ramadhan - 24 & 25th Day



assalamualaikum

ramadhan ke24 ada majlis berbuka puasa di masjid cherang hangus
petangnya sampai je rumah mak cakap datangla berbuka puasa kat rumah
tapi dia dengan ayah nak berbuka di masjid
so aku pun malas la nak berdua saja dengan suami
ikutla join berbuka puasa sekali di masjid

disebabkan ayah bilal masjid
so mak kenala sediakan dua hidangan
kalau orang lain cukup satu hidangan saja
style kampung aku ni kalau majlis berbuka puasa
setiap famili yang mampu akan sediakan satu hidangan

lepas tu jemputan bebasla nak duduk makan di dulang hidangan yang mana
pilih je lauk hidangan sape yang berkenan di hati

tapi aku tengok imam masak banyak smpai 6 hidangan yang dia saja
so bila aku tanya mak dia cakap imam dapat peruntukan rm700
tu yang dia sediakan banyak dulang hidangan

masalahnya duit tu sepatutnya diagihkan kepada famili yang lain
sebagai kos untuk buat dulang hidangan
janganla dok guna untuk kita sahaja
memangla imam sediakan hidangan untuk sesiapa makan
masalahnya terjadi pembaziran
banyak lauk yang lebih
so pada pendapat aku benda ni memang tak betul
ikutkan hati nak je report kat maik.hehe

aku ni jahat sikit
kalau tok siak malas buat kerja bersihkan masjid
atau imam dah lama tak pergi masjid
orang kampung setakat nak bercakap di belakang saja
geram geram saja aku nak buat report kat maik
bila aku cakap kat ayah dia cakap biarla jangan dok buat gitu

gaji nak, kerja malas buat
menyampahs saja
ayah tu padahal bilal saja
kerja tok siak dia pun buat
dah tok imam tak datang masjid, diala yang jadi imamnya 5x sehari
dahla imam muda pulak asyik sakit
hal agama pun nak main politik bagai
penat sungguh

hehe nak cite pasal berbuka
dok melalalut pasal imam pasal masjid pulak.

okay sambung balik
the next day aku tak masak aku tak tapau
lebihan lauk yang aku ambik dari rumah mak buat menu berbuka
singgang daging, gulai udang
lepas tu aku buat sambal ikan bilis kering sikit
done! :)


Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM