat, just nice je. Alhamdulillah, walaupun aku ukur baju ni awal 3 bulan dari tarikh nikah, bila dapat baju ni 2 minggu sebelum majlis, sedang sedang elok je muat dengan badan aku. Selesa sangat jahitan kebaya ni dan memang elok terletak dekat badan. After all, memang puas hati sangat sangat. 

Walaupun mulanya aku tak berkenan sangat dengan lace yang suami pilih ni, tapi bila dah siap jadi baju, nampak cantik dan okayla. Baju ni sampai sekarang masih ada lagi aku simpan. Sebabnya aku fikir nanti kalau makan kenduri ke apa, baju ni still boleh dipakai, takdela nampak macam baju pengantin sangat. Cuma, ekor kain yang meleret tu aku potong jadikan kain biasa je. 

Walaupun aku nikah bulan 6, tapi akhir bulan 2 aku memang dah hantar kain untuk tempah jahit. Dah plan untuk akad nikah buat kurung moden, cekak musang dengan butang kat depan. Adala jugak aku dok tengok tengok design baju pengantin rekaan Rizalman, kengkonon nak tirula design tu.hehe bajet artisla sangat. Kedai yang aku hantar ni bukan tukang jahit yang biasa aku dok jahit baju, tapi kedai baru je, ex student ikbn yang kawan suami kenal. Dia memang ambik course jahitan dekat Ikbn wakaf Tapai, lepas habis study terus buka kedai.

Nmaa kedainya, if tak silapla CT HAS COLLECTION. Kedainya area Melawi, Bachok. Mula tu risau jugak takut nanti if jahit tak elok ke apa, tapi kira on jelah, malas dah cari cari lagi tukang jahit lain.Nasib baikla, hasilnya tak mengecewakan. Cuma yang aku tak puas hati cumalah baju baju ni tak disiapkan macam tarikh yang dijanjikan. So, ada la sedikit krisis aku dengan si tailor ni.huhu. 

okayla, tu je nak share kali ni. Untuk next entri, nak share gambar baju yang aku pakai masa bersanding dan potong kek pulak ye. Tunggu...






Wednesday, July 13, 2011

Wedding: Baju Bersanding & Potong Kek


Assalamualaikum.

Macam yang dijanjikan, kali ni aku nak share baju yang aku pakai semasa bersanding dan potong kek pulak. Untuk pakej pelamin yang aku ambik, memangla boleh dapat 3 pasang baju tapi bila fikir balik, macam malas je aku nak salin salin baju ni. So aku decide untuk ambik 2 pasang baju je, untuk bersanding dan lepas tu tukar baju untuk potong kek sahaja.

Masa aku mula mula sekali berkeunjung ke butik pengantin, mestila nak cari baju warna kegemaran aku, merah. Masa tu tak nampak dah kaler lain, ada merah je dalam kepala ni.hehe. Masa tu tak tanya pun tunang nak pakai warna apa untuk majlis bersanding. Tapi if aku tanya pun, rasanya mesti jawapannya ikut suka hati aku. So bila pergi butik pengantin pilihan aku, Mazni Bridal memangla banyak pilihan baju yang cantik cantik, tapi kebanyakannya macam over je. taste aku ni ke arah simple je, tak minatla banyak sangat hiasan manik manik dan gaya yang over ni. So pilih punya pilih, jumpala jugak sepasang yang hati aku agak berkenan.



Not bad la kan pilihan aku?hehe dah macam baju pengantin indon pun ada jugak ni.
Design macam dah okay je tapi yang aku malas tu nak kena pkai corset dan inner la pulak. Masa aku kawin tu tak adala sangat design moden kat Kelantan ni, kebanyakan tradisional kebaya macam ni je. huhu. So konfem dengan yang ni je.

Tapi nak dijadikan cerita, lebih kurang seminggu lebih sebelum tarikh aku nikah, aku pergila butik pengantin ni lagi. Tup tup ternampak sepasang baju yang lebih simple, dan tak perlu aku pakai inner dan korset dan sebagainya. Bila aku tanya masa tarikh aku nikah ni, memang baju ni tak ada orang yang pakai, so aku boleh ambik if aku nak. Tapi yang masalahnya masa tu baju yang matching untuk suami la pulak yang takde. Mulanya memang rasa frust dah. Nasib baikla 2,3 hari lepas tu, pembantu kedai tu call aku dan bagitau ada pasangan baju lelaki.  Aku pun terus ajak tunang pergi kedai untuk try baju tu, nasib baikla saiznya sedang sedang elok muat. Syukur alhamdulillah. Ada rezeki aku nak pakai baju yang kena denga taste aku.




Simple je baju aku yang ni if nak banding dengan baju yang lain.
Nak pakai pun senang, sekali sarung je.hehe
Hiasan manik pun tak sarat sangat cuma di leher, bawah baju dan di lengan je.
Baju pun takdela ketat sangat, agak longgar memang just nice je dengan badan aku. Lagipun masa ni kurus lagi, berat dalam 50, 51kg je kot.






Untuk tudung pulak, lepas je konfem dengan dress ni, aku terus bawak dress ni pergi kedai cari tudung. Masa tu memang aku mintak je nak bawak dress ni, kalau tak nanti silap beli kaler tak matching kan satu hal pulak.huhu

Memang nasib baik aku la agaknya, masuk je kedai pertama, terus jumpa dengan tudung yang aku nak, dengan warna yang matching. Tudung pun tak mahal, RM25 je kot kalau tak silap. Gabungan warna tone baju aku dengan ala ala kelabu sikit dan simple je tanpa batu. Puas hati. Mula tu rasala jugak nak cari tudung awning dekat Ariani, tapi dah last minit sangat, tu je yang sempat. Baju tu pun aku mintak pinjam kejap je sebab dia nak hantar dry cleaning. Masa tu kalau tak silap lagi 4 hari sebelum tarikh majlis kot.

Selain tudung, crown pun aku mintak nak yang simple jugak. Taknak jenis yang tinggi tinggi je, sangat aku nak masuk pertandingan ratu cantik pun.hehe. Nasib baikla ada yang aku memang berkenan. Pendek kata untuk persalinan persandingan aku, from head to toe memang semua yang aku nak dan aku berpuas hati, bukan yang main tangkap muat je :D

Untuk baju yang aku nak tukar masa potong kek pulak, pun aku nak simple jugak. Mulanya pilih dress ala gown, tapi semua macam seksi je. Takde yang ala muslimah lengan panjang dan menutup aurat.



Nak masuk tema merah punya pasal, ada ke aku sanggup pergi pilih gaun ni.wakaka
Gila kelakar kan? If ambik gaun ni, pakaila dengan jaket pendek. Takkan nak pakai macam ni je kot. Mampus aku kena perambat dengan tok bilal nanti hahaha

But don't worry, at the end bukan baju ni pun yang aku pilih pun. Thanks Allah. Kot tak aku malukan diri aku je dengan pakai baju ni. T______T




Simple dress ala jubah hitam putih.
Back to basic jelah kali ni. Hitam putih kan warna klasik.hehe
Dress dengan veil dari butik, tudung just recycle tudung nikah je.
Save bajet and done!


Okay, so tu jelah cerita pasal persalinan perkahwinan aku. Memangla simple je if nak bandingkan dengan orang lain. Tapi pada masa itu dan saat itu, semua nilah yang aku pilih untuk hari bahagia aku. Complete decision oleh aku sendiri tanpa campur tangan orang lain, dan aku tersangatla puas hati. 

Lepas ni nak sambung dengan entri barang hantaran pulak..babai  :)












Tuesday, July 12, 2011

Wedding: Goodie Bag


Assalamualaikum.


Sepanjang cuti 3 minggu sebelum kawin, antara benda penting yang aku kena siapkan adalah gift bag. Makan masa jugakla sebab aku sorang yang je yang nak kena buat semua benda. So setiap hari bangun je tido, mengadap benda ni jelah depan tv. 


Memandangkan aku ada kad diskaun dari WSF, kedai peralatan perkahwinan, so kebanyakan barang aku beli kat situ je. Paperbag tu aku beli yang belum siap, so kena buka dan bentukkan kotak satu satu. Tapaknya pulak aku siap tampal dengan double tape. Gigihla buat satu satu nak menyiapkan semua 200pcs. 





Aku dah cari tapi takde pun gambar paperbag yang aku snap. Ni je yang ada snap dari pic dengan kawan. Aku cropkan je. Dekat depan paperbag tu, aku tampal sekali tag yang aku buat sendiri, guna cop khas yang aku tempah. 

Dalam setiap paperbag ni aku isi handmade chocolate, cookies, sweets, dodol melaka dengan surah yasin. Untuk setiap masuk 3 jenis item je. Bajet untuk gift bag ni

1) Paper bag: 
RM2.80 (after discount dari RM3.20) 
Untuk 200pcs, RM56

2) Surah Yasin:
RM1.70 (after disc RM2.50)
Untuk 50pcs, RM85

3) Handmade Chocolate:
RM2.70/box
Untuk 15 box, RM40.50

4) Cookies:
RM10.50/Jar
Untuk 8 jar, RM84

4) Gula-Gula:
rm11.90/paket
Untuk 6 paket, RM71

5) Silver Case with Organza:
RM29.90/25pcs
Untuk 50pcs, RM59.80

6) Dodol Melaka:
RM18/kg
Untuk 7kg, RM126

7) Bekas Dodol
RM14/2pcs

8) Plastik packaging:
RM3.85/paket
Untuk 7 paket,  RM27

Bajet keseluruhan: RM563.30

Fuhhhh...kalau buat beli emas dah dapat cincin sebentuk ni. Kalau fikir fikir balik macam membazir je. Tapi masa tu tengah excited nak kawin kan, rasa semua benda nak buat. Lagipun aku beli barang bukan sekaligus, so tak nampak sangatla jumlahnya. If boleh putar balik masa, sumpah aku tak bazir macam ni.huhu

Antara gambar yang sempat aku snap



Dalam ni aku isi gula gula dengan dodol kecik kecik bentuk 3 segi. 





Mini dodol dalam bekas plastik. Untuk setiap paket aku isi 3 je. Dodol original dari melaka.


Lain lain cookies dengan gula2 pun aku isi dalam kampit merah ni jugak. Setiap gift bag letak 3 jenis item berlainan so nasib la masing- masing dapat yang mana. Tapi handmade coklat aku just bagi untuk special friends sahaja. 





Handmade coklat 4pcs dalam kotak bercorak bunga, daun, initial I dan N untuk nama aku dan suami. Coklat tu sangatla sedap, tempah all the way dari melaka, dengan cikgu yang mengajar satu sekolah dengan kakak ipar. Bukan pompuan tapi cikgu lelaki yer. Tapi macm biasa pic lupa nak ambik. Gambar yang aku ni pun nasib baik kawan yang bagi.huhu. Untuk setiap kotak, gigihla aku buat riben n lekat satu satu. Lagipun masa ni rasanya aku belum start berblogging, so tak nampak lagi kepentingan nak kena snap semua benda. Huhuhu menyesal saya. 

Okla, tu je cerita pasal goodie bag majlis kawin aku. Kesimpulannya, aku rasa macam membazir je habis sebanyak tu untuk goodie bag. Tapi takpelah, aku kawin sekali je, yang penting aku puas hati sebab semua aku setelkan sendiri. Aku yang decide dan aku yang buat semua benda. Tersangatla puas hati so no regret at all.kihkihkih 

#moodnaksedapkanhatisendiri

Jumpa lagi di next entri ye..babai







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...