syawal 2012 - shopping raya lagi




assalamualaikum

last saturday bershopping barang raya kali kedua
kebetulan sekali dengan B nak bayar deposit motosikal barunya
tapi kali ni destinasi ke tesco sahaja rancangannya
tapi banyak pulak pit stopnya




suami isteri posing berpeluk bulan puasa
takpe kan? halal...hehe





buat kali pertama
suami membaca sambil drive
wow diriku rasa tidak percaya
keboringan sebab jalan jammed





singgah membeli sehelai rug
dengan sebidang tikar buluh
harga berpatutan konon promosi raya kan





singgah bata jap
suami macam biasa meninjau kasut kerja
padahal baru je beli minggu lepas sepasang





singgah di courts
si isteri yang merancang nak beli netbook/tab
tapi si suami pulak yang terjebak beli home theatre





penat menunggu proses mengisi borang
set sofa kan banyak
so kita lepak dulu
nasib tak tertidur





shopping barang dapur di tesco
tak berkaitan dengan sambutan raya pun






singgah di muda osman
buku motivation untuk mama
buku kisah dari alquran untuk anak
mama yang paksa membelinya
kalau tak nak beli buku mengarut saja
nasib baik suami setuju dengan pilihan mama.hehe

nak singgah kbmall sebab nak cari sunglasses baru di vincci
tapi suami cakap tak payah
dia malas dah nak harung jammed ke sana.huhu
later, terus gerak balik sebab suami nak kena berbuka kat luar :)





Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM