cerita anjing panas & makanan di syurga



assalamualaikum

nak share dua cerita about my students


cerita 1

semalam masa aku tengah dok mengajar iqra
terdengarla irfan dok sembang dengan kawannya
dengan excitednya dia bagitahu lepas habis school hari ni mamanya nak belikan hotdog
agaknya favaret dia la tu hepi kemain lagi

tup tup dia datang tepi aku

"teacher!"
"yeeeee....."

aku tengah tunduk menulis masa tu

"irfan suka makan anjing panas!"

bila aku pandang dia 
dia tersengih nakal
bila aku buat buat nak cubit mulut dia
dia terus lari sambil gelak besar
pandai je nak translate kan gitu
sukala tu boleh kenakan teacher...huhuhu





cerita 2

selalu dalam kelas bila nak tegur student jangan buat benda tak elok dan buat yang elok
aku mentionla pasal syurga neraka
so students dah boleh beza la
kalau buat baik boