Posts

Showing posts from July, 2012

leisure time: Sunan Musafir

Image
assalamualaikum bacaan terbaru this week Sunan Musafir from Ramli Awang Mursyid novel ini adalah penutup untuk dua set trilogi from him bermula dengan Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta sambung pulak dengan trilogi kedua Cinta Sufi, Sutera Bidadari, dan pelengkapnya Sunan Musafir tapi still cerita yang sama koleksi novelnya memang antara yang tak akan miss dibeli oleh cikgu ismira saya tumpang baca saja.hehe novel penutup ni boleh dikatakan sebagai jawapan untuk semua konklusi yang belum terungkai happy ending tiada kematian watak hero and heroin tapi macam nipis sikit sekejap je dah habis baca.hehe kalau sapa yang follow novel RAM ni koleksi novel dia memang fantasi+thriller yang kadang tak terfikir dek akal tapi tak semua novelist boleh buat novel thriller ada jugak yang buat tapi tak menjadi tapi kalau yang RAM punya asyik dok mengulang baca saja best sesangat walaupun kekadang pening dengan jalan ceritanya

ramadhan 2012 - 10th Day

Image
assalamualaikum hari ke sepuluh berpuasa, 0330am aku bangun perap ayam dengan garam kunyit and masak nasi lepas tu tak tidur tidur dok layan olimpik games kalau buat solat sunat kan bagus.hihihi 0450am gerak masuk dapur goreng ayam and ikan masin kejutkan B untuk sahur nasi panas panas letak kicap dengan ikan masin, ayam goreng ada pulak ulam timun wahh bertambah pulak aku makan nasi.hehe berbuka pulak aku tak beli apa pun semua tak berkenan di tekak lagipun mak mentua dah cakap nak masak asam pedas ikan talapia B beli jugak kaki ayam percik, lala goreng pedas dengan kuih onde onde aku just beli air asam boi dengan lawar je alhamdulillah.. 20 more days to go!

pembuka selera: resepi pajeri nenas

Image
assalamualaikum sejak bekerja sahur dah tak macam sebelum kerja zaman belajar dua tiap kali shur makan mesti bertambah tambah selera saja tapi sejak bekerja, sahur pun dah tak bangun tapi bila dah kawin suami nak bersahur so isteri terpaksala bangun masak and prepared sahur so aku kenala ada menu pembuka selera kalau nak bersahur lauk memang dah tak penting sangat yang penting ada pembuka selera antara yang jadi faveret aku masa bersahur adalah pajeri nenas aku sama je dengan ayah maklumla anak ayah kenala sama.hehe kalau sahur mesti nak ada pajeri nenas kadang mak masak sampai seperiuk setakat ni tak penah la lagi aku masak pajeri nenas tapi nak share jugak resepinya yang disalin dari  mulut mak.hihi pic kredit dari sini bahan bahan: nenas bawang merah, bawang putih kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih gula, air dan pewarna cara membuatnya: tumis bawang putih and merah masukkan kulit kayu manis, bunga lawang,

ramadhan 2012 - 9th Day

Image
assalamualaikum tadi bersahur dengan segelas milo, nasi sikit and strepsils tetiba saja sakit tekak mulanya start dengan selsema pastu sekarang dah sakit tekak and batuk untuk berbuka pulak hari ni beli bungkus  sahaja sebab B tetiba kena overtime gara gara bonus gomen so menjelang waktu berbuka masih tak sampai rumah so B cakap beli nasi siap siap jelah so untuk aku nasi  beriyani dengan kari beriyani ayam beserta acar and desert rm8.90 kecewa sebab tak sedap karinya tawar and cair tak berbaloi dengan harganya next time memang takdenya aku nak beli untuk B aku belikan nasi campur lauk daging goreng dengan gulai ikan tongkol rm4.50, itu sahaja singgah beli air kelapa jap and B dah beli desertnya nasib baik sempat sampai rumah 15 minit sebelum  berbuka teringat pulak masa bercinta dulu tapau from chicken rice shop sebab takde seat untuk berbuka last last berenti makan kat tengah jalan dalam kereta.hehehe takpe, janji dengan

Popiah Goreng Muis Nyum Nyum

Image
assalamualaikum wah tajuk entri tak boleh blah.hehe popiah goreng antara faveret aku kalau bulan puasa so semalam terajinla pulak nak buat popiah sendiri kebetulan mak pun suka makan popiah so kalau buat boleh bagi lebih sikit kat mak kalau beli 3 ketul singgit, dahla kecik aja saiznya lepas tu intinya memang tawar and tak rasa apa so tengahari semalam mulakanlah operasi lepas siap sume bahan untuk masak lauk berbuka aku start buat inti popiah aku guna carrot, timun and tauge dicampur dengan daging kisar aku tumis atas kuali dengan sedikit bawang merah, bawang putih and cili kisar letak perasa, goreng sampai layu dah siap intinya gulung jelah sampai habis intinya semalam buat dapatla 29 ketul saja bagi sikit kat mak and SIL popiah yang dah siap di goreng lagi elok kalau deep fry silap terkuat sikit api terus hangit popiah aku ni kalau tak makan dengan sos pun takpe sebab intinya dah diberi perasa my

ramadhan 20duabelas - 8th Day

Image
assalamualaikum alhamdulillah dah lebih seminggu kita di bulan ramadhan kali pertama bersahur dengan mak ayah so aku tak kunci alarm harapkan mak kejut tapi mak pun terbabas jugak tersedar dah 0515am nasib baik aku taknak makan just minum segelas milo sejuk antara hari yang paling letih sepanjang seminggu berpuasa ni aku almost give sampai nak break the fast dengan selsema, sakit tekak, muntah muntah menjelang tengahari nasib baik berjaya sabarkan diri untuk terus berpuasa untuk berbuka aku masak semua lauk B just beli air je dibazar ramadhan ikan siakap belah sweet sour kuahnya terbanyak pulak aku curah semua atas ikan alhamdulillah menjadi percubaan pertama ni next entri nanti aku share resepi :) tomyam ayam dengan sayuran dah lama tak masak tomyam sendiri asik makan tomyam kedai je nasib baik perasanya elok tak termasin bulan puasa main agak jelah kailan ikan masin yang ni memang terleb

ramadhan 2012 - 7th Day

Image
assalamualaikum hari ketujuh bersahur aku goreng ikan gelama jeruk so aku makan tu je dengan kerabu mangga selera la sikit pastu minum soya ros segelas untuk berbuka pulak balik berbuka rumah mak dah seminggu puasa baru berkesempatan balik sian mak ayah berbuka berdua je menu  berbuka spesial sikit sebab encik suami bakar ikan sendiri beli rencah sambalnya dari saudara tapi B modified balik tumis balik and tambah serai, asam jawa, tambah perasa bagi pekat and likat sikit hasilnya: ikan talapia bakar bersambal super duper sedap bukan nak puji suami tapi memang sedap serius terasa sambalnya sebab aku bukan penggemar ikan sangat yang B beli aritu aku memang tak makan tapi yang ni sampai aku meratah ratah proud with him sebab sume dia buat sendiri siang, basuh, bakar aku tolong letak garam je dalam sambal dia.hihi my fave and ayah faveret's too ikan tuko @ pari bakar berkuah santan sedap sebab rasa masam masin

adik maira yang nakal

Image
assalamualaikum nak cerita pasal karenah girl yang paling manja, mengada, nakal dalam kelas aku adik maira setiap pagi sebelum assembly memang takde kerja lain pantang aku alpa sikit mula dia buat perangai nak tahu apa dia buat? sembunyi belakang kerusi belakang pintu tiap tiap pagi nak kena berjemput supaya masuk assembly kalau  dia tahu aku tau dah mana nak cari adik maira yang nakal kalau aku snap gambar konfem tersengih kalau petang time solat lain pulak ceritanya asal cakap nak solat mesti dia cakap "alah ticer, sokmo nak solat!" selalu dia buat alasan nak berak lepas tu bila semua dah habis solat baru dia keluar dari jamban tapi lepas kitorang si teacher ni terkena sekali kalau dia cakap nak berak kitorang memang tak bagi dah.hehe bukan dia nak berak atau kencing pun yang latest semalam punya kes macam biasa time solat dia menghilangkan diri nak tau kali ni dia buat apa? boleh pulak dia berselimut dia

