ramadhan 2012 - 13th Day


assalamualaikum



bersahur hari ketiga belas dengan daging black pepper dan kerabu mangga sahaja
tak selera sangat
plus not in the good mood

berbuka pulak hari ni dengan famili mentua
kebetulan SIL balik from kay ell
so makanlah sama sama with the other SIL families kat ruang tamu rumah mentua

semalam balik kerja sebab aku drive sendiri
so bergegas ke Bazar Telipot
dah hampir dua munggu berpuasa hari ni baru berkempatan cari akok jagung

sempat jugak beli air cendol yang super duper sangat
walaupun bila aku sampai rumah aisnya totally melted
tapi air cendolnya tetap manis
sebab dia letak banyak sangat air gula manisannya

aku tak pernah beli pun tapi sebba tengok orang ramai beli tu yang tumpang sekaki
memang sedap sangat sangat
kita boleh request nak beli RM2 atau RM3

lepas tu aku beli jugak telur ikan
aku pilih sendiri yang besar besar
tapi bila balik rumah aku modified balik
goreng balik telur tu bagi garing
and sambalnya ditambah bahan ikut selera aku sendiri

lepas tu bila nak cari kepak ayam
ada ke patut budak tu cakap semua kepak dah terbang
sengal je, cakapla dah habis

sambil tu melilau jugak cari paru goreng berlada untuk suami
tapi memang takde
susah sangat nak jumpa

later terus bergegas balik meredah jam
sampai kat bazar peringat at 6pm
semata mata nak cari paru goreng
nasib baik ada parking seberang jalan
so jalan kaki masuk situ

bazarnya memang super duper besar and luas
aku jalan pusing semua sampailah terjumpa satu satunya makcik yang jual paru
terus beli rm3, balik rumah potong kecik kecik
hajat hati nak buat sambal berladanya jugak tapi macam tak sempat
tapi nasib baik parunya garing and sambal berladanya memang kaw
tak sesia singgah situ
beli jugak daging goreng

later, singgah pulak bazar jelawat untuk beli air asam boi
bergegas balik rumah dah 645pm
nasib baik suami tak bising
terus masak nasi and siapkan lauk

hari yang agak meletihkan tapi puas hati
so disebabkan tu jugak tak sempat snap apa picture pun.hehe


Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM