attitude negatif driver jalanan



assalamualaikum

pagi pagi dah bermasalah di jalanan
menyampah betul dengan driver yang tak reti nak ikut rules ni
kereta nak bawak peraturan taknak ikut pulak

kebetulan pagi ni ada pendaftaran di tadika
hari jumaat jalan di pasar tu memang akan sesak sikit
so sengaja dah turun awal

bila elok je sampai di jelawat, slow slow tengok parking mana ada yang kosong
esampai je depan bank, nampak ada kereta nak reverse keluar parking
aku terus bagi signal la nak masuk
masa tu kat tepi tu ada satu van laksa
dia park selang dua kereta dari situ
disebabkan dia duduk rapat ditepi jalan
pulak tu signal memang tak bagi
so aku bajet dia taknak la masuk parking

bila elok je aku nak masuk parking dia terus gerak and bagi hon kat aku
macam sengal je
mandangkan aku dah halfway nak masuk
aku decide untuk buat bodoh dan terus masuk je parking
bila aku keluar kereta sebelum aku lintas jalan
aku siap bagi jelingan maut beserta mesej

"sape cepat dia dapat..
kalau memang nak masuk tolong bagi signal awal awal ye!"

jangankan kata aku
kereta lembu pun tak tahu apa situasi kereta kau masa tu
lepas tu suka hati nak hon kan orang, menyampah!
kalau dia bagi signal nak masuk takdenya aku ni tunggu nak masuk parking tu

actually kebetulan je dia dok menunggu kawannya pindah laksa kat situ
kebetulan kereta tu nak keluar parking sesuka hati dia nak terus masuk je
macam la dia dah g cop siap siap
alahai macam awak sorangla bawak kereta

next time, especially the lady driver
tolong ingat balik apa yang belajar masa nak ambik lesen dulu
jangan sesedap hati nak buat macam jalan ni mak bapak awak yang punya
kita pun bayar road tax gak tauuuuu

yang tu lepas satu masalah
elok je aku nak gerak keluar dari jelawat
lepas je selekoh bsn
satu van ais ketul yang besar bagak
bagi signal ke kanan tapi terpacak kat tengah tengah jalan
kat depan sebuah kedai makan

dahla jalan kat situ dua hala yang sempit
kereta tengah berderet nak lalu macamanala orang belah sini nak gerak
dah dok terpaca tengah jalan mcma tu
memangla tak ada hati perut langsung

bila aku buat light horn
si drivernya pusing tengok lepas tu buat bodoh
bukan kata nak gerak ke tepi ke apa
taula kau keje nak hantar ais tapi janganla memudahkan kerja dengan menyusahkan orang
takde masalah kot kalau kelindan kau jalan jauh sikit lepas hantar ais
lagipun pintu belakang ais tak terbukak pun
tak tahula apa kejadahnya dia stop tengah jalan
na kata lori rosak enjin hidup lampu menyala

lepas menunggu jalan clear aakhirnya aku dapatla melintas lori dia
aku bagi la hon panjang
geram punya pasal
dia siap hon balik
aku pun hon la balik lagi sekali
amboi mentang kau nampak pompuan yang drive
kemain sedap hati lagi kau nak membuli di jalan ya

acually bukan tak tahu rules pun
tapi mentaliti yang susah nak ubah
biar orang susah asal kita senang

geramnya alahai
menyesal aku tak ambik gambar tadi
boleh aku sebarkan kat facebook.hihi
menyampahhhhhhhh sungguh sungguh


Comments

  1. sabar kak is,sabar hihi.

    hari jumaat kijo jgk ko loni? sedaknyooo bonus menantitititi

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM