ramadhan keduapuluh

assalamualaikum

hari ke 20 berpuasa kitorang keluar shopping baju raya
B, aku, husni n anak anak sedara B
actually aku bukan suka pun ramai ramai ni
serabut je

tapi nak buat macamana
gitulah
kenala terima semua seadanya
ada laki pulak semua ok
semua boleh
semua tak kisah
tak fikir ke bini ni tak suka ke apa ke
menyampahs je

mulanya mood memang kurengla
tapi try untuk tak tunjuk sangat
sekarang ni aku dah pandai kontrol
takdela main lepas macam dulu je
okla tu
adala perubahan dah perangai aku sejak berkahwin ni
lepas sabar, lebih tenang, tawadduk dan sebagainya..

first stop atas permintaan aku kat KB Mall dulu
sebab aku ingat nak cari flat kat vincci
untuk pakai sehari hari
flat kesayangan yang beli raya setahun lepas dah hancur
so wajib ganti baru
mandangkan dah sampai tengahri konfem parking atas bawah dah penuh
so B decide nak parking kat lot kedai bangunan sbelah kbmall je
so kena menapakla
baru je aku nak bergaya sket pakai wedges dah kena menapak
penat kaki mak
nasib baik bawak flat spare dalam kete.huhu

masuk je dalam aku suh B pergi cari baju budak bdak tu
aku masuk  vincci sorang sorang
adala try dua tiga pasang tapi takde satu pun yang betol betol berkenan di hati
so tak payahla
lepas tu nampak ada sale gila gila kat blaus n slack
alhamdulillah sangat hepi sebab dapat dua helai blaus yang aku sangat sangat suka
yang memenuhi citarasa aku
yang dapat dengan harga yang murah.hehe

walaupun aku tau skang ni aku pakai size M tapi aku still nak try jugak
fitting roam plak takde cermin
so aku angkut 2,3 jenis n pegi try kat kedai yang jual baju kemeja n baju melayu
sku buat bodoh je
nasib baik akak jaga kedai tu tak perasan
kalu tak mau dia perambat aku.haha

lepas dah decide n tulis bil, hello je kat B suh datang bayar
wah best tol ada laki ni.hehe
walaupun  tak beli baju raya siap aku nak jugak  beli baju tak raya pun
takkan aku nak bagi can anak dia je pau duit dia.hahaha

cantik tak baju saya?
semat macam pok mat kan?haha


blaus kemeja berbutang depan
jenama google
harga RM119.90
diskaun 50%



jenama MNJ nicole
harga RM109.90
diskaun 70%


untuk dua helai ni tak sampai pun 100 ringgit
tapi kalu nak ikutkan dah 2,3 helai blaus aku pattern cenggini
corak horizontal dengan kaler basic itam
tapi takpela yang ni labuh n rasanya bila pregnant nanti boleh pakai lagi.hihi


sehelai slack from applemints untuk pakai g kerja
alang alang dah ada diskaun 50% aku sanbar je terus.hehe



untuk husni pulak B cuma belikan sehelai korduroi jeans je
sebab aritu aku dah belikan dua helai baju raya




beli dua helai kemeja
at great prices
aku yang belikan
tapi bapaknya yang bayarkan.hehe
untuk tahun ni belikan jenama snails & sons je

pastu singgah al ikhsan
B belikan anak dia sandal adidas
beli size besar sikit biar boleh muat pakai lama


beli sandal ni harga dah best buy, dapat free shopping bag al ikhsan




lepas tu gerak ke Parkson pulak
B suka cari baju baju dia kat sana
kali ni B beli kemeja T  Polo kaler ijo


 pastu belian wajib B adalah boxer.hihi
n kali ni B borong stokin kerja 5 pasang sekaligus
dia geram sebab stokin dia asik hilang je.hehe






dah setel sume barang gerak pulak ke tesco
cadangnya nak buka puasa kat chicken rice shop
tapi dah fully booked
so last choice makan jelah kat food court tesco
banyak pilihan nak makan n minum

aku pilih nak makan nasi campur
sebab masa jenguk kat gerai tu ada ikan keli goreng
tambah paru goreng n sup telur ayam
first time makan sup telur tapi sedapla jugak




B pulak makan nasi sizzling

 
sikit je portion nasinya
nak suap ke mulut anak lagi
sian hubby ku.huhu



dah siap buka puasa terus gerak balik rumah sebab B nak kejar trip tengok bola pulak
so inilah hasil tangkapan semua shopping raya tahun ini





few additional photos

 berurut save bajet
habis bontot ku pun turut diraba oleh kerusi urut ni
rm1 3 minit
hokayla tu.hehe



 dalam fitting room
snap gambar nak tunjuk b yang mana lebih elok



 suasana berbuka puasa di food court tesco


 B yang keletihan n kelaparan


 my fave from Big Apple
wajib:california almond
option: donatella@walnut hapa ntah


budak x puasa makan pop corn je

Comments