Monday, August 27, 2012

cerita pagi syawal

 
 
assalamualaikum

syukur alhamdulillah setelah sebulan berpuasa(acctually 20 hari saja.hihi),
dpat jugak meraikan lebaran tahun ni
dah nak masuk 10 syawal ni barula berkesempatan nak update blog pasal raya

overall raya tahun ni bagi aku balance la
ada yang aku tak satisfied dan ada jugak yang buat aku betul betul puas hati
kalau bab yang tak puas hati tu malasla nak cerita kat sini
kang buatnya ada yang terbaca, ada yang terasa pulak..hmmm
mak, nenek, sedara sepupu sepapat semua terkait habisla
kalau di ingatkan balik pun, buat rasa lagi menyampah adala

pagi raya, macam biasala aku di rumah hubby
sepatutnya lepas suami balik dari ziarah kubur atok dengan adik beradik  dia,
kitorang terus gerak balik rumah mak
tahun ni tetiba ada masalah gangguan teknikal pulak
tak pasal pasal buat spoil mood beraya aku
sabar sajalah banyak banyak

harapnya tahun depan janganla macam ni lagi
tak sanggup dah aku
disebabkan kebodohan orang lain, aku yang kena tempias sekali
sampai rumah mak dah tengahari
masa tu semua orang dah takde gerak pi kubur
kiranya nilah first time dalam hidup aku terlepas kemeriahan pagi raya
memang sangat sangat tak puas hati
 
tapi nasib baik aku berjaya mengawal diri
tak terlalu ikutkan emosi sangat
so resultnya aku berjaya jugak melalui raya pertama dengan penuh kegembiraan
in my own way lah.hehe
 
akibat dari insiden pagi raya
aku tak jamah pun hidangan raya.huhuhu
lepas raya, nyesal tak sudah
 
antara yang terhidang di rumah mak di pagi raya
 
 
 
ketupat daun palas dan ketupat periuk kera
SIL yang bawak balik periuk kera dari melaka
ntah cane rasa memang aku tak makan
sebab aku bukan penggemar ketupat
kalau raya hajila aku makan ketupat sikit sekali dengan daging korban
kalau tak memang tak makan
 
 
 
 
rendang daging air tangan SIL
disebabkan ketiadaan mood, so makan sikit sangat
lepas tu memang tak makan makan dah
 
 
 
kuah mee bakso buatan cikgu ismira
bila aku sampai dah hujung hujung senduk je kuah yang tinggal.huhu
 
 
 
 
 
 
 
 
maggi telur dengan mihun untuk dimakan dengan mee bakso
 
 
 
 
 
 roti jala dan kari ayam
tak try pun
sebab hari biasa pun leh jumpa roti jala.hehe
 
 
 
 
 
nasi himpit je yang tinggal
satay tinggal batang lidi saja
ada yang mentah yang belum dibakar
sebab kehabisan arang
ada pulak gitu
 
tu jelah menu rayanya
kesimpulannya hari raya pertama menjelang malam aku diserang gastrik
bila malam perut dah masuk angin
so memang dah tak selera nak makan apa
ubat pulak kebetulan tiada stok
nyaris nyaris nak kebuluran aku malam tu
tak penah penahnya dalam hidup aku pukul 3am cakap lapar nak makan nasi kat hubby.huhuhu
 
tulah cerita hari raya pertama tahun ini   :)
 
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...