ramadhan kelimabelas


 assalamualaikum

ramadhan ke15 aku ditempat kerja tapi teringin nak berbuka dengan B
tiada mood untuk berbuka seorang diri dan kepasar ramadhan situ sini macam sebelumnya
so dalam 6.30 aku terus memandu red vivaku pulang
sudah berjanji nak berbuka dengan B di kiosk miliknya

aku singgah membeli berbagai jenis lauk dan pauk
dalam perjalanan pulang, kebetulan hari hujan
walaupun menempuh perjalanan lebih dari 50km pergi balik
tapi aku sanggup berkorban untuk berbuka bersama B
sebab aku tahu B tak akan selera kalu nak makan bersama orang lain




ikan keli goreng bercili, rm2.50 seekor. sedap..




kerutup daging aku beli rm3.50 beli lebih untuk buat bersahur
sedap jugak




kepak ayam madu, 2 ketul rm3
sambal bilis kacang, pun sedap



sup daging
tak sedap sebab tawar




ulaman n budu



milo nestle from kedai B untuk aku






 ribena from nestle untuk kanak2 ribena, B... ;)




 B membaca koran kosmo sementara menanti masuknya waktu berbuka puasa




makan kat meja kayu yang berlubang sampai pecah pinggan polisterin kerana B yang rakus menghancurkan lada dalam budu.hahaha


 bila dah azan, maka makanla kami suami isteri dengan riang gembira sambil bergurau senda...erk


Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM