Sunday, July 29, 2012

Popiah Goreng Muis Nyum Nyum

assalamualaikum

wah tajuk entri tak boleh blah.hehe
popiah goreng antara faveret aku kalau bulan puasa
so semalam terajinla pulak nak buat popiah sendiri
kebetulan mak pun suka makan popiah so kalau buat boleh bagi lebih sikit kat mak
kalau beli 3 ketul singgit, dahla kecik aja saiznya
lepas tu intinya memang tawar and tak rasa apa

so tengahari semalam mulakanlah operasi
lepas siap sume bahan untuk masak lauk berbuka aku start buat inti popiah
aku guna carrot, timun and tauge dicampur dengan daging kisar




aku tumis atas kuali dengan sedikit bawang merah, bawang putih and cili kisar
letak perasa, goreng sampai layu
dah siap intinya






gulung jelah sampai habis intinya
semalam buat dapatla 29 ketul saja
bagi sikit kat mak and SIL







popiah yang dah siap di goreng
lagi elok kalau deep fry
silap terkuat sikit api terus hangit
popiah aku ni kalau tak makan dengan sos pun takpe sebab intinya dah diberi perasa
my step son yang tak puasa dok mengangkut lepas satu satu
memang sedap kalau makan panas panas :)



2 comments:

amalina husna said...

bdasarkan pngalaman, kuih kalau kat bazar kurang sikit kualitinya..lg bagus buat sdiri..=)

muis ismail said...

exactly. setakat ni kalau beli kuih tak pernah lagi yang betul betul kena dengan selera. meniaga just nak untung

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...