Tuesday, August 07, 2012

ramadhan 2012 - 17th day



assalamualaikum


hari ketujuh belas
bersahur dengan daging black pepper dengan sambal ikan bilis kering
mulanya fikir tak nak bersahur
tapi lepas B dah siap aku terasa nak makan pulak
so masuk dapur makanla sikit

berbuka pulak aku balik rumah mak
mulanya nak buat nasi ayam
balik je dari pasar masa tengah dok cuci ayam
mak mentua cakap tak payahla masak
sebba hari ni dia buat satu dulang berbuka kat masjid
so makan lauk yang dia masak je

so B berbukala kat sana
aku balik rumah mak
aku belikan ayah gulai itik serati, hepi je dia
almaklumla anak kesayangan ayah
kenala pandai ambik hati.hehe

untuk mak pulak beli ikan terubuk bakar
kena bebel sebab dia cakap ikan terubuk dah ada
membazir saja katanya
mak aku ni memang macam ni
tak beli salah, beli pun salah.huhu

lepas berbuka, tapau lauk dengan kuih sikit and terus gerak balik
weekend ni pulak la baru boleh berbuka dengan mak ayah lagi :(




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...