ramadhan 2012 - 4th day



assalamualaikum

bersahur hari ke 4 aku bertambah nasi
sebab ada kerabu mangga
ada jugak paprik ayam
pastu aku goreng pulak udang goreng kunyit dengan cili and bawang
B pun nampak makan lebih sikit
air pulak kitorang just minum air suam.hehe
sehat tubuh badan kononnya

berbuka hari ni wajibla kerabu mangga lagi
dah muak sampai nak termuntah makannya baru aku nak stop beli.hehe
beli jugak sup tulang and daging black pepper simpan untuk sahur
tapi balik nanti aku akan buat ayam kicap lada hitam jugak

air pilihan hari ni ialah air cendol
tapi akak tu ceduk air dari atas je
cendol dengan sagu bulat merah tu kat bawah
air cendol apa kalau cendolnya tak ada pun
dahla air gula melaka dia pun taruk sikit saja
kalau tak sedap lepas ni memang tak beli la
menyampahss je

otw balik singgah bazar jelawat B just beli solok lada dengan teresek jantung pisang
pastu B beli jus yoghurt mangga and air laici jugak
kuih dah tak beli sebab asik tak habis saja
makan kurma sajalah






Comments