Thursday, November 29, 2012

hari terakhir persekolahan 2012



assalamualaikum

walaupun cuti sekolah dah start 8hb aritu
tapi di TAP kami lanjutkan sampai hujung bulan
so hari ni hari terakhir persekolahan
a big hurray for me.hehe

disebabkan aku sebuk dengan a few thing selain dari kerja di tadika ni
so tak sempat nak fikir nak prepare something as gudbye gift to students
memang rasa ralat sesangat
sebab aku ni suka spend duit and masa untuk benda macam ni
so bila tak dapat buat rasa macam sedikit bersalah

sepanjang tahun ni dah banyak sangat kenangan aku dengan students
kebanyakan nya yang baik baikla
memang la aku antara teacher yang garang
tapi setakat garang dengan budak apala sangat
kejap marah kejap dah pergi pujuk

mengajar bebudak kecil tak sama dengan mengajar bebudak besar
kalau datang dengan masalah lain
aku boleh balik dengan hati yang tenang dan bahagia
nampak muka dorang terus lupa semua masalah
kalau moody dengan suami datang je kerja jumpa dorang
terus lantak pilah dengan suami.hehehe




dari kiri: Lutfi Aamer, Ahmed Anas, Tc Is, Zamir, Numan
duduk dari kiri: Ikram@Keke, Eizzah, Qistina, Sofea, Humaira@Adik Mai, Adam
Irfan takde absent sebba demam on that day masa ambik class foto


random pics of 5 Brilliant














to all my students
my love to all of u are the same, balance
takde lebih takde kurang.hehe
hope all of u grown as a brilliant kids in the future
ameen




Wednesday, November 28, 2012

first date kami



assalamualaikum

pagi pagi bila dengar hot fm nak g kerja
mesti banyak dapat idea untuk aku tulis blog.hehe

dah lama ritu keluar issue first date
so terbayang bayang la di fikiran aku dulu cane pertemuan pertama dengan suami 
dok terkoya la seorang sambil drive tu.ahakss

19 januari 2009
masa tu aku kerja di ikbn bachok
suami pulak baru bertukar dari putrajaya

first impression aku?
menyampah! sebab aku rasa dia koya
mentang awak baru balik dari kl
dengan percakapan dengan gaya rambut
eeii memang menyampah je

dahla suka mengusik aku
kalu sembang apa apa dia je nak menang
macam dia la hebat tahu semua

dahla rambut belah tengah
bajet hensem la tu
tapi tulah orang cakap bila benci lama lama jadi suka

hmm tak salah la apa orang cakap tu
dah selalu sangat mengusik aku
sampai aku pun terjatuh  kerusi  hati.hehe
menyampah je

so our love story goes on and on
takdelah straight je kisahnya
adala bengkang bengkoknya
tapi dah namanya jodoh menjelang hujung tahun kami selamat ditunangkan
after 7months terus bernikah
la ni dah setahun 5 bulan kami sebagai suami isteri

semoga dipanjangkan jodoh kami
insyaAllah :)



dulu menyampah
sekarang cinta ler .. ;)




WithWordWednesday


assalamualaikum


hidup tidak selalunya indah
langit tak selalu cerah
ni lirik lagu lukisan alam-hijjaz ya
jangan tak tahu pulak.hehe

"lepas hujan, adala pelanginya..."

chill out bebeh :)



dah lama tak tengok pelangi..
 ;) 

Tuesday, November 27, 2012

anak derhaka & bubur asyura



Assalamualaikum

Sekarang dah bulan muharam
So sekarang ramaila yang akan akan mengacau sugho
Sugho bahasa Kelantan
atau bahasa standardnya bubur asyura

Teringat pulak kenangan masa kecik
Kalau orang mengacau sugho ni
Lepas je masak sebleum diangkat masuk bekas
Suruhla ayah atau abang atau pakcik buatkan bekas nak makan sugho lembik ni
Guna batang pokok pisang

Kopek sampai jumpa kulit tengahnya yang bersih dengan licin
Letak sugho kat atas tu
Buat jugak sudu dari batang pokok pisang ni
Seronok sungguh masa tu kalau ingat balik.hehe
Sekarang dah ada dah kot orang buat macam tu

Berbalik pada tajuk di atas.hehe
So aritu masa dok sembang dengan mak pasal pakcik mengacau sugho
Mak pun cerita la satu kisah benar
Yang dah berlaku lama lama dulu
Tak tahula sama ada  sedara mak atau sedara ayah
Nama pun aku dah lupa

Mak cakap pompuan ni mati berulat
Dah berapa hari baru orang tahu dia mati
Sampai ayam duk makan ulat dari badan dia jatuh ke tanah

Sebabnya dia macam disumpah oleh ayah dia sendiri
Kiranya nak derhaka lani
Ceritanya dia buat sugho ni
So masa dok mengacau sugho ni ayah dia nak la makan sugho yang baru masak ni
Yang masih lembik dari kuali
So bila ayah dia nak ambik dia  libas dengan tali yang buat tambat kambing

Ayah dia pun terus cakap ‘mu nati mati berulatla badan mu’
Lepas tu memang dia mati dalam keadaan macam tu
Tak ada orang yang tahu
Sadis sungguh

Ada ke patut sebabkan makanan sampai nak buat ayah macam tu
Jadinya penting nak bagi makanan kat orang lain dari nak bagi makan kat ayah sendiri
Memangla anak derhaka
Kat dunia lagi tuhan dah balas macam tu
Nauzubillah, mintak dijauhkan


tipsy tuesday: petua mencuci hati



assalaamualaikum

dah lama tak kongsi petua untuk tipsy tuesday
hari ni nak share Petua Untuk Mencuci Hati


Sebelum tidur, amalkan selalu membaca selawat Nabi 
paling kurang dalam kiraan 100 kali.

