ramadhan 2012 - 15th Day


assalamualaikum


hari kelima belas
B naik makan sahur rumah SIL
aku pulak malas
panaskan nasi makan dengan kerabu mangga dengan lebihan lauk dalam peti ais
makan sikit alas perut sahaja

berbuka pulak hari cuti mestila di rumah mak ayah
dahla hari kerja mak ayah berbuka berdua saja
tapi rupanya ayah ada jemputan berbuka di masjid kg sebelah
nasib baik aku ada
kalau tak kesian mak berbuka sorang
B sampai masa orang sedang elok azan maghrib

aku just beli lauk ikan keli goreng pedas, kuih popiah dengan air kelapa saja
lepas tu mak buat sayur pedas labu air, ikan kembung bakar
ada jugak telur masin dengan sambal tumis ikan bilis kerang petai yang makcik bagi

lepas mak ayah pergi masjid aku dengan B terus balik rumah
makin lama makin tak tahu nak makan apa untuk berbuka
pergi bazar pun sekadar tengok saja
banyak yang tak berkenan di hati
esoknya cuti nuzul quran
kalau anak ada, rancangnya nak buat nasi ayam sahaja





Comments

  1. aku n hasben pun da naik kematu pk apa nk masak utk berbuka. dah 3 hari bebuka mkn kurma n air kosong, pastu baru klua gi mkn.

    time sahur pun makan buah, mnum air and mkn kurma je :)

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM