Thursday, January 19, 2012

penangan ombak rindu

assalamualaikum

merata rata orang bercakap pasal ombak rindu
novelnya yang dah berkurun lama tu tiba tiba naik carta no 1 kat top selling novels
kutipan kat pawagam tak taula pulak aku berapa
tapi for sure box office la

last two week adala kuar filem ni kat astro first
so tanya B nak tengok ke
B peminat filem and drama melayu
so belila
start main malam tu dalam pukul 10
tak sampai sejam kot aku tertidur

komen aku?
hmmm biasa aja
tipikal cerita melayu la
lagipun aku bukan peminat maya and aaron
lagipun durasi filem kejap je
tak feeling
layan novel lagi best.hehe

tiba tiba dalam class tadi students aku
yang rata rata baru 4 and 5 years
dok cakap kita dah tengok ombak rindu
yang lain pulak rumah kita ada cd ombak rindu
wallah hebatnya penangan ombak rindu
mengalahkan penangan angry birds pulak
huhuhu


Saturday, January 14, 2012

masalah dengan nama


assalamualaikum


nama aku simple je
isruzaini bt ismail
panggilan masa di u dengan di sekolah dulu muis
bila dah masuk kerja aku rasa macam tak berapa kena nak introduce dengan nama muis
so masa mengajar kat ikbn dulu orang panggil aku zaini
tapi sekarang ni bila kat tempat kerja baru
panggilan rasmi keluarga aku mostly guna is lah
zaini macam hmmm tak best n tak ranggi

masalahnya aku mengajar budak cinonit
pulak tu tadika all english conversation
maybe 30 percent je boleh speak malay dengan students
masalahnya budak budak mostly tak boleh nak accept nama aku
konfius
sebab bila ajar budak
my name is..is
tak ke pening budak
mostly students kat tadika
nama teachers lain ingat
yuni, suzi, ain, na
nama aku je dorang tak ingat
sebab is adalah mostly used words in english
so budak takleh accept is adalah satu nama
so sad..

nampak gaya aku kena tukar nama
teacher nini
cute kan?
macam nak muntah hijau pun ada
muahahaha
selama ni nama aku berciri jantan tetiba nak jadi nini
alahai nak sebut pun segan
hmm nama pun bermasalah


Friday, January 13, 2012

teacher yang nakal, students yang sensitif



assalamualaikum

hai ni nak berkongsi cerita di dalam kelas
actually aku punya students macam ramai jugak yang sensitif
tapi adala sorang yang manja n sangat sensitif
sangat comel and suaranya sangat cute
sampai aku pun asik nak terikut cakap macam dia.hehe

hanis humaira
panggilannya mai
selalu nak dapat lebih attention dari aku
kalau tak dia mula tarik muka and nangis
aku pulak sebagai seorang teacher yang garang selalu marah dia
but in the end aku jugak yang kena pujuk balik

minggu ni pulak second week selain dari mai
ada pulak boys yang nangis
salah aku jugak.hehe
nakal sangat mengusik diorang
adam asyik pakai kopiah
pastu aku cakapla o pakai kopiah sebab kepala adam botak
terus dia nangis.hahahaha
panik jugak aku terpaksa la pujuk cakap botak tapi hensem macam mawi
nasib baik dia stop nangis.hehe

then semalam thursday zamir pulak yang nangis
sebab dia tak boleh nak spell huruf f
so aku cakapla o sebab zamir gigi rongak atas.
then dia terus pekup muka and nangis jugak
alahai students aku
teacher gurau je sayang
nasib baikla semua makan pujuk
students sensitif, teacher pulak kuat mengusik
nasibla..


Tuesday, January 10, 2012

back again...

assalamualaikum

hmmm lamanya tak berblog
tuntutan kerja terbaru ni membuatkan aku tak sempat nak berblogging
nak berblogwalking nak berfacebook
semua macam tak sempat je
24 jam terasa macam sekelip mata
keluar pagi and balik petang
malam masa untuk rehat  and tidur
masa dengan hubby pun rasa macam dah tak macam dulu
nasib baik takde baby lagi
lepas ni kalau ada baby tak dapat nak bayangkan
apapun, alah bisa tegal biasa

walaupun penat tapi seronok
dapat jugak release tension
dengan telatah anak anak yang baru nak membesar
bila tengok student yang comel comel mendengar kata
memang seronokla
hari ni sorang parents datang bagitau anak dia cakap dia suka nak datang sekolah sebab teacher baik sangat
bila mama dia tanya teacher nama apa dia tak dapat jawab
bila dia pointing out rupanya akulah teacher bertuah itu.hehehe
sangat bangga bila tahu ada anak kecil yang appreciate kita macam tu
sangat sangat happy
walaupun penat tetapi amat berbaloi
hopefully aku akan sentiasa jadi teacher is yang disayangi anak anak kecil disini
insyaallah..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...