keluarga Is di hari raya

assalamualaikum
tahun ni gambar raya family sedikit sahaja
biasa gambar family diambil masa pagi raya
tapi tahun ni dah tengah hari
berkumpul kali kedua baru nak bergambar
masa tu phtographer pun dah nak beraya ke tempat lain
tapi nasib baik gak
sebab tengahari baru aku sampai rumah mak
kalau termiss sesi  bergambar family
mau aku meroyan sebulan syawal ni.huhu
tapi bergambar pun family memangla tak lengkap
berapa kerat sahaja yang ada
walaupun aku ada 11 siblings
7 boys, 4 girls
tapi 3 yang tak balik beraya
and cikgu isroha tahun ni kena turn beraya di rumah mertua


mak ayah beraya dengan jubah blck and white tahun ni
aku tak bagi cikgu isroha pun belikan ayah jubah putih
sebab biasa kalau dalam drama raya
kalau pakaian putih lepas tanda nak pergi dulu.muahaha
giloss fikir sampai ke situ



famili abang sulung, encik iswadi ismail
temanya warna biru
tahun ni turn family abang sulung beraya di kelantan, bukan melaka
tapi anaknya tak cikup korum
yang sulung farhana beraya di songkla
cadangnya raya ke3 dorang nak susul ke sana
tapi tak jadi sebab ayah masuk hospital
famili abang kedua, encik ispazhil ismail
temanya pink kaler
balik beraya kejap sahaja
malam raya dah fly balik ke sg buloh
sebab second  day abang dah masuk kerja
abang ke3 di johor tak balik beraya sebab turn johor tahun ni
kakak ke4 cikgu ismira beraya di rumah mak
tapi masa ni dah balik ke rumah mentua jerteh
sebab berkejar nak ke kenduri belah sana
abang ke 5 cikgu iskandar taknak bergambar sebab isterinya kena oncall
so tak cukup korum.hehe
abang ke 6 ismawi di perak pun takbalik beraya tahun ni
kakak ke 7 cikgu isroha beraya di rumah mentua at K. Terengganu
yang tinggal tuan punya blog
puan isruzaini dengan suami :)
bertema maroon tahun ni
tahun kedua raya dengan suami masih berdua.huhu
apakan daya tiada rezeki lagi
sabar sabar sajalah bak kata suami

adik ke9, cikgu izwan
bertema hijau mint
pun masih berdua jugak




anak anak lelaki mak ayah
yang bongsu takde entah lesap kemana
mak ayah dengan cucu cucu
hanya 8 dari 20++ orang semuanya

our small family
actually big, cuma tak cukup korum.huhu




nak duit raya dari cik inie kenala line up dahulu.hehe



tuan punya blog dengan suami
masa raya ni sajalah nak manja manja depan kamera.huhu
mintak ampun kali kedua
sebab mintak maaf pagi raya lepas suami balik masjid
masa tu takde orang nak snap gambar.hehe

 cik inie with ayusz
2 minggu terakhir ramadhan dia memang puasa full
walau baru 5 years
dahla takde merungut lapar dahaga
siap melompat lompat main lagi
so proud with her
gambar penutup entri
puan is dengan kurung moden sulam kasiak
kain hantaran from hubby nikah last year
tahun ni baru berjahit.hehe
da end :)

Comments