Tuesday, November 27, 2012

anak derhaka & bubur asyura



Assalamualaikum

Sekarang dah bulan muharam
So sekarang ramaila yang akan akan mengacau sugho
Sugho bahasa Kelantan
atau bahasa standardnya bubur asyura

Teringat pulak kenangan masa kecik
Kalau orang mengacau sugho ni
Lepas je masak sebleum diangkat masuk bekas
Suruhla ayah atau abang atau pakcik buatkan bekas nak makan sugho lembik ni
Guna batang pokok pisang

Kopek sampai jumpa kulit tengahnya yang bersih dengan licin
Letak sugho kat atas tu
Buat jugak sudu dari batang pokok pisang ni
Seronok sungguh masa tu kalau ingat balik.hehe
Sekarang dah ada dah kot orang buat macam tu

Berbalik pada tajuk di atas.hehe
So aritu masa dok sembang dengan mak pasal pakcik mengacau sugho
Mak pun cerita la satu kisah benar
Yang dah berlaku lama lama dulu
Tak tahula sama ada  sedara mak atau sedara ayah
Nama pun aku dah lupa

Mak cakap pompuan ni mati berulat
Dah berapa hari baru orang tahu dia mati
Sampai ayam duk makan ulat dari badan dia jatuh ke tanah

Sebabnya dia macam disumpah oleh ayah dia sendiri
Kiranya nak derhaka lani
Ceritanya dia buat sugho ni
So masa dok mengacau sugho ni ayah dia nak la makan sugho yang baru masak ni
Yang masih lembik dari kuali
So bila ayah dia nak ambik dia  libas dengan tali yang buat tambat kambing

Ayah dia pun terus cakap ‘mu nati mati berulatla badan mu’
Lepas tu memang dia mati dalam keadaan macam tu
Tak ada orang yang tahu
Sadis sungguh

Ada ke patut sebabkan makanan sampai nak buat ayah macam tu
Jadinya penting nak bagi makanan kat orang lain dari nak bagi makan kat ayah sendiri
Memangla anak derhaka
Kat dunia lagi tuhan dah balas macam tu
Nauzubillah, mintak dijauhkan


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...