Thursday, October 25, 2012

esok raya haji eh?



assalamualaikum

esok hari raya haji dah?
ish ish cepat sungguh masa berlalu
rasa macam baru je sambut raya puasa.hehe

mood beraya still takde sebab hari ni masih berkerja
tapi ala santai sajalah
sebab kena menyiapkan kostum dengan background untuk 
ihtifal next week
on monday plak lepas raya ada sesi raptai kat RTC
la ni baru siap mengaler ngaler headgear untuk bebudak pakai masa persembahan
rest jap curi masa update blog.hihi

esok raya plannya tak tahula macam mana
pagi raya macam biasala di rumah mentua
tapi tahun ni 4 ekor lembu mentua korbankan
suami cakap dia mesti sibukla dengan singlet dengan pelikat duk kat tempat korban lembu
si isteri ni mesti keboringan seorang di rumah
so agaknya kena berangkat balik rumah mak sorang sorang la dulu
baik keseorangan di rumah sendriri dari keseorangan di rumah mentua.hehe

nak makan pagi esok pun tak tahu nak masak apa lagi
mungkin masak mihun goreng jelah kot
balik keje nanti kena singgah beli mihun and sawi
lauk basah dah ada
pastu goreng saja ayam goreng ayamas 
biskut raya ada la jugak sikit sikit
okla tu kot buat mengalas perut
nak tunmggu tengahari makan lembu

tak sabar nak mam daging goreng kunyit dengan ketupat
singgang daging, daging masak black pepper
nyum nyum sedapnya

neway, selamat hari raya korban untuk semua
dari saya dan suami sekeluarga
semoga pengorbanan tahun ini diberkati Allah
ameen...



golongan yang taknak sambut raya korban...;P





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...