ramadhan kesebelas

assalamualaikum

hari ni lepas balik keje singgah di bazar ramadhan kubang kerian
aku nak beli ikan keli bakar je
tapi bila sampai je abang tu baru bukak kedai
so terpaksala menunggu dalam setengah jam jugak

tengah menunggu tu B kol cakap barang yang dia beli tertinggal
kalau kedainya dekat takpe jugak tapi nun jauh di berek 12 pulak
B tak paksa pun aku pegi ambik tapi takpela
so lepas beli ikan aku drive pulak masuk bandar


sebab hari ni khamis orang keje balik awal so memang jemla
aku pulak tak tahu kedainya dekat mana so berpusing2 la mencari
masa tu memang dah penat n macam hilang sabarla jugak
akhirnya jumpa jugak
sebab tersorok dengan pasar ramadhan tu susah nak jumpa
ambik barang B n beli lauk untuk bersahur sekali kat bazar berek 12 

alang alang dah masuk bandar aku terus pegi bazar telipot pulak
beli akok jagung n sekaya rm5 sebab ingat nk singgah bagi kuih rumah mak jugak
pastu B kol cakap suruh terus pegi kedai pulak
6.30 still kat kubang kerian lagi so memangla tak sempat nak singgah

masa tu rasa berbulu je dekat B
sebab dia paksa aku g kedai.huhu
tapi memangla sepatutnya aku dengar cakap suami
bila dah sampai tengok budak pun ramai
tak sampai hati pulak nak tinggal B
lagipun kalau balik masak nasi masa tu pun memang dah tak sempat

kebetulan pulak kawan B ada buat berbuka puasa kat kawasan kedai tu
B pulak sepatah haram tak cakap
kalu tak takdela aku beli lauk n kuih bagai hampehs je
so kuih yang banyak tu aku potong2 n sedekah jelah bagi sikit sorang
lepas berbuka puasa kat kiosk baru la balik rumah untuk mandin maghrib
dahtu siap ke kedai lagi....
penatnya saya.................... :(

Comments