Wedding: Cake


Assalamualaikum..

Antara persiapan perkahwinan aku, salah satunya adalah kek kahwin. Ingat masa bertunang dulu, kek aku just tempah dari geng Hospitality, IKBN Bachok. Tapi walaupun keknya dari luaran cantik, tapi rasanya tersangatla hampeh. Sebiji kek saiz biasa je pun, harga RM70. Mahalla kot? Dah nak sama harga dengan kek SR la pulak.huhu...Aku tempah 2 biji pulak tu, untuk belah aku dan tunang. If mahal tapi sedap takpela kan? Rasa berbaloi la jugak. 

So untuk majlis kahwin ni, aku just tempah dekat kedai kek yang biasa aku dok beli je, Kedai Kek Perling, Kubang Kerian. Kedai ni pun takdela jauh sangat dengan rumah. hari kahwin pun sempat lagi if nak pergi ambik. Masa tahun 2011 ni, Secret Recipe Kubang Kerian rasanya belum ada kot. Kedai Kek Muhibbah pun sedap dan banyak pilihan jugak, antara yang tersohor di Kelantan, tapi jauhla pulak dari rumah aku. Maklumla kita pengantin busy, kot nanti takde orang yang nak pick up kek ni, kan masalah namanya tu.

So bila nak kahwin, kek antara yang wajibla kot. Kang nanti nakla jugak merasa potong potong kek ni pakai gaun.hehe...Then, aku pun google la nak cari design kek yang simple yang sesuai dengan citarasa aku ni. So bila aku google, berkenan la dengan design kek ni. 




Simple je kan? Kebetulan baju untuk potong kek aku pun hitam putih, so matching sangatla tu. Letak hiasan ros merah kat atas tu, wah memangla naik serinya 

Masa nak tempah kek tu, aku siap tunjuk gambar macam yang aku nak ni. Cukupla 2 tier je kot. Lagipun aku taknak kek yang ada kaki tu. Nak 2 lapis macam ni je. If ada kaki tu too common sangat kan? Lepas bincang perasa kek semua, kosnya adalah RM102. macam pelik kan?hehe. Ntah macamana kakak kedai tu kira. Kek ni kalau tak silap aku ambik sehari sebelum kenduri kot. Dan hasilnya......




Hmmmm...macam tak sama je dengan apa yang aku nak. Seingat aku kakak tu cakap beli riben hitam dan letak sendiri. Ada ke patut? Nak suruh aku jahanamkan kek ni?

Last last aku biarkan macam ni je. Comel jugak. Simple dan nampak kemas. Kek ni untuk bahagian atas kek perasa vanila dengan layer strawberry paste. Bahagian bawah pulak kek perasa vanilla dengan layer blueberry paste. Lepas potong kek ni, aku tak sempat rasa pun. Malamnya bila masuk dapur cari kek, tengok tengok pelapik je yang tinggal.huhuhu. Anak sedara dahla ramai, jadi rezeki doranglah tu. Tapiii, nasib baikla semua yang makan cakap kek ni sedap. So puas hati di situ. Dekat sini aku sharekan terus jelah gambar masa aku potong kek. 




Sekeping je cukup ler. 
Malu nak share banyak banyak. 
Aku tak suka sangat kebanyakan gambar masa pakai baju ni.
 Sebabnya lepas tukar baju, mak andam pergi touch up merahkan lipstick aku. 
Dah nampak macam hapa dah muka aku.huhu


Sampai sini jelah entri kali ni. Babaiiii..... :)









Comments

  1. kak ida ni ngada2 la..hehehe
    dalam album dlm fb kan ada

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D