syawal 2012 - kad raya




assalamualaikum

tahun ni tetiba teringin nak beli kad raya
selepas bertahun tahun dah tak hantar atau terima kad raya
tetiba rasa nak hantar kad raya untuk famili yang tak balik beraya tahun ni



yang merah untuk bagi kat tadika
yang putih untuk abang sekeluarga di johor
baby blue tu untuk abang sekeluarga di perak
yang hitam tu untuk adik di kl

murah je kad raya singgit lebih je satu
setem 6posen
berapa sangatla kosnya
tapi bayangkan betapa gembiranya kalau terima kad raya ni
tanda ingatan tu je yang penting

kan best kalau dapat hantar dan terima kad raya macam masa dulu dulu
mesti rasa lebih meriah time beraya
bila tengok kad yang kita terima kita  gantung di dinding rumah
setakat sms dalam hf, tak sampai 10 minit terus padam,
bertimbun wish di fb pun tak bermakna apa
tak melekat pun di hati
tapi kalau dapat kad bertahun tahun la dalam simpanan
dibelek dibaca setahun sekali 
seronok sungguh :)




Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM