ramadhan 2012 - 20th Day

assalamualaikum

akhirnya tiba jugak penghujung ramadhan
10 more days to go
cepat sungguh masa berlalu
masa ni dlam kepala memang tak sabar dah nak bercuti panjang.hehe

okla so macam biasa nak bercerita time sahur dan berbuka
macam biasa la sahur aku memang fikir panjang kalau nak makan
so hari ke20 aku cuma makan kuih akok jagung dengan soya sahaja
start semalam jugak aku dah tak bangun 4am nak masak nasi
aku dah dapat cara baru supaya suami dapat makan nasi panas
aku just masak lebih masa bersahur pastu aku kukuskan balik saja

mak mentua ada periuk kukusan yang besar gedabak
malas la nak guna, leceh sangat
so nak tau cane aku buat?hehe


aku guna periuk dengan penapis santan saja
lepas tu tutup dengan tudung periuk
so aku akan dapat nasi yang berkukus
muahahaha
macam sengal saja kan
sama je nasi jadi lembut and panas jugak
yang penting memudahkan.hehe


untuk berbuka pulak sebab semalam balik kerja awal
so aku decide untuk masak saja
nak boring makan lauk beli



ayam masam manis ala thai
bahan perencahnya macam nak buat tomyam
cuma yang ni kering




tomyam kungggg.hehe konon
padahal aku letak udang sahaja
masam menyengat sebab perencah banyak airnya sikit





kerabu mangga beli
pun masam jugak

so tema berbuka semalam masam masam tak berapa manis
aku pun tak tahu nape
bukan setakat bersahur saja
nak berbuka sekarang pun memang tak berapa selera
aku ambik nasi sikit
kadang tak habis saja
berat pun memang makin berkurang.hehe
ada hikmahnya pun  :)




Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM