bersyukur......



assalamualaikum

sekarang ni kat kelantan kalau tengahari panas terik
sampai nak pecah kepala buaya
hehe orang tua la yang cakap gitu
perumpamaannya

tapi kalau dah petang dan malam
mulala nak hujan ribut petir guruh dan sebagainya
nak drive pun kena bawak slow je
merangkak dalam hujan
kena pasang lampu
hujan memutih sampai tak nampak apa

malam semalam aku drive otw balik ke rumah
hujan selebat lebatnya
sampaila kat satu tempat selisih dengan satu motosikal
penunggangnya memang basah kuyup
walaupun dia macam pakai baju hujan
dekat tempat duduk belakang dia ada barang yang dia beli
aku tengok macam pampers
and dalam kotak maybe susu la
kesian dia meredah hujan yang maha lebat tu
bungkusan barangnya sampai dah nak terjatuh ke jalan
memang nampak la dari mukanya..
sempat lagi aku jeling tengok
dia strunggle meredah hujan tu

automatically aku macam oohhh kesiannya
aku bersyukur aku bawak kereta and tak basah gitu
lepas tu mulala kepala otak aku menerawang gitu gini
rewind balik life aku dari dulu sampai sekarang
apa yang aku dah buat
apa yang aku dah pilih
bila aku mula rasa nak menyesal
aku akan stop and cakap
bersyukurla
hidup pun bukannya lama
apa yang aku nak cari
apa yang aku nak kejar

walaupun life aku sekarang ni takdela sehebat orang lain
still aku bersyukur
jangan tengok orang yang di atas kita
tapi tengok mana yang di bawah kita
tapi tu tak bermaksud kita tak berusaha untuk merubah nasib kita
tapi apapun bersyukurla dengan apa yang kita ada




Comments

  1. betol2!
    bersyukur lah..
    xperlu la ade harta setinggi gunung..asal kelakuan kita berjaga sudah la kn...

    ReplyDelete
  2. betol tu kak ida
    ingat mati je, konfem akan rasa bersyukur
    xde apa sangat nak dikejar
    asal cukup makan pakai sudahla

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D