ramadhan 2012 - 19th Day



assalamualaikum

hari ke 9 belas
bersahur dengan lauk lebihan berbuka saja
mulanya malas bangun
nak suruh B naik sahur rumah SIL saja
tapi last minit tukar fikiran
nasib baik nasi sempat masak.hehe
lepas tu pagi buta dah bersahur dengan soya ais
saya kalau minum soya putih memang kena dengan ais yang banyak
kalau ala ala sejuk je memang tak tertelan

berbuka pulak macam biasa ditapau dari bazar
B bercuti so saya bebas nak drive ke bazar
macam biasa pilihan saya nun jauh kesana, bazar telipot.hehe




mencari akok jagung kegemaran aku
rm2, 6 ketul
bagi aku memang sedap
sebab rasa lemak and tak manis sangat
lepas tu memang kalau letak dalam peti ais sampai 2, 3 hari pun elok lagi





telur ikan goreng
bila balik aku modified buat telur ikan masak kicap
barula nampak and rasa selera sikit nak makan
cikgu isroha mesti jeles sebab dia suka gak telur ikan.hehe






lala goreng pedas
faveret suami
saya makan sikit saja
yang ni sedap sebab sambalnya pekat and cukup rasa
yang beli aritu sambalnya cair, tak kawww





kepak ayam percik
kemain ramai lagi orang kat kedai ni
sampai berebut nak kepak ayam
sampai turn aku kepaknya dah habis
takpelah so aku decide beli kaki ayam percik
sebab faveret ayah

sampai je turn aku, aku tengok atas pembakar ada satu cucuk kepak ayam
bila budak tu cakap dah habis aku terus tunjuk yang tu
tanya yang sape punya
rupanya yg tu last takde orang cop dah
rezeki aku la nak makan kepak ayam percik
bila balik je tertanya la jugak aku
sedap sangat ke sampai orang berebut rebut ayam perciknya
makcik2 sampai membelinya berbelas ringgit sorang
siap mintak kuah percik lebih la

bila aku rasa je memangla sedap
memang cukup rasa manis masin lemak perciknya
patutla sampai berebut.hehe
lepas ni kalau pergi lagi menu wajibla





gulai udang
kuah gulainya yang lebihan dari tadika
aku just beli udang and masukkan dalam kuah gulai tu
kejap je siap
sori, saya tak pandai menggulai.hehe


tu sajalah menu berbukanya



Comments