ramadhan 2012 - 6th Day

Image
assalamualaikum masuk hari ke enam memang malas and tak selera nak sahur B je yang makan, aku just meneman saja bersahur dengan segelas soya ros sejuk okayla tu memang tak selera langsung nak suap mulut ke nasi.huhu dahla nasi yang lebih berbuka bila aku panaskan dia tak panas pun ntah rice cooker tu dah rosak kot tapi bila masak nasi elok je pulak untuk bersahur esok kena bangunla at 4am sian kat B kena makan nasi tak fresh berbuka pulak dah tak beli kerabu mangga.hehe sebab ada banyak lagi lebihan yang semalam punya kepak ayam madu rm5 tak pedas n overcooked so isi ayamnya liat gulai batang keladi pemberian orang aku dan B dua dua tak makan.hehe kerutub daging rm3 tak sedap dahla dagingnya liat lawar ikan rm2 tak sedap sebab tak masam and tak pedas bulan puasa pun nak menipu bila tanya cakap karipap sardin padahal inti kentang patutla kedai kau asik tak laku je geram betol

suami pembuli

Image
assalamualaikum B memang suka buli aku mentang aku boleh drive sendiri ada ke patut pegi kerja aku kena drive, dia tidur siap rebahkan kerusi lagi elok pulak dia terjaga bila dah nak sampai tempat keje aku padahal akula yang dok bangun 4am masak nasi bangun pulak 5am siap nak sahur dia lepas sahur sambung tidur lagi sampai 630am aku ni kena kemas dapur lagi, basuh baju, gosok baju lagi, buat itu ini dahtu bila dia mengantuk, boleh pulak disuruh drivernya sedih sungguh rasa hatiku ada suami pembuli memangla bukan tiap hari tapi i tak suka tau i nak la rehat rehat pegang tangan suami masa pegi kerja kalau dah kena drive, pegang gear jelah jawabnya.. apalah nasib.huhu gambar lama tapi ginila kalau tidur dahla tidur ternganga kadang siap berdengkur.hihi

ramadhan 2012 - 5th day

assalamualaikum hari kelima bersahur aku dah tak bangun at 4am sebabnya malam tadi sebelum tidul at 12am aku dah masak nasi siap siap so kunci alarm at 5am jelah bila nasi masak je suis api memang aku tak matikan tapi paginya bila nak bersahur awat nasinya sejuk sepatutnya panasla jugak ntah apa maslah periuk tu kesian B terpaksa menunggu pulak dimeja nasib baik dia tengah mamai.hehe bersahur dengan kerabu mangga and daging lada hitam saja berbuka puasa pulak macam biasala kerabu mangga lagi.hehe pastu aku tak beli lauk dah otw balik singgah bazar lagi B beli gulai kawah, ikan talapia bakar, kebab daging, ayam madu, kuih seri muka, aku macam biasala makan sikit saja tak menambah lagipun aku tak gemar sangat ikan bakar, gulai kawah hajat nak cari kerutub daging tapi dah habis pulak setakat ni malas lagi nak snap menu makanan macam boring je blog takde gambar.hehe tengokla kalu rajin nanti kalu blog cikji rajin je dia snap satu satu.hehe

mari bercerita bersama teacher is

Image
assalamualaikum sebelum ni kalau buat sesi bercerita dalam kelas aku just guna buku saja suruh students make a circle pastu berceritalah tapi macam susah sebab students macam berebut nak tengok gambar dalam buku so ada yang tak concentrate jadi prosesnya pun tak berapa fun lah so untuk prophet story once a month tetiba aku dapat satu idea sebab kedai buku tingkat bawah tadika ni ada jual prophet story book collection so aku cadang nak beli and potong gambar dengan cerita dalam tu then tampal di manila kad pastu bila fikir balik rugi pulak buku nak gunting macam tu so aku fotostat pastu colour je balik gambar untuk first story ni aku start dengan cerita Nabi Adam as in the making cut and paste saja colour pun tak habis.hehe my assistant yang dah terer bab bab cutting ni students excited tengok illustration syaitonnirrojim diorang dah set up in mind setan berwarna hijau, kuku panjang, muka buruk teacher cakap

ramadhan 2012 - 4th day

assalamualaikum bersahur hari ke 4 aku bertambah nasi sebab ada kerabu mangga ada jugak paprik ayam pastu aku goreng pulak udang goreng kunyit dengan cili and bawang B pun nampak makan lebih sikit air pulak kitorang just minum air suam.hehe sehat tubuh badan kononnya berbuka hari ni wajibla kerabu mangga lagi dah muak sampai nak termuntah makannya baru aku nak stop beli.hehe beli jugak sup tulang and daging black pepper simpan untuk sahur tapi balik nanti aku akan buat ayam kicap lada hitam jugak air pilihan hari ni ialah air cendol tapi akak tu ceduk air dari atas je cendol dengan sagu bulat merah tu kat bawah air cendol apa kalau cendolnya tak ada pun dahla air gula melaka dia pun taruk sikit saja kalau tak sedap lepas ni memang tak beli la menyampahss je otw balik singgah bazar jelawat B just beli solok lada dengan teresek jantung pisang pastu B beli jus yoghurt mangga and air laici jugak kuih dah tak beli sebab asik tak habis saja

ramadhan - 3rd day

assalamualaikum bersahur dengan lebihan lauk  berbuka je lauk basah ada tapi malas sangat nak memasaknya lagipun aku makan sikit saja nanti lauk tak berusik membazir lagi kalau membazir suami pulak bising hari ni berbuka dengan kerabu mangga lagi.hehe hari ni beli lebih sikit dari semalam sebab nak simpan bersahur harapnya tak basila.hehe beli ayam percik seketul pun tak habis B langsung tak sentuh beli jugak paprik ayam untuk bersahur B biasala sambal bilis kering pilihan dia pastu aku goreng pulak ikan bilis garing dengan bawang besar untuk B jugak ada jugak gulai terung from SIL kuih hari ni pulak beli akok tapi sebab nampak macam kering je so aku tak makan teringin nak makan akok jagung bazar telipot sedapnya..lembut lembik basah rasa pun tak manis sangat memang menepati selera aku air pulak b beli air tuak untuk dia aku minum air kelapa lagi sekali teringin sangat nak minum air asam boi dengan limau nipis sua

suami yang tidak cerewet!

assalamualaikum beruntung ke kalau dapat suami yang makan tak cerewet? bagi isteri yang pemalas, suka sangatla kan akulah tu salah sorangnya.hehe B antara yang boleh masuk kategori tak cerewet tak kisah kalau masak apa pun tak pernah nak pilih pilih jarang sangat kalau nak dengar dia nak request nak makan itu ini kalau hari biasa ada satu lauk dan budu pun dah ok kadang buat nasi goreng n ayam goreng pun dah okay kadang malas makan nasi isteri request nak masak megi saja selalunya dia okay saja lagipun B bukan masuk kategori kuat makan kalau lunch dah makan nasi malam jarang sangat dia nak makan nasi so balik kerja tanya kalau taknak makan selamat la isteri dari memasak cukup beli bungkus atau makan yang ringan ringan saja dah masuk bulan puasa ni pun samala tak pernah lagi dia beli lauk pauk yang banyak dan ekstravaganza sederhana saja masa berbuka isteri pun bila suami dh macam tu kenala ikutkan saja padahal nafsu membeli di

jom terawikh!!

Image
assalamualaikum selain berpuasa penuh sebulan romadhon ini terawikhla antara yang ditunggu tunggu oleh orang orang yang soleh sahaja termasukla aku.hehehe tapi masuk hari ketiga puasa ni aku tak berpeluang lagi buat terawikh masalah orang perempuan.hehe memangla sunat je kan hukumnya tapi sangatla rugi kalau tak pergi terawikh dah dalam setahun ni cuma sebulan romadhon ni jelah yang ada terawikhnya kalau tak grab this opportunity ntah ntah tahun depan berkesempatan ke idoknya kita semua ni.hehe kalau zaman aku tak kawin aku memang antara wakil dalam rumah aku yang pergi terawikh sebab selalu akak and abang malas so tak nak mak bebel, akulah yang jadi wakil ahli keluarganya mak memang strict bab bab ni walaupun ayah yang jadi tok bilalnya.huhu kalau malas terawikh memang cairla taik telinga nak mendengar bebelannya tapi bila pergi terawikh aku ikhlassss.hihihi sebab nak dapat pahala, bukan sebab tak nak kena bebel tapi tahun ni dah

ramadhan 2012: second day

assalamualaikum hari kedua bersahur aku makin tak selera makan nasi seciput saja lauk pun tak berusik B makan banyak sikit tapi makan dengan ikan masin saja cuma tak bertambah la nasib baik ada pejeri nanas lebihan berbuka gigih jugak menghabiskan nasi menu berbuka pula daging bakar air asam, kerabu mangga, sambal tumis ikan bilis, puding gula hangus, kurma, dengan air kelapa B dengan rajinnya tolong buat sambal baru untuk baki lauk ikan aya goreng pedas semalam sedap pulak tu, macam tak caya aja kerabu mangga pulak super duper sedap makanya harus membeli tiap hari kebetulan tepi tempat kerja ada mini bazar ramadhan walaupun tak banyak pilihan tapi okla yang penting tak crowded :) menu apa pulak hari ni?hehe

mengalahkan budak kecik!

assalamualaikum hari pertama puasa memang kelakar B dah jadi macam budak kecik yelah dah puasanya setahun sekali nak harap buat puasa sunat...haraammmm hehe mengutuk suami sendiri pulak kebetulan leps g bazar ramadhan semalam aku singgah rumah mak so B terus balik rumah dengan barang yang dah beli pastu aku samai rumah dalam 645 sampai je B tengah main game b terus sound nasi tak masak pun lagi aduhai kelakar sungguh nasi tu masak tak sampai pun 15 minit pastu bila aku masuk dapur wah lauk sume dah siap hidang paling kelakar air soya nya B dah siap letak ais masa tu kol 7 pun belum berbuka dahla pukul 732pm habis la tawar airnya cik abang oi bila ais tu dah cair nanti dia cakap takpela dia memang suka soya tawar muahaha pandaila nak cover line dahla habis satu plastik ais dia masukkan sabar jelah dengan suami aku ni so bila dah masak nasi aku lepak je tengok movie dulu masa tu mula la dia dah jadi macam budak kecik dok aza

ramadhan 2012: first day

assalamualaikum hari pertama bersahur  menu ayam goreng kunyit, ikan masin, ulam budu, kicap n sayur air sahaja pukul 4am dah bangun main masak masak mandi n sambung tidor balik tak lupa kunci jam kol 5am terus bangun n kejut B sekali makan, minum n sambung tidur  balik selera la jugak makan sebab nasi panas panas lagipun makan bersama suami walau tak banyak cukupla untuk ambik berkat sahur berbuka pulak bersesak dengan B di bazar ramadhan pasar jelawat tempatnya dahla sempit and tertutup orangnya pulak ramai memang tak selesa sampai tak boleh nak malangkah pun jem di bazar ramadhan.hehe menu first day ikan keli berlada, ikan aya goreng pedas, lawar, pajeri nenas,  kuih, popiah goreng, air soya n air limau nipis tambahan menu tomyam ayam from SIL yang tu pun dah berlebih dari cukup setakat makan berdua je tak baik membazir :)  

kurma oh kurma

Image
assalamualaikum sunat berbuka dengan buah kurma kan? ikut sunnah nabi tapi aku memang tak gemar sangat buah kurma kalau makan pun mesti tak habis sebiji kadang kadang aku gigit aku luahkan balik.hehe sebab tu kalau masuk ramadhan je aku memang tak kisah nak beli kurma kalau beli pun untuk mak ayah je ada ke takde kurma memang takpe sampai macam tu sekali teruk betul la perangai latest ni kan ada kurma dengan badam, kurma bersalut coklat nampaknya kena beli yang macam tu pulakla lagipun aku penggemar kacang patut beli kurma almond la kot try tengok macam mana leh masuk tekak ke tak nanti :) pic from  this blog nampak macam sedap tapi canela gabungan 3 rasa coklat, kurma dengan almond? adakat extra niceeee atau adakah bakal membuatkan aku loya tekak?hehe

cerita bazar ramadhan

assalamualaikum kalau ramadhan, bazar ramadhan la yang selalu ditunggu tunggu masa nilah banyak sangat tapak yang orang buat bazar ramadhan semua orang nak berniaga memangla bagus sebab nak cari duit kan masalahnya bila berniaga semata mata nak cari untung kualiti makanan tak jaga langsung tak tahu masak pun nak meniaga bukan tak pernah terkena makanan yang memang tak sedap langsung kes lain pulak cepat basi kalau beli lauk nak simpan sahur memang banyak yang cepat basi lagi satu hal mahalnya ya ampun makin lama harga makin melambung lambung tapi tulah sebab fikirkan makan  berdua saja tak berbaloi nak masak cukup dengan beli saja tapi kena pandai pilih la yang sedap and yang murah lagipun bukan semua peniaga yang tak ikhlas buat kerja ramai lagi yang memang betul niat nak berniaga nak tambah pendapatan sebab tu kalau pegi satu satu bazar aku memang dah ada favourite stall so aku akan jarang sangat tukar tukar nak beli kat makcik pak

salam ramadhan

Image
assalamualaikum to all my families, my friends, my colleageous selamat menyambut ramadhan al mubarak semoga ramadhan ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua salam ramadhan penuh keberkatan -muis & suami-

ramadhan tahun ni macam mana?

assalamualaikum kalau ramadhan tahun lepas rutin ramadhan aku sangat meriah and menarik sebab aku bekerja shift so aku memang drive sendiri and boleh explore merata rata bazar ramadhan mengikut kemahuan and nafsu aku aku bertukar bazar setiap hari aku berbukak puasa merata rata kadang di rumah kadang di kedai kadang ditempat kerja kadang berdua dengan B kadang sorang sorang aje dalam sehari aku pergi sampai 2, 3 bazar semata mencari menu kegemaran aku berbuka di fast food sorang sorang mengharung jalan jem semata mata nak mencari akok jagung kegemaran aku tapi itu cerita ramadhan aku tahun lepas tahun ni pulak macam mana? aku dah tak drive sendiri pergi balik kerja dengan hubby kerja pun ofis hour dah tak bebas la nak kesana ke mari manala B nak melayan kalau aku nak g bazar jauh jauh atau yang bukan hala balik rumah ohh sangatla tak ohsemnya  nanti ramadhan aku.huhu tapi kalau B balik kerja lebih awal dari aku maybe B akan gu

Raja Ikan Bakar, Tok Bali

Image
assalamualaikum cerita lama tak pernah di update last cuti sekolah ritu my SIL ajak pergi dinner tok bali B sunggest makan dekat Raja Ikan Bakar aku bukanla penggemar sangat ikan bakar ni selalu lepas makan ikan tekak jadi loya hehe sampai je tengok kedai agak kecil and buruk.hihi tapi orang dah start ramai kitorang pergi ramai 7 dewasa dengan 12 budaj termasuk bbaby dah orang nak belanja biar jelah dorang yang order pastu aku bisik kat B 'makan ikan bakar je ke B? kuah ada tak?" "takde.." B jawab "dahtu cane nak  makan? tak tercekik ke nanti?" sebab aku style makan kena berkuah jarang sangat aku makan tanpa kuah B dok cakap "takpe, syg try  makan dulu..sedap..." aku ni dok merungut dalam hati apa yang sedapnya bila kau pegi jenguk ikan pun dia siang siang and terus bakar bodoh gitu je asam garam takde, sambal pun takde hmm mood nak makan terus hilang bila makanan sampai agak agak je nak

emosi pagi

assalamualaikum pagi ni gerak ke tempat kerja dengan suami aku sedikit emosi mengadu kepada suami about his family members punya attitude yang aku tak boleh nak terima sakit telinga nak  dengar, sakit hati nak tahan maybe aku sedikit jahat disitu bila menghasut suami supaya take action after all budak tu cuma anak sedara dia yang sangat kurang ajar dan tak reti nak hormat yang lebih tua tapi suami macam biasalah takpelah, sabarlah ada masa dia nanti adalah ya tuhan..sabar jelah bagi aku suami terlalu berlembut tapi mengalah bukan bererti kalah aku memang jenis pendendam pantang kalau ada yang suka nak buat fitnah nak mengata ngata ni bila aku dah hilang sabar nanti, tahulah.. kau dengan mak kau sekali aku aku smash nanti dasar manusia tak sedar diri macamla kau tu dah hebat sangat pelajaran pun takat kepala lutut setakat kerja gaji celah gigi ada hati kau nak mengutuk orang ek maybe suami aku  bukan yang terbaik bagi orang lain a

a visit to Klinik Ziad Azhari

Image
assalamualaikum semalam aku cuti sebab ayah kena ke HUSM and nenek nak ke klinik Ziad Azhadi around 830 gerak ke HuSM dulu sampai je memang time ni dah bersumbat la berpusing pusing aku cari parking last last terpaksa menunggu je dalam kereta kali ni ayah just nak kena ambik supply  ubat so takdela lama sangat tak sampai sejam dah siap so lepas tu terus gerak ke Melor sebab nenek memang nak buat check up dengan X ray at klinik Ziad Azhari dia taknak pergi hospital lama and leceh katanya so bila sampai sana lama jugak nak mencari kliniknya sebab tak pernah pergi lagi kliniknya pulak bukan tepi jalan besar panas jugakla aku nak mencarinya sampai 2, 3 kali tersalah lorong akhirnya jumpa la jugak bila sampai je tengok kawasannya macam rumah orang saja kalau takde signboard tak tahu pun klinik bila sampai terus kagum tengok kawasannya first time jumpa klinik macam ni kawasan parking yang luas siap ada pokok poko

aku yang dah tidak berdikari!!

assalamualaikum sejak ada ada kereta and drive sendiri aku memang seorang yang berdikari aku tak pernah nak menyusahkan adik beradik, mak ayah atau pakwe bila dah berkahwin aku tak pernah nak menyusahkan suami kebetulan pulak suami aku memang jenis tak berapa suka nak melayan karenah aku aku rasa B memang suka kalau aku  berdikari kalau aku nak buat apa apa atau nak kemana mana kalau tak perlukan dia dia memang tak ada masalah nak lepaskan aku kalau kitorang nak ke mana mana dulu lagi dia nak suruh aku ganti drive so dia boleh rehat and tidur gitulah suami aku kalau aku nak kemana mana tak pernah dia nak larang tak pernah dia nak kata tak boleh so aku memang bebas kalau rasa nak makan mcD selang sehari pun aku boleh pergi tanpa masalah kalau rasa nak makan Big Apple Donat aku boleh drive jauh sampai ke Tesco kalau pagi keluar awal aku boleh drive sampai ke KK semata mata nak beli pulut sekaya lepas tu patah balik ke tempat kerja aku boleh