Saturday, September 15, 2012

usaha+tawakal=insyaallah berjaya!

assalamualaikum
masuk tahun kedua aku ngan hubby masih berdua
tak ada rezeki lagi nak buat macam mana
tapi keadaan memang tak berapa selesa la bagi aku
puas fikir apa nak kena buat
ada yang cakap jumpa doktor dulu
ada yang cakap jumpa mak bidan dulu
bermacam petua doa dengan ubatan yang disuggest
yang aku cari sendiri
tapi usaha tu masih orang kata perlahan lahan jelah
taknak pushing diri sendiri
makin stress makin susah nak dapat kot
so sebelum puasa aritu risik risik dengan mak
nak tanya  mak bidan mana yang boleh tolong ikhtiarkan untuk dapat anak ni
so mak cakap adala sorang mak bidan kat kampung sebelah
so minggu lepas selepas berapa lama bertangguh akhirnya aku pergi jugak
berjumpa mak bidan tu
pergi pun sorang saja
ayah cuma ikut tunjukkan rumah dia
yang lain pandai pandaila sendiri.hehe
first time berjumpa perasaan aku suka
first impression aku okay, mak bidan ni bagus
sebab dia seorang hajah merangkap bini imam
so attitude dengan words dia memang terbaik
muka pun sejuk, bercakap pun lembut
kali pertama jumpa dia terus urut aku
sambil disertai dengan doa dan bacaan ayat quran
so memang aku rasa comfortable
akhirnya dia cakap aku ni susah sikit sebab ada 'medu angin'
bahasa orang tua katanya
aku memang ada masalah dengan gastrik semua
so betolla kot
walau gastrik tak teruk tapi angin plus asid memang banyak kot
sebab tiap pagi memang wajibul ghunnah la aku akan loya and muntah muntah
dia cakap insyaallah kena berubat kalau ada rezeki dapatla anak
so disebabkan masa tu aku dihujung period dia pesan suruh datang bila dah bersih and mandi wajib
bawak jugak sirih pinang
tapi kalau nak senang biar dia je sediakan, so aku ok saja
petang isnin, balik dari kerja aku terus singgah
aku dibaginya sirih pinang dengan sejenis ubat
sirih pinang kena makan satu on the spot
pengalaman pertama makan sirih pinang; aku hampir termuntah tapi tahankan saja
dahla kena telan semua sirih tu
tapi sabarkan sajalah
nak berjaya memang tak mudah
ni baru cabaran kecik saja.hehe
sirih pinang kena kena makan tiap pagi and malam
ubat aku dengan suami kena makan
2 biji sorang seminggu sekali
mak haji ni comel saja
bila aku kunyak sirih tu pelan pelan dia siap cakap
"alolo comelnya makan sirih"..hihi kelakar saja
lepas 3 minggu, kalau aku still tak pregnant kena pergi jumpa dia lagi
ada sejenis ubat lagi katanya
kena ubatkan medu angin aku dulu
so minggu ni nampaknya adala perubahan
takdela pagi pagi aku berhempas pulas di bilik air menahan loya semua
aku pun jaga makan
air karbonat aku memang stop terus
kuat sungguh dugaannya tapi aku berjaya menahan diri aku dari beli and minum
aku harap sangat apa yang aku usahakan ni akan buahkan hasil
usaha+tawakal=insyaallah berjaya  :)
nak tau apa jajan terbaru dari munchy? klik sini
baru beli semalam perasa hot chillies..memang sedap ;)

1 comment:

FaZiLa said...

aku pun ada medu angin jugak. baru pergi berurut sekali.pastu tak pegi2 berubat lagi :( tak sempat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...