Monday, September 17, 2012

cerita pasport mak ayah + pegawai imigresen KP17

assalamualaikum
last tuesday aku bercuti
sebab kena bawak mak ayah untuk uruskan hal persediaan ke mekah
disebabkan mak ayah dah buat pemeriksaan kesihatan
so aku cuma kena bawak ayah ke husm untuk dapatkan surat pengesahan pelepasan untuk ayah
lepas tu kena ke wisma untuk proses buat pasport
visa tak payah sebab mak cakap lepas serah pasport ke tabung haji barula buat visa kat bachok sahaja
tak payah buat di wisma persekutuan
so pagi pagi aku dah bangun
sampai 730 ayah dah bebel cakap nanti lewat ramai orang dihusm
aku belikan roti canai dengan nasi lemak pun tak sempat nak makan.huhu
sampai husm nasib baik parking banyak lagi
bila sampai je nurse cakap kena ambik tarikh untuk datang hari lain
disebabkan ayah kerap datang kerana appointment aku memang tak tahun menahu la sistem ni.hehe
padahal dari tahun lepas lagi dah buat
so ayah and mak dibaginya tarikh 20hb untuk datang jumpa doktor
and dapatkan surat pengesahan kesihatan
so kejap saja kat husm terus gerak ke wisma persekutuan
disebabkan tak biasa pergi aku masuk nak parking kat dalam
nasib baik tak dihalau guard.hehe
elok keluar je memang rezeki ada parking orang nak keluar
kalau tak mau berpusing pusing jauh parking kesianla mak ayah nak kena jalan
nak dijadikan rezeki jugak
orang yang sebelumnya tinggalkan parking ada lagi sejam duit lebihan dia
rezekinya kecik sahaja tapi syukurla
ayah seronokla jimat syiling dia.huhu
terus naik bahagian imigresen tingkat 2
syukur sekali lagi orang tak ramai
mak ayah terus ambik gambar pasport segera kat situ aku isikan borang semua
tapi yang tak bestnya akak di kaunter pertanyaan untuk kanak2 dan warga emas tu memangla tak mesra pengguna, masam and jawab pun macam orang datang situ tiap hari
dah tak tahu kenala tanya kan
dah kerja dia jawab pertanyaan
tapi takpelah, dia dimaafkan sebab dia ibu mengandung!
mak yang cerewet dok meneliti borang dengan gambar pasport  dia
macam biasa mesti ada komplen.hehe
gambar tak cantikla, gelapla, masamla.huhu
so ambik nombor pun orang tak ramai beza dalam 5 orang saja
ayah dipanggil dulu
nasib baik ayah dapat akak yang baik hati mesra pengguna
senyum and terus communicate dengan ayah
tanya ayah nak sign atau nak cop jari dengan sopan
aku pun sejuk hati sama
tapi mak tak bernasib baik
di kaunter pegawai imigresen KP17, Puan Farha
tidak senyum, tidak communicate, tak tengok pun muka orang tercongok depan kaunter ni
elok je dia sengetkan badan sembang dengan kawan sebelah dia pasal bola
dengan penuh semangatnya dia pot pet pot pet
lama gak tapi aku lupa nak tengok berapa minit
dia punya semangatnya seolah olah laki dia salah sorang player kelantan malam tu
memangla mak kita ni orang kampung saja
at least show a little  bit respect towards eldest
aku memang dalam hati teramat geram
tapi sabar sabar sabar
dekat belakang borang ada satu bahagian kena sign atau cop jari
puan di kaunter ayah elok je tanya pakcik boleh sign ke nak cop
ayah pilih untuk sign saja
part depan borang baru yang wajib kena cop jari untuk rekod dalam pasport
tapi pompuan sengal di kaunter mak ni
selepas kitorang tercongok depan dia macam orang bodoh
ayat dia yang pertama keluar terus suruh mak cop jari
aku terus mencelah "mak saya boleh sign"
dia jawab  "orang tua senang cop jari saja"
amboi amboi sedapnya bahasa
ko ingat mak aku ni buta huruf tak reti menulis tak reti membaca?
kurang hajar betul tapi aku sabarrrrr saja
aku duduk terus ambik handfon taip aduan ke kosmo dengan harian metro
kebetulan aritu aku beli dua dua paper buat bekal menunggu
direct je aku tulis nama dia dengan dia kerja kat mana dalam mesej aduan tu
biar dia, mak bapak, kawan dia semua terbaca biar dia tahu betapa kurang ajarnya si Farha ni
bukan semua tapi segelintir! memang ada mahkluk macam si farha ni
mentang kau kerja gomen kau ingat dah hebat sangat la tu
hidup tak selamanya menongkat langit!
ok sambung cerita lagi selepas serah borang kena pulak menunggu sejam untuk ambik terus pasport
so ayah ajak turun bawah dulu minum  cendol
lepas sejan naik balik ambik nombor
cakap je sejam, tapi extra lagi sejam baru dapat pasport.huhu
takpelah, bukan urgent nak ke lain pun

pasport puan saibah
comel kan mak saya :)
percaya tak umur dia dah 63?

3 comments:

East said...

hoho kalu i konpem dh kena sound minah senget tu 'kak boleh cepat sket tak? sy ada hal lain lps ni' ngan gaya eksen ckp kl hahahaa serious molek muka mek..ore senyum la sket hehe

pi gak hehe said...

awat tak tanya, mana p 'service with smile' dia.. bukan service with bola lol.. + leh adu kt imi.gov.my

muis ismail said...

@East
nak buat cane i ken penyabar dah sekarang ni, tak mulut lepas mcm dulu.hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...