cukur rambut nik amar harith

assalamualaikum

akhirnya si baby tua akan dicukur rambut jugak akhirnya
kali ni si ayahnya nak buat di rumah atoknya kek kg cherang hangus
siang harinya makciknya si baby tua ada berkonfrontasi dengan si suami
tapi still balik jugak

dua dua mogok lapar kononnya
nasi dibeli terbiar begitu aja
sampai basi nasi kerabunya
makanla ia nasi putih sahaja

ekeke..sempat lagi berpantun

pagi jumaat si makcik dengan tak mandinya bangun menolong di dapur
tolong hidang lauk
wajib hidang satu satu n susun macam ni
kena buat macam ni
tak boleh tidak
wajib..mesti



tolong gotel kuih onde onde
cara dia buat bulat bulat
tekan tengah
letak nisse yang dipotong kiub
nisse bukan batu nisan hokey
pastu lontarkan kedalam air menggelegak
pastu bila dia tenggelam timbul
kita angkat na gelek kat atas nyiok parut
bagi dia sejuk balik..huhu



tolong makan karipap
sedap ni
gebu n penuh inti
4 ketul baru singgit
murah murah..memang berbaloi baloi



gambar lauk pauk close up
ada gulai ayam, gulai ikan tongkol, ayam goreng rempah, sayur campur macam macam dicampur, ikan kering, sambal lada, acar timun n buah tembikai yang dipotong oleh aku..




ops sebelum makan kita selawat dulu okes

 haaa, yg baju oren ni suami saya tau
kitorang dah berbaik baik
biasala gaduh gaduh manja je
yang tengah pegang baby tu ayah saya
atuk kepada  baby tua



nak kenal baby tua tak?
nilah baby tua sebelum dicukur




ni pulak baby tua selepas dicukur
baru hensem gitu


ni pulak baby tua dengan nenek tua.hihi



nenek tua tidur bersama baby tua
owww seksi gitu nenek tua pose 



last sekali si suami turut tertidur
penat ya baaaaannnggg....


 
gambar selingan
mak bidan tengah buat ikatan simpulan pelepas hapakebendantahakupuntaktahu
ish ish ish ish
nak lepas lepas apa lagi
tahyul semua ni
khurafat
berdosa
tak baik tau

muji binti man
mak bidan tiptop kg cherang hangus
servis urut sebelum dan selepas bersalin
kuasa urutan 1.3 kuasa kuda
kuasa mulut bersembang 300000 patah sejam
muahahahaha

babai..

Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM