Posts

Showing posts from June, 2012

minggu terik urat!

assalamualaikum hari keempat still rasa tak selesa di belakang tengkuk nak pusing, nak menelan, nak batuk, nak bersin sumanya menyakitkan, menyeksakan B cakap sebab tak cukup tidur dia je kot aku kol 10 dah lelap minggu yang agak stress agak stress di rumah agak stress di tadika kerja pun banyak rasa nak release dengan blog tapi tak sempat.hehe lagipun bos dah warning keje setel baru leh berblogging kalau refer to last visit to clinic aku ada masalah dengan urat saraf bila sentuh memang ada satu bahagian urat kat belakang tengkuk rasa tegang and keras semacam aje still ada lagi ubat sakit urat kepala dari klinik tapi selagi boleh tahan tahan ajalah taknak la rely on medicine sokmo semalam just guna tiger balm sahaja legala sikit hari ni rasa makin teruk kalau drive sendiri datang kerja maunya aku keje half day today minggu ni memang minggu sakit for the entire family hubby pun tak sehat badan demam and selsesama anak pun tak sihat sebab lelah and batuk

LA TAHZAN part 1

assalamualaikum aritu masa kemas bilik aku terjumpa buku mini jangan bersedih (la tahzan) ; zikir munajat dan tazkirah disertakan sekali dengan vcd percuma buku tukisan dr badrul amin bahron buku ni tersangat la bagus artikel yang sangat mudah kita nak faham rasanya kalau masuk kedai buku banyak sangat jumpa buku dengan tajuk ni cuma writernya sahaja yang berbeza dalam mini book ni ada zikir dan jugak doa yang aku biasa sebut dan dengar tapi tak tahu apa manfaatnya dekat sini aku nak kongsi kandungan buku ni selamat beramal ya BAHAGIAN  1: SIFAT SEMULAJADI MANUSIA Dalam kita meniti kehidupan seharian, adakalanya kita bersedih. sedih adalah sifat manusia. sedih adalah sifat semulajadi manusia yang dicipta Allah SWT. Mustahil ada manusia tidak pernah bersedih. sedih, suka, duka, bahagia, derita adalah merupakan sunnatullah dalam kehidupan ini. bukankah Allah mencipta tiap sesuatu itu berpasangan? sedih lawannya gembira. derita pasangannya baha

edisi entri basi: sport day TAP part II

Image
assalamualaikum hari ni baru nak sambung bercerita pasal hari sukan tahunan aulad pintar untuk setiap kelas ada dua game and satu game students and parents game pertama bawak bola dengan gelung wahh maira dah bergaya macam orang nak menari lemah gemalai gitu.hehe teacher is pun kenala bagi arahan dan semangat eksaited mengalahkan students walau dok praktis hari hari almost a month still ada yang tak ingat teknik apa yang nak kena guna second game bowling botol ramai yang lengan tak bedung masa kecik kot asik tak kena je pulak tu macam macam gaya lepas membaling game dengan parents anak baling parents sambut pemenangnya nini dengan mamanya rules bertukar di saat akhir so students n teachers semua konfius teacher is tengah explain kat pembantu teacher wani akan diperbaiki next year teacher is pun jadi pembantu dan pembunyi hon jugak masa ni dok ralit lap baldi untuk gu

selamat hari ayah, ayah!

Image
assalamualaikum sempena hari bapa tahun ni aku nak ucapkan selamat hari bapa kepada ayah aku en ismail idris bagi aku ayah seorang yang sangat cool kadang suka cakap kelakar kadang perangainya melucukan jarang marah anak anak aku yang larat nak sorong kerusi roda ayah nanti bila ayah dah tak boleh jalan aku yang sanggup berjam jam menunggu ayah appointment jantung kat husm paling minima 5 jam aku juga yang teman ayah bila dia nak pergi klinik aku akan ikut masuk sekali bilik doktor sebab aku nak betul betul faham apa yang doktor bagitahu ayah sebab aku nak explain betul betul kat doktor apa masalah berkaitan kesihatan ayah ayah akan tolong mak bungkus ketupat palas dengan tapai bila nak raya aku yang akan hantar bila mak ayah nak ke mana mana disini aku nak cakap.... terima kasih ayah kerana telah membesarkan aku dari kecil sampailah aku dewasa terima kasih ayah kerana tak pernah mar

sebelum dan selepas

Image
assalamualaikum sebelum.. red roses from cameron yang b belikan dekat seminggu aku simpan dalam freezer tapi tak bukak balutan dia sampai lebam and layu kebetukan selsema so bila cium cium pun tak bau apa selepas.. bila dah serabut dalam freezer sebelum b bising aku ambik n potong batangnya ambik balang biskut raya n letak dalam bilik esoknya mana yang dah layu tu naik terpacak balik mana yang tak kembang pun dah jadi kembang balik sian dia nak air jugak.hehe

random pics

Image
assalamualaikum banyak benda juga yang nak diblogkan tapi mood pulak tak mari mari banyak kerja nak kena setelkan sebab students ada midterm exam next week so nak postkan random pics jelah hari ni jambu epal from cameron last year pergi ada yang ni aje taun ni ada yang kaler merah pulak tapi bila try still sedap yang kaler hijau ni aku beli rm20, 5 biji makan dengan hubby je tak kongsi makan dengan biji dia pun sedap.hehe orang eskimo tersesat ke apa ni panas terik pun nak pakai sweater berhud.huhu sanggup jadi model tengah panas 2 orang from csi tengah tengok tempat kejadian kejadian dipercayai berlaku pagi depan mata diorang jugak nasi sup ayam and daging bakar tepi sungai dengar kata best tapi first time try bagi aku biasa aje sup dia tak power langsung tawar hambaq ayam and daging bakar sedap tapi sosnya ala ala manis gitu patutnya kena pedas masam n salty ke sikit hmm tipikal

meal box for 5years kid

Image
assalamualaikum hari ni one of my students bawak meal box teachernya excited nak tgk apa bekal for today bukak bukak je jeng jeng jeng ada botol air and sudu garfu satu set okay...mainan robot for ur breakfast today, keke...huhuhu

almost burnt the kitchen

assalamualaikum semalam masa aku masak untuk lunch aku almost burnt the kitchen memang terkejut and panik sangat nasib baik tak jadi apa masa aku panaskan minyak nak goreng ayam aku nak cepat pansa so memang api dapur besar la lepas tu aku pusing dekat sinki nak potong sayur teralit kat situ sampai tak ingat kuali atas dapur tiba tiba aku dengar bunyi pelik je bila aku pusing je kuali tu dah terbakar dengan api menjulang tinggi aku rasa hampir setengah meter jugak dahla belakang dapur tu dinding kayu memang aku statik terkejut kat situ lepas tu aku terus nak pergi angkat kuali tu pegang je pemegang dia memang panas masa tu jantung aku dah berdegup kencang aku terus ambik air jirus dalam kuali masa tu bunyi berdesir dengan api menjulang naik makin terkejut aku tapi lepas tu aku tengok api turun sikit aku terus jitus air lagi sekali masa tulah api makin kecik and hilang lepas tu aku pun terpaku la kejap sambil rasa jantung aku duk berdegup kenacang lagi aku t

3 dah lepas..ko bila lagi? :)))))

Image
assalamualaikum entri khas ditujukan kepada yang berkenaan.hehe aku dah setahun z dah 4 bulan arn dah dekat sebulan ko bila lagi? muahahaha pengantin basi wekkk pengantin tak semenggah.hihi ada ke pengantin pose cenggini? pengantin tak senonoh ada ke cakap hidung aku macam zizan.huhu tak baik tau...

kenduri kat tapak rumah

Image
assalamualaikum last sunday aku n parents ke jerteh sebab my sister kak mira ada nak buat semayang hajat and kenduri sikit sebab dia dah nak start buat rumah disebabkan ayah nak kena sembelih kambing and smayang hajat buat awal pagi isnin so kena bermalam kat sanala petang tu elok sampai je aku makan makan sampai nak pecah perut makan tak berhenti.hehe so malam tu lepas je masuk isyak aku terus solat and pancit awal sampai hf mati pun aku malas nak cas b sampai kena kol kak mira tanya aku g mana.hehe awal pagi bangun solat and terus mandi kak mira ajak teman dia pegi ambil nasi dagang yang ditempah so pagi tu after solat hajat sume breakfast dengan nasi dagang and agar2 laici je beserta pulut kuning nasi dagang terengganu beras putih je tak mengujakan.hehe acar masam sangat sangat ikan tongkol hitam yang dia guna tak sedap sebab isi hancur patut guna ikan tongkol jenis lain pendapat aku: nasi dagang mak aku masak lagi sedap ta