bukit gambang waterpark


Assalamualaikum


entri sempena cuti sekolah
Kalau nak bercuti, taman tema air antara tempat kegemaran aku
Walaupun aku ni dah 28 tahun tapi still muda di hati
Kalau dapat main air mengalahkan budak budak la aku ni.hehe

Setakat ni aku dah pernah pergi Lost World Tambun, Melaka Wonderland
 dengan Bukit Gambang Waterpark
Antara 3 lokasi ni bagi aku bukit gambangla yang paling best
Masa pergi Melaka wonderland dulu tempat tu baru dibuka
Pergi pulak on weekdays so tak happening langsung
Masa pergi lost world tambun dulu best jugak
Tapi aku still lebih sukakan bukit gambang
lagipun area pantai timur jugak
nak pergi pun dekat je




bebudak yang tak sabar nak main air
satu je menyampah kalau taman tema ni
dari satu tempat ke satu tempat
nak kena jalannya jauh ya amat
tapi nak bergumbira punya pasal sanggup je

kalau di melaka wonderlang dia ada sediakkan baggy car tu
tapi tak kuasa jugak la nak bayarnya
kesudahannya jalan kaki jugak.hehe




ini budak penakut air
pergi tambun dulu memang dia taknak masuk air
masa pergi melaka wonderland aku bawak dia masuk dalam air
aku selam dia dalam air
menangis nangis dia taknak
nasib baik mak ayahnya rilek je aku buat anak dia gitu.hehe

so kali ni dia macam dan besar sikit and ada experince dalam air
dah masuk pandai pulak taknak keluar




muka ceria seronok main air
aku masa ni dah sakit tekak
asal pelampung gerak ke tengah aku jerit jerit suruh anak sedara aku tarik pelampung
aku ni tak pandai berenang
pernah hampir lemas masa main air banjir kat kampung dulu
so agak agak fobia la jugak dengan tempat dalam.hehe




muka aqeil cuak semacam
kena pulak pantai olok olok ni akan tolak pelampung makin jauh ke tengah
bukan takat dia je cuak
aku pun cuak sama takut dia jatuh




Tengah dok syok main air tu
Adala terleka sikit pelampung double tu dah kena kebas kat sape ntah
Geram sungguh aku
Nasib baik aku ingat nombornya
merata aku pegi cari dengan anak sedara
Nak dekat sejam jugak last last jumpa jugak
Tapi aku lupa aku ke abg ipar aku yang jumpa
Muka tak malu sungguh
Nak pakai pelampung bayarla
Sesuka hati je nak kebas orang punya




maknya pun alahai
ada ke lupa baju lebih
kesian budak ni terpaksa berpampers saja




nasib baik ada cardigan cik inie
yang boleh selamatkan maruah aqeil dari separuh bogel di khalayak ramai
muahahaha


duk kat gambang tu dari pagi sampaila ke petang
penat main pegi makan
siap makan sambung main
sedapla dah semua orang support.huhu

lepas ni kalau suami nak bawak anak pergi main air
nak datang sini sajalah plannya
bukan anaknya saja excited
mamanya nanati nak tumpang sekaki ;p


Comments

  1. haha kuat teh men air, hover teh mok sdaro,klh anok sdro.kihkih

    ReplyDelete
  2. memela best cikji
    mak sedaranya yang melebih lebih
    lupa diri la jugak sekejap.haha

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM