mengalahkan budak kecik!

assalamualaikum


hari pertama puasa memang kelakar
B dah jadi macam budak kecik
yelah dah puasanya setahun sekali
nak harap buat puasa sunat...haraammmm
hehe mengutuk suami sendiri pulak

kebetulan leps g bazar ramadhan semalam aku singgah rumah mak
so B terus balik rumah dengan barang yang dah beli
pastu aku samai rumah dalam 645
sampai je B tengah main game
b terus sound nasi tak masak pun lagi
aduhai kelakar sungguh
nasi tu masak tak sampai pun 15 minit

pastu bila aku masuk dapur
wah lauk sume dah siap hidang
paling kelakar air soya nya B dah siap letak ais
masa tu kol 7 pun belum
berbuka dahla pukul 732pm
habis la tawar airnya cik abang oi bila ais tu dah cair nanti
dia cakap takpela dia memang suka soya tawar
muahaha pandaila nak cover line
dahla habis satu plastik ais dia masukkan
sabar jelah dengan suami aku ni

so bila dah masak nasi aku lepak je tengok movie dulu
masa tu mula la dia dah jadi macam budak kecik
dok azanla
cakap dah masuk waktu la apala
dok gesa suh pegi tengok nasi dah masak ke belum la
macam macam
macam budak darjah 1 baru belajar puasa pulak
kelakar sungguh..

hari ni ntah macam mana pulak
sabar sajalah...    :)





Comments