Cinta Tak Semesti Bersatu


assalamualaikum

kisah minggu ini
selamat membaca ;)

Dua orang pemuda bersahabat baik. Dari kecil hingga dewasa hubungan mereka begitu akrab sekali. Tiada apa yang membezakan mereka dalam persahabatan walaupun mereka berbeza darjat. Pemuda A berasal dari keluarga berada, punya jawatan bagus dan berperwatakan menarik. Pemuda B pula seorang yang biasa biasa sahaja, cuma bekerja kampung untuk menjaga ibunya yang telah tua. 

kedua dua pemuda menaruh hati kepada seorang gadis sekampung. Masng masing tidak mahu mengalah dan berundur diri. sehinggalah suatu hari mereka meminta gadis itu memilih salah seorang daripada mereka berdua. Ternyata, pemuda A menjadi pilihan hati. Pemuda B berasa sungguh kecewa. Pemuda A bersimpati dengannya. Namun pemuda B hanya tersenyum dan menyatakan:

"Jangan kau risau. Tiada sesiapa yang tewas dalam kisah cinta ini. Cuma aku minta persahabatan kita dihentikan seketika. Aku ingin merantau. InsyaAllah, suatu hari nanti kita akan bertemu kembali dan persahabatan kita akan menjadi lebih kukuh." 

Pemuda A terkejut dengan permintaan sahabatnya, namun dia tidak dapat menahan kehendak sahabat baiknya itu. 

Selang bertahun tahun lamanya, pemuda A sedang bersiar siar di sebuah kompleks membeli belah sewaktu rehat kerjanya. Dia memasuki sebuah kedai barangan elektrik berjenama yang agak besar dan nampak mewah. Sedang dia melihat barang barang di situ, dia ternampak seseorang yang seakan dikenalinya. Seseorang yang telah lama dia tidak berjumpa dan amat dirinduinya. 

Dia cuba merapati lelaki itu sehinggalah akhirnya dia pasti bahawa lelaki itu adalah pemuda B, sahabat baiknya. Alangkah terkejutnya mereka berdua, tanpa diduga mereka bertemu. Saling bersalaman, berpelukan mereka melepas rindu. Mereka bertanya khabar dan berbual mesra sambil menceritakan perihal masing masing. Sedang mereka berbual rancak, terpacul pertanyaan dari pemuda A: 
"Bagaimana kau boleh mengecapi kehidupan yang begini hebat sekarang?"

Pemuda B hanya tersenyum sambil mempelawa pemuda A masuk kedalam pejabatnya. 
Pemuda B menjelaskan, "Semua ini adalah kerana cinta."
"Cinta?" tanya pemuda A kehairanan. 
"Cinta pada siapa?" soalnya lagi. 
"Cinta pada gadis yang telah menjadi milikmu sekarang," jawab pemuda B tenang. 
"Tapi bukankah kau telah kecewa kerana aku yang berjaya memilikinya?" tegas pemuda A pula. 
Pemuda B membuka cerita. "Ya betul. Kau telah berjaya memilikinya. Tapi cintaku padanya adalah sebuah cerita sejati."

"Tidak kerana aku gagal memilikinya maka cintaku terus padam. Malah aku telah membawa semangat dan obor cintaku itu ke dalam perjuangan hidupku. Aku telah berusaha bersungguh sungguh untuk mengubah kehidupanku menjadi lebih berjaya. Dan setiap detik hidupku, cintaku itu menjadi teman, dorongan dan semangat untukku. Di samping itu, cintaku padamu sebagai seorang sahabat dan cintaku pada Tuhan, memberikan aku kekuatan dan ketabahan."

"Padaku cinta itu tak semestinya bersatu tetapi sebagai tanda cinta itu benar benar sejati, maka aku harus lakukan yang terbaik dalam hidupku sebagai membuktikan aku benar benar menyintainya. Cinta yang sejati tidak menuntut kita ke jalan yang salah dan membawa kemusnahan hidup. Kini aku telah mempunyai isteri dan anak anak yang amat ku sayangi. Namun aku tidak pernah lupakan cintaku yang sejati itu..."



Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM