berbuat dosa untuk mendapat pahala



assalamualaikum


macam pelik je tajuk entri aku hari ni
berbuat dosa untuk mendapat pahala
sejak kawan sekerja aku kehilangan telekung di surau aku jadi terfikir
tangan kotor siapa yang ambil?
bukan ke kain sembahyang untuk buat solat and untuk mendapat pahala
tapi bukan ke mencuri tu hukumnya berdosa
dan kalau dosa sesama manusia ni selagi tak dimaafkan bawakla dosa tu sampai ke kubur sampai ke akhirat
jadi apa motifnya kau berbuat dosa untuk dapat pahala
sembahyang dengan kain telekung yang kau ambik hak orang lain
hak yang sangat disayangi dan ada sentimental value kepada pemiliknya
sangat sangat berdosa pencuri berkenaan
tonggang tonggekla kau solat siang malam
tuhan jelah yang tahu akan terima ibadat kau atau tak

aku terpanggil nak buat entri ni sebab macam kesian dengan pemiliknya
tulah satu satunya telekung baru dan cantik yang dia ada
pulak tu kenangan salah satu dari barangan hantaran perkahwinan dari suami dia
kesian tengok dia bersedih,tercari cari dan tertanya tanya siapa yang ambil kain telekung dia
disebabkan aku adala terlebih rezeki kain telekung so aku bagila dia sepasang
takdela baru sangat yang dibeli tahun lepas untuk buat sembahyang sunat hari raya
tapi jarang pakai sebab asyik dok gilir je semua telekung yang aku ada.hehe
mak sampai bebel cakap aku ni dok joli guna kain sembahyang
guna yang tu guna yang ni.hehe

akupun tak fahamla mentaliti mak aku
bagi dia telekung yang baru,kena simpan untuk guna buat sembahyang raya yang dua tahun sekali
takpun bagi pinjam kalau ada tetamu nak tumpang solat
kalau untuk buat pergi sembahyang jemah kat masjid atapun pergi terawikh guna yang sederhana baru
untuk guna sehari hari kat rumah pulak guna yang buruk yang dah kusamyang dah lembik lunyai kainnya
memangla bersih basuh 2,3hari sekali tapi masalahnya yang buruk tetap buruk
kalau nak keluar rumah pandai nak pakaiyang baru, yang cantik, yang selesa
tapi nak buat mengadap tuhan nak solat pakai yang ala ala je
pelik sungguh diriku

disebabkan aku tak setuju dengan pendapat mak aku so takdela aku nak mengikut saranan dia
mana telekung yang terbaru yang tulah aku pakai gilir gilir sesuka hati aku
pagi pakai yang pink B beli kat jakarta
malam dah guna yang merah hadiah hantaran
lupa letak yang cotton purple kat mana aku pakai purple yang organza pulak.hehehe
kat rumah mak pulak letak yang kaler gold dengan yang pink corak kerawang
wahhh memang mewah aku dengan telekung
nak mengadap tuhan kan.hehehe
telekung je bermacam fesyen solat aku ntah tuhan terima ntah tidak.huhuhu
insafla sekejap

ops dah 5.30pm..aku tak solat lagi.hehe
g solat dulu ek..dah dah la main fesbuknya.hihihi
daaaa




Comments

  1. saye juge suka guna semua kain semayang yg ade..kdg2 yg dh buruk xnk guna..sbb rase cm xdop feel..wuuuuu

    ReplyDelete
  2. eh eh samala kita
    kalu yg kusam tu tak feel je smayang kan?hehe
    smayang ntah lepas ke tak

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D