 Cara ini dapat memurahkan rezeki, menenangkan fikiran yang runsing 
serta membuat orang sayang pada kita. 
Orang yang hatinya bersih, pasti disenangi orang lain
 walau di mana jua dia berada. Kesan jangka masa panjang,
 bacaan selawat dengan kerap 
membuat fikiran kita bebas dari unsur-unsur fikiran negatif, 
membuat kita sentiasa bersangka baik pada situasi-situasi dalam hidup kita. 
Sikap suka bersangka baik dapat dibina dengan mengamalkan bacaan selawat. 
Rutin ini dapat mencetus sikap berfikiran positif,
 iaitu sikap yang paling perlu dalam usaha kita membina kecemerlangan.










Monday, November 26, 2012

lagak si tudung labuh


Assalamualaikum

Tak tahu nak start macamana
Tapi hari selasa minggu lepas masa interview jqaf
Adala something yang menarik perhatian aku yang aku nak share di sini
Bila aku sampai di bilik D, masa tu dia cuma letakkan beberapa kerusi kat luar bilik temuduga
So masa tu memang dah tak adala kerusi kosong
So aku just berdiri je dengan suami

Lepas tu bila suami cakap nak g smoking kejap tinggal la aku berdiri sorang kat situ
Masa tu aku tengok adala sebuah kerusi
Takde orang cuma tempat letak handbag saja
Tuannya nampak comel lote bertudung labuh
Tapi punyala tak sensitive

Apa salahnya alihkan handbag dia dan pelawa aku duduk kat situ
Dah aku ni dok berdiri kat tepi tu macam tiang lampu
Tapi punyala sombong jangankan nak senyum pandang pun tidak
Kata nak jadi guru so tolongla tunjuk attitude yang positif sikit
Sorang calon yang aku jumpa sebelum tu okay saja
Isteri doctor tapi sikit pun tak sombong
Siap mintak nak tukar fon number lagi

Tapi yang ni bukan nak cakap
Dengan suami or tunang or pakwenya tolong bawakkan handbag dengan fail
dia menonong je jalan dengan muka macam bagus
Kat situ dah boleh nampak dah attitudenya cane

Aku bukan nak cakap
Tapi aku dah ada jugak beberapa pengalaman dengan manusia bertudung labuh ni
Dari zaman sekolah, zaman university sampaila sekarang
Dorang macam rasa bagus sebab dorang bertudung labuh
So rasa lebih beriman kot dari kita yang tak bertudung labuh ni
Tapi amal seseorang tu rasanya bukan ukur dari tudung kot

Kalau tudung labuh sampai ke kaki pun kalau attitude negative macam tu
Elok ke?
Macamla konfem dia masuk syurka kami yang tak bertudung labuh ni masuk neraka
Banyak yang aku jumpa berlagak semacam saja
Nak bergaul pun sesame dorang saja

Dengan parents bertudung labuh ni pun aku ada pengalaman jugak
Macam biasala bila anaknya nak balik
Disebabkan tadika ni kat tingkat 1
Walau tangga selamat dan berkarpet
Teacher ,mesti akan hantar sampai ke bawah
Tambahan anaknya baru 4 tahun and kecil lagi
Tapi bila sampai je bawah, bukan nak cakap terima kasih
Dengan berlagaknya, dengan nada suaranya, dengan air mukanya

“tak payah hantar pun takpe, dia boleh turun sendiri!”

Ya allah masa tu rasa macam nak stop jantung aku
Sebab tak sangka ayat macam tu akan keluar dari mulut seorang ibu yang berjubah dan bertudung labuh
Bila story balik dengan yang lain
Rupanya yang lain pun pernah terkena
Ada sesetengah orang tu dia tak reti nak bermanis mulut,
And utter a nice word
They tend to say something that would be nice if they keep it to themselves.
rasanya cakap terima kasih lagi pendek kot

Actually aku tak buta and tak pekak untuk baca riak muka dan nada suara tu macamana
Sepatutnya attitude tu biarla selari dengan apa yang disarung di badan
Manusia memang macam tu
Bila rasaa lebih sikit dari orang, mulala nak treat orang macam orang mintak sedekah dari dia
Tak sedar apa yang tuhan bagi tu sementara saja
Bukan kekal pun

So sejak dari tu, aku kalau boleh dah malas and elak dari parents macam ni
Ye, aku memang susah nak lupa apa orang buat kat aku
Sekali orang baik, sepuluh kali aku boleh jadi lebih baik
Sekali buat aku, mintak maafla tengok muka pun aku taknak..

Sunday, November 25, 2012

resepi mudah: sambal sardin goreng ala muis



Assalamualaikum
Hari ni nak share satu resepi mudah
Walaupun mudah tapi kalau kena gaya mau bertambah nasi.hehe


bahannya:
setin sardin cap ayam brand
bawang merah, putih, besar
cili giling/cili kisar
lada siam/lada burung
sos tiram/kicap/perasa/garam/gula

Cara membuatnya:
Asingkan sardine dari sos dan goreng sekejap
Aku suka goreng dulu kononnya nak bagi dia garing
Lepas tu tumis sajalah bawang merah, putih, besar and lada 

Bila dah naik bau masukkan cili kisar atau cili giling
Aku memang malas nak kisar cili buat stok
So cili giling memang selalu ada dalam peti ais

Tumis lagi biar masak atau pecah minyak
Pastu masukkan sos sardine tadi, tambah sedikit air
Biarkan lagi dengan api perlahan saja
Taknak dia hangit
Later tambah kicap sikit, sos tiram sikit, garam gula dan pak aji sikit
Kacau lagi sampai agak kering dan naik minyak, rasa and siap




sebelum
ikan sardin diasing dari sos dan digoreng dulu
nak garing sangat takut hancur pulak isinya



selepas
aku lagi suka kalau sambalnya merah bukan gelap
nampak lagi menyelerakan
tapi depends jugak
kadang elok je merah kadang gelap sikit


Sambal sardine ni biasa aku pairkan dengan telur dadar je
tambah pulak ikan gelama jeruk atau ikan kering bulu ayam
Kalau pekena time sejuk sejuk musim hujan fuhh memang layan
Sambil sardine jugak antara faveret suami
Kalau ada lauk ni memang dia makan bertambah la.hehe

daaa :)




Saturday, November 24, 2012

bukit gambang waterpark


Assalamualaikum


entri sempena cuti sekolah
Kalau nak bercuti, taman tema air antara tempat kegemaran aku
Walaupun aku ni dah 28 tahun tapi still muda di hati
Kalau dapat main air mengalahkan budak budak la aku ni.hehe

Setakat ni aku dah pernah pergi Lost World Tambun, Melaka Wonderland
 dengan Bukit Gambang Waterpark
Antara 3 lokasi ni bagi aku bukit gambangla yang paling best
Masa pergi Melaka wonderland dulu tempat tu baru dibuka
Pergi pulak on weekdays so tak happening langsung
Masa pergi lost world tambun dulu best jugak
Tapi aku still lebih sukakan bukit gambang
lagipun area pantai timur jugak
nak pergi pun dekat je




bebudak yang tak sabar nak main air
satu je menyampah kalau taman tema ni
dari satu tempat ke satu tempat
nak kena jalannya jauh ya amat
tapi nak bergumbira punya pasal sanggup je

kalau di melaka wonderlang dia ada sediakkan baggy car tu
tapi tak kuasa jugak la nak bayarnya
kesudahannya jalan kaki jugak.hehe




ini budak penakut air
pergi tambun dulu memang dia taknak masuk air
masa pergi melaka wonderland aku bawak dia masuk dalam air
aku selam dia dalam air
menangis nangis dia taknak
nasib baik mak ayahnya rilek je aku buat anak dia gitu.hehe

so kali ni dia macam dan besar sikit and ada experince dalam air
dah masuk pandai pulak taknak keluar




muka ceria seronok main air
aku masa ni dah sakit tekak
asal pelampung gerak ke tengah aku jerit jerit suruh anak sedara aku tarik pelampung
aku ni tak pandai berenang
pernah hampir lemas masa main air banjir kat kampung dulu
so agak agak fobia la jugak dengan tempat dalam.hehe




muka aqeil cuak semacam
kena pulak pantai olok olok ni akan tolak pelampung makin jauh ke tengah
bukan takat dia je cuak
aku pun cuak sama takut dia jatuh




Tengah dok syok main air tu
Adala terleka sikit pelampung double tu dah kena kebas kat sape ntah
Geram sungguh aku
Nasib baik aku ingat nombornya
merata aku pegi cari dengan anak sedara
Nak dekat sejam jugak last last jumpa jugak
Tapi aku lupa aku ke abg ipar aku yang jumpa
Muka tak malu sungguh
Nak pakai pelampung bayarla
Sesuka hati je nak kebas orang punya




maknya pun alahai
ada ke lupa baju lebih
kesian budak ni terpaksa berpampers saja




nasib baik ada cardigan cik inie
yang boleh selamatkan maruah aqeil dari separuh bogel di khalayak ramai
muahahaha


duk kat gambang tu dari pagi sampaila ke petang
penat main pegi makan
siap makan sambung main
sedapla dah semua orang support.huhu

lepas ni kalau suami nak bawak anak pergi main air
nak datang sini sajalah plannya
bukan anaknya saja excited
mamanya nanati nak tumpang sekaki ;p


Friday, November 23, 2012

interview dpli jqaf pt 2



assalamualaikum

kali ni nak berkongsi cerita masa individual slot pulak
so lepas habis grouping semua kena keluar and tunggu dipanggil masuk sorang sorang
nasib aku kena turn nombor 2
takdela lama sangat kena mengunggu

penemuduga dua dua lelaki
pakai kopiah ustazla kot
sorang mesra alam, sorang serius sikit
sajala tu nak bagi kita berdebar
padahal memang rasa cuak pun.hehe

soalan mula mula dah kena tanya nape nak jadi cikgu?
ustaz tu siap bebel lagi kerja cikgu ni itu ini begitu begini
so aku pun panjang lebar la bercerita ikhlas dari hati aku campur kelentong
sikit sikit sebab nak sedapkan jalan ceritanya.hehe

lepas tu masuk topik perguruan dia tanya apa itu PIPP?
alamak! mati aku!
interview kali ni memang aku tak baca
last aku baca untuk interview tahun lepas
bila dia tanya ada berapa komponen aku bedal ada 4.LOL
ustaz berdua tu geleng kepala sambil bagi komen memerli aku dalam kelembutan

lantak, aku terus putar belit cita pasal PSSMI! selesai!

beralih ke ustaz jQAF

j- Jawi
so dia suruh aku baca petikan jawi
memula tergagap
bila aku masuk pertengahan dah dapat rentak dah lancar
tak sempat habis dia suruh aku stop
sentap mak! tak tau ke kita tengah semangat
ok fineee

Q - Quran
ustaz suruh aku baca surah mukaddam saja
baru baca 3 baris dia terus stop
terus tanya tajwid
nasib baik aku wat revison so bolehla jawab walau tak selancar mana
gigih nak recall balik dalam nota yang dibaca sebelum tu

A- Arab
part ni yang aku nak ketaq lutut ni
memula dia suruh baca petikan arab tanpa baris
aku hentam sajalah, yang ni kena baca sampai habis pulak
lepas aku habis, ustaz tu speaking arab dengan aku
lepas dua kali dia ulang aku cakap aku tak faham
dalam 10 patah tu, maybe 3 je patah yang aku faham.kikiki
lepas dia translate, aku terang terang cakap aku tak boleh speaking arab on the spot
kalau baca and jawab soalan fahamla jugak.
lepas tu aku senyum jelah, cover malu.hehe

F - fadhu ain
ustaz tanya aku hari yang dilarang berpuasa
nasib baik betul aku jawab
lepas tu dia tanya aku apa dia perkara samiyyat
aku tanya dia balik apa makna saminyyat sebab aku tak tahu
rupanya samiyyat tu perkara ghaib
apala kata sekolah naim 5 tahun
makna saminyyat pun tak tahu
bukan aku tak tahu tapi tak ingat.LOL

so lepas tu ustaz yang sorang lagi cakap dia tak boleh bagi aku markah atas pengalaman mengajar aku
sebab aku tak bawak dokumen yang terlibat
bila aku bagitahu suami dia bebel kat aku
sebab sehari sebelum interview dia dah tanya aku
aku cakap tak payah bawak sebab takde dalam senarai dokumen yang dia nak
so aku tak bawakla

sampai kesudah suami aku dok perli takde dalam list, takde dalam list
hampir merajuk aku dalam kereta masa otw balik
sampai aiskrim sebatang pun tak habis
pakai spek hitam dok dendiam
silent treatment to suami sebab bebel kat aku
menyampah tauuuu :(

kesimpulannya

  • prepare elok elok terbaik tahap jayyid jiddan
  • dengar cakap suami
  • interview dah lepas, dapat ke tak bergantung pada rezeki ;)





Thursday, November 22, 2012

interview dpli jqaf pt1




Assalamualaikum

Dua hari lepas aku ke temuduga dpli jqaf
Hmm tak tahu nak cakap
Buat pertama kali seumur hidup aku
Aku gabra sampai tak boleh nak tidur malam sebelum interview

Kalau sebelum ni aku memang cukup konfiden kalau kena interview
Interview kerja bank, kerja kerajaan, kerja swasta
Dah bermacam jenis interview aku attend
Tapi tak tahula nape kali ni rasa tak konfiden sangat sangat
Memang aku boleh rasa

Maybe sebab aku takut mengecewakan mak dengan suami aku kot
Sebab sebelum ni aku temuduga untuk diri sendiri
Tapi temuduga kpli ni something big untuk future aku
Maybe aku takut gagal, aku taknak mak kecewa
Aku nak mak gembira, maybe sebab tu lah kot

Padahal ni kali kedua aku attend kpli jqaf
Dulu rilek saja pun, nape kali ni aku stress?
Sebab interviewnya susah kot

Nak kata tak prepare aku prepare walaupun last minute preparation
Sampai aku siap siap dah kemungkinan yang aku takkan berjaya
Lepas paginya terus mandi and semayang subuh
Lepas tu aku terus siap
Suami sambung tidur balik, Dia cakap kol 9 baru nak gerak
So dalam kesempatan tu sempatla aku study sekejap
Lepas tu aku pun dok melepek sama baring atas katil.hehe

Dah takde mood nak study, satu hapa pun dah tak masuk dalam kepala
Dalam 830 suami bangun siap siap, lepas breakfast terus gerak
Sampai sana sebelum jam 10 lagi sejam sebelum bermula sesi kedua
So lepak lepak sajalah tapi rupanya yang sesi pagi pulak over scheduled
Pukul 12 baru dorang siap

Lepas tu penemuduga cakap dia akan start sesi kedua 130 lepas makan and zuhur dulu
Masa tu semua dah merungut, hilang berdebar tu rasa tak sabar nak cepat setel benda ni
Suami tengah lepak dalam kereta, ajak dia lunch solat and lepak dalam kereta
syok je parking bawah pokok angin bertiup sepoi sepoi bahasa
nasib aku tak tertido.hehe

dalam 145pm baru start sesi kedua ni
suami kejap terlelap kat kereta
kejap datang jenguk aku kat tepi bilik temuduga
kesian dia
tulah orang cakap nak drive sendiri nak jugak hantarkan
nak tunjuk sayang bini la tu konon.hehe

nasib baik aku calon kedua, so dalam 330pm dah siap
terus gerak balik rumah
next entri aku nak share pengalaman temuduga individu pulak
daaaaa  :)


nasi goreng mak si muis



assalamualaikum


nasi goreng makanan kesukaan semalaya kan?
sape cakap tak suka nasi goreng memang tipu.hehe
hari ni nak share resepi nasi goreng paling best dari mak

NASI GORENG IKAN REBUS
bahan bahan
1) nasi sejuk semalam punya - kalau takde ko pi basuh beras sekarang and tanak nasi pastu boleh goreng.
aku biasa je buat gitu.hehe
2) ikan rebus-biasa ikan selayang la selalu yang direbus kat rumah
3) bawang merah-tumbuk
4) serai-tumbuk
5) budu

tu jelah kot bahannya

cara nak buatnya pulak:

tumbuk bawang dengan serai
kalau suka pedas boleh masuk lada
tapi mak memang tak pernah letak lada
panaskan minyak
tumis bahan tumbuk tadi sampai naik bau, jangan sampai terhangit pulak
masuk la nasi dengan ikan rebus yang dibuang tulang dan dicarik diramas isinya sesuka hati
kalau nak boleh tambah sayur dengan lauk basah lain
tapi mak buat biasa memang dia tak letak
kalau dia letak pun kadang kubis yang dia cincang halus
memang tak ada feel sayur

bila dah hampir masak letak sedikit budu kelantan
sikit saja, kalau tak suka masin baik jangan tambah lagi garam
sebab ikan rebus tu kadang dah agak masin
kang tak pepasal darah tinggi.hehe

lepas tu kengkadang mak letak sedikit kunyit so nasi tu akan jadi kekuning kuningan
ikut mood dia jugak
kalau mak malas dia tak letak pun
dah siap hidang panas panas
kalau dah sejuk pun sedap jugak
nak tambah sedap lagi makan dengan ikan rebus yang digoreng garing
tak pun dengan daging goreng ke

nasi goreng mak memang sedap
tak tahula apa kaedahnya tapi kalau aku buat mesti tak dapat rasa sama macam mak buat
kengkadang taktik aku bila nak suruh dia buat,
aku puji jelah tahap melampau
kalau mood mak elok tak marah aku balik and cakap aku ni pemalas,
konfem dia akan buatkan.muahahaha
apapun, walau masakan simple masakan mak memang terbaik dari ladang.huhuhu

mintak maaf, ni resepi tak bergambar
sebab tetiba terasa nak makan nasi goreng tu pasal tulis entri ni.hehe
sesape penggemar nasi goreng bolehlah mencuba
konfem akan rasa lain dari yang biasa makan kat kedai ;)


Wednesday, November 21, 2012

cerita geraham bongsu




Assalamualaikum


Dah seminggu aku sakit gigi
Bukan giginya bermasalah
Tapi geraham bongsu tengah nak membesar kot
Bengkak gusi and rasa tak selesa
Orang memang selalu cakap
Sakit kalau nak tumbuh geraham bongsu
Ada jugak yang sampai demam

Aku pun dah lupa berapa lama geraham bongsu ni naik
Tapi sekarang dah nak jadi complete shapela
Yang peliknya sakitnya tak berterusan pun
Kadang ok kadang sakit
Agaknya time sakit tu gigi tu tengah nak membesar kot.hihi

Tadi terajin pulak nak jadi doktor gigi
Nak tengokla dah banyak mana membesarnya geraham bongsu ni
So aku duduk depan cermin and suluh dengan lampu hf
Aku tengok rupanya bentuk gigi atas dah naik semua
Tapi dia still tenggelam lepas tu gusinya separuh tutup dekat atas

Bila aku peratikan rupanya gusi tu seolah olah terbelah sikit sikit
So that  baru gigi tu dapat naik ke permukaan gusi
aku boleh nampak gigi yang belum naik tu tersembunyi kat bawah gusi
patutla sakitnya semacam.huhuhu






Monday, November 19, 2012

aku pendendam atau sukar memaafkan?



Assalamualaikum

Actually selepas insiden yang berlaku dua bulan lepas
sampai sekarang benda ni mengganggu aku
Memang susah sangat nak lupa
Benda tu akan selalu datang mengacau emosi aku
Tak kira siang malam, Kadang sampai termimpi mimpi

Emosi yang datang selalunya marah, geram dan berakhir dengan aku menangis
Aku memang tak suka disakiti
Sakit badan ada ubatnya
tapi kalau hati aku yang sakit, 
kenapa susah sangat aku nak lupa

tapi mungkin sebab orang yang menyakiti ni bukan orang tersayang aku
kalau suami atau mak ayah
mungkin senang saja kot

Aku memang  tak boleh nak tipu diri sendiri
Kadang aku cuba lari dari fikirkan pasal benda yang menyakitkan hati aku dengan mendekatkan diri aku pada tuhan
Tapi selalu tak bertahan lama
Mungkin aku tak ikhlas
tak ikhlas dengan tuhan dan diri sendiri
Dalam kata lain, aku sukar memaafkan
Kalau luaran aku nampak macam tak bermasalah dengan perkara tu,
Mungkin dalaman aku masih sakit

Takde siapa suka nak ungkit benda lepas
Tapi kalau benda tu asyik mengganggu kita?
Aku memang tak boleh terima kalau aku disakiti tanpa sebab
selalu aku akan tanya, kenapa kenapa dan kenapa?
Aku pun manusia biasa
Ada hati dan perasaan benci, marah
Aku pun bukan maksum macam nabi
Aku tak boleh nak tipu diri sendiri

Ada sesetengah perkara makan masa bertahun
Tapi aku rasa macam baru semalam benda tu terjadi pada aku
Setiap perbuatan, perkataan yang menyakitkan aku
Biasanya aku akan ingat
Benda tu macam tayangan gambar bergerak dalam kotak fikiran aku
Memang sukar bagi aku nak lupakan
Sebab aku memang seorang yang sangat beremosi

Bila aku gembira aku rasa aku adalah orang yang paling gembira sekali kat dunia ni
Tapi bila emosi aku terganggu
Memang benda lama ni akan makan balik diri aku
Dan aku akan ingat dan ingat dan ingat dan ingat dan ingat sampai bila bila!
Masa tu hanya aku yang boleh tenangkan diri aku sendiri

Orang selalu cakap kalau kita mudah memaafkan, hati kita dan hidup kita akan lebih tenang
Tapi bagi aku diri aku sendiri, cukup susah aku nak lupakan 
cukup susah aku nak maafkan sapa yang dah menyakitkan hati aku
aku pun tak tahu kenapa
tapi memang susah!


p/s; entri ni ditulis semasa emosi sangat sangat kacau,harap maklum!



Sunday, November 18, 2012

cerita minggu lepas



assalamualaikum


bagi warga kelantan last week best sangat kan?
cuti berderet deret.hihi
jumaat sabtu macam biasala cuti
sambung ahad isnin keputeraan as sultan kelantan
selasa cuti deepavali
rabu patut kerja tapi bos bagi cuti
tolak annual leave la kiranya
and khamis cuti awal muharam pulak
sambung lagi jumaat sabtu
wahhh heaven sungguh

khamis malam jumaat dengan pagi jumaat aku dah bertungkus lumus basuh semua baju kotor
kemas bilik sikit sikit
malam jumaatnya terus angkat bantal pergi rumah mak
patutnya tido rumah mak dua malam je
tapi berlanjutan hampir seminggu

masalahnya suami tidur rumah dia
kebetulan mak mentua keseorangan di rumah
so terpaksala suami temankan
si isteri seronok berilek rilek di rumah mak.hehe
bila suami nak ambik ada je aral yang melintang

so hampir seminggu tu rutin aku tidur bangun makan semua depan tv
macam nak muntah dah tengok semua rancangan tv
nam berpinar bijik mata tengok marathon the voice
marathon amazing race, segala bagai marathon di tv sempena sambutan deepavali
tu baru betul cuti.hehe

tapi menjelang rabu dapat berita next week dapat interview kpli jqaf
alamak mulala susah hati
nak kena wat preparation, study mana yang patut
tension pun ada jugak

selagi tak lepas selagi tulah macam ada beban tergalas di bahu
kebetulan pulak dilanda sindrom pms
makinla serabut kepala aku ni
macam macam masalah dan perkara nak difikir
tapi takpelah, dugaan je semua tu
lepas ni insyaallah semuanya akan back to normal ;)






Thursday, November 15, 2012

musim rambutan



assalamualaikum

aku suka duduk kampung
tambah tambah kalau musim buahan
sekarang ni dah start musim rambutan
rambutan rendang kat depan rumah ayah dah start berbuah
dah boleh makan pun
walau tak masak merah meranum lagi


pokok rambutan rendang kat depan rumah ayah
rendang sangat sampai tak nampak batang
meliar sampai ke tepi jalan
sape sape yang lalu memang boleh kutip macam tu saja





tak payah panjat pokok
panjat je naik kat tapak madrasah lama tepi rumah
boleh ambik buah fresh dari pokok
boleh ngap kat situ terus.hehe






aku suka rambutan masak macam ni saja
aku memang tak makan yang masak merah ranum
tambah tambah yang sampai berair kat dalam tu
sementara tunggu dia nak merah betol 
insyaallah aku akan habiskan dulu.hehehe

sape yang lambat balik kampung cuti sekolah ni alamak melepasla.. ;p




Wednesday, November 14, 2012

baby 12.11.12 @11am




Assalamualaikum

last 2 days dapat berita gembira
Makcik selamat melahirkan baby girl di husm
So lepas zuhur terus gerak ke sana

Makcik actually dah 40an pun
Tapi dah rezeki dia
Beza dengan anak yang sebelum ni hampir 12 tahun
Memang bila dapat berita dia pregnant aku memang terkejut la sangat
Tapi aku jeles sebenarnya.hehe

Kita yang muda ni susah nak lekat
Yang dah ada cukup anak pulak yang senang dapat
Takpelah nak buat macamana
Semua tu di tangan tuhan 



comel sungguh baby girl
putih melepak
tapi bila aku cium tak bau pulak bau baby yang best
agaknya sebab hidung aku tersumbat kot.hihi






mulanya dia tidur
masa aku dok snap gambar dengan flash pun dia tak sedar
lepas tu aku dok usik usik pipi dia
terus dia nangis kemain kuat lagi






dulu aku memang tak reti sangat pegang baby baru lahir
tapi sebab sekarang ni hormon keibuan meluap luap
so memang tak kekok langsung dah
masanak  angkat baby and dukung  baby
siap dodoikan bagi dia senyap balik.hehe
actually masa ni terharu
rasa macam nak nangis dah
tapi sebab ramai yang ada, tahan tahan sajalah
buat malu saja.hihi




Friday, November 09, 2012

attitude negatif driver jalanan



assalamualaikum

pagi pagi dah bermasalah di jalanan
menyampah betul dengan driver yang tak reti nak ikut rules ni
kereta nak bawak peraturan taknak ikut pulak

kebetulan pagi ni ada pendaftaran di tadika
hari jumaat jalan di pasar tu memang akan sesak sikit
so sengaja dah turun awal

bila elok je sampai di jelawat, slow slow tengok parking mana ada yang kosong
esampai je depan bank, nampak ada kereta nak reverse keluar parking
aku terus bagi signal la nak masuk
masa tu kat tepi tu ada satu van laksa
dia park selang dua kereta dari situ
disebabkan dia duduk rapat ditepi jalan
pulak tu signal memang tak bagi
so aku bajet dia taknak la masuk parking

bila elok je aku nak masuk parking dia terus gerak and bagi hon kat aku
macam sengal je
mandangkan aku dah halfway nak masuk
aku decide untuk buat bodoh dan terus masuk je parking
bila aku keluar kereta sebelum aku lintas jalan
aku siap bagi jelingan maut beserta mesej

"sape cepat dia dapat..
kalau memang nak masuk tolong bagi signal awal awal ye!"

jangankan kata aku
kereta lembu pun tak tahu apa situasi kereta kau masa tu
lepas tu suka hati nak hon kan orang, menyampah!
kalau dia bagi signal nak masuk takdenya aku ni tunggu nak masuk parking tu

actually kebetulan je dia dok menunggu kawannya pindah laksa kat situ
kebetulan kereta tu nak keluar parking sesuka hati dia nak terus masuk je
macam la dia dah g cop siap siap
alahai macam awak sorangla bawak kereta

next time, especially the lady driver
tolong ingat balik apa yang belajar masa nak ambik lesen dulu
jangan sesedap hati nak buat macam jalan ni mak bapak awak yang punya
kita pun bayar road tax gak tauuuuu

yang tu lepas satu masalah
elok je aku nak gerak keluar dari jelawat
lepas je selekoh bsn
satu van ais ketul yang besar bagak
bagi signal ke kanan tapi terpacak kat tengah tengah jalan
kat depan sebuah kedai makan

dahla jalan kat situ dua hala yang sempit
kereta tengah berderet nak lalu macamanala orang belah sini nak gerak
dah dok terpaca tengah jalan mcma tu
memangla tak ada hati perut langsung

bila aku buat light horn
si drivernya pusing tengok lepas tu buat bodoh
bukan kata nak gerak ke tepi ke apa
taula kau keje nak hantar ais tapi janganla memudahkan kerja dengan menyusahkan orang
takde masalah kot kalau kelindan kau jalan jauh sikit lepas hantar ais
lagipun pintu belakang ais tak terbukak pun
tak tahula apa kejadahnya dia stop tengah jalan
na kata lori rosak enjin hidup lampu menyala

lepas menunggu jalan clear aakhirnya aku dapatla melintas lori dia
aku bagi la hon panjang
geram punya pasal
dia siap hon balik
aku pun hon la balik lagi sekali
amboi mentang kau nampak pompuan yang drive
kemain sedap hati lagi kau nak membuli di jalan ya

acually bukan tak tahu rules pun
tapi mentaliti yang susah nak ubah
biar orang susah asal kita senang

geramnya alahai
menyesal aku tak ambik gambar tadi
boleh aku sebarkan kat facebook.hihi
menyampahhhhhhhh sungguh sungguh


Wednesday, November 07, 2012

a card to someone i loved!


assalamualaikum





found this on hubby's car
it's been 2 years since i gave this to him
know what dat means?
2 years u kept that on ur car?
OMG
i hope there's a better explanation about this...huhuhu

u are so not getting birthday card this coming dec!
;p




western cooking class@ikbn bachok



assalamualaikum


masa dok godek pendrive banyak je gambar dalam tu
sampai pening nak tengok dok bertindan tindan sampai berpuluh folder
terjumpa gambar masa ambik short course western cooking 3 tahun lepas.hehe


actually masa tu aku mengajar part time di ikbn bachok
so every year very month dia akan adakan weekend short course kat situ
selain western cooking ada bermacam jenis la short course yang dia sediakan
tak payah bayar apa apa
just mendaftar, attend class then boleh dapat sijil



tunjuk skil menggoreng je
posing yang lebih.hehe




berposing di tepi hasil kerja
ada sandwich, chicken boxing, coleslaw
ada apa lagi ntah dah lupa



beelajar cara buat ayam boxing guna bahagian drummet
senang sangat sangat
just potong keliling bahagain hujungnya
lepas tu tarik semua isinya ke bawak dan bentukkan bulat
salut jelah dengan tepung atau bread crumbs and deep fry kan saja





teman sekursus the only guy
abe eri sedang menggoreng chicken boxing






hasil kerja tangan kami
masak yang simple simple sahaja





sijil yang dapat after dua hari berkursus


sekarang ni tak tahula program 4y ni ada lagi ke tak
sebab aku pun dah tak keje kat sana
untuk info lanjut boleh hubungi ikbn di negeri masing masing



daaa :)

Tuesday, November 06, 2012

a big surprise ;)



assalamualaikum

hari ni nak berkongsi cerita pasal something that i get from my hubby
malam tadi share di fb
hari ni nak share di blog pulak.hehehe

neway, hari ni blog bersiaran dari my new baby ye
surprise gift from suami
memangla tak sangka sangat sangat




light pink sony vaio e series

nak dijadikan cerita
semalam pergi kerja dengan suami
merempit dengan dcc
so dia lambat pick up
630 baru dia sampai kat tadika

bila turun je tengok ada dia bawak balik benda dalam kotak
nampak jenama sony
bila ditanya suami cakap dia beli tv mini
nak buat tengok dalam bilik

ok fine si isteri ni percaya jelah
tup tup sampai tengah jalan tayar motor pulak bocor
so singgahla baiki di kedai
masa tu sempatla belek belek kotak tu
nampak macam slim je
tv apa? bila belek lagi nampak dia tulis personal computer

so memang tak terfikirkan laptop
mulanya ingat lcd skrin
tapi cpunya pulak mana

bila tanya lagi suami cakap kotak je dalam tv
ok fine lagi..
masa tu memang tak syak apa pun
suami pulak pandai berlakon buat masa selamba badak dia

bila sampai rumah anak sebuk la nak tengok apa ada dalam kotak
tapi suami cakap

"biarla mama bukak, tu barang dia.."

suami terus masuk bilik
yang isteri ni excitedla dengar suami cakap gitu

bukak je tengok elok je laptop kat dalam tu
kemain cantik lagi
terkejut la sangat sangat sebab memang tak sangka pun

patutla sehari sebelum tu masa balik kerja suami tanya nak laptop ke netbook
ingat dia main main je
rupanya tanpa disangka ada rezeki nak dapat laptop baru

kebetulan pulak cute sesangat
memang la isteri puas hati jiwa raga

hanya ucapan terima kasih, pelukan dan ciuman untuk suami yang boleh isteri balas
untuk hadiah yang tak disangka ni
kepada suami
terima kasih daun keladi ye darling.kikiki

kebetulan semalam 5 november
genap setahun lima bulan berumah tangga ;)



Monday, November 05, 2012

cerita anjing panas & makanan di syurga



assalamualaikum

nak share dua cerita about my students


cerita 1

semalam masa aku tengah dok mengajar iqra
terdengarla irfan dok sembang dengan kawannya
dengan excitednya dia bagitahu lepas habis school hari ni mamanya nak belikan hotdog
agaknya favaret dia la tu hepi kemain lagi

tup tup dia datang tepi aku

"teacher!"
"yeeeee....."

aku tengah tunduk menulis masa tu

"irfan suka makan anjing panas!"

bila aku pandang dia 
dia tersengih nakal
bila aku buat buat nak cubit mulut dia
dia terus lari sambil gelak besar
pandai je nak translate kan gitu
sukala tu boleh kenakan teacher...huhuhu





cerita 2

selalu dalam kelas bila nak tegur student jangan buat benda tak elok dan buat yang elok
aku mentionla pasal syurga neraka
so students dah boleh beza la
kalau buat baik boleh masuk syurga
kalau buat atau cakap tak elok akan masuk neraka

so semua students bila kita gambarkan pasal syurga
semua sebuk tanya apa ada dalam syurga
ada mainan ke tak
ada kolam mandi ke tak

tapi bila turn zamir

"teacher, dalam syurga ada makanan sedap ke tak?"




ini zamir ye
makanan kegemaran
ayam goreng pedas

jangan risau ye sayang
dalam syurga mesti ada banyak makanan sedap sedap :)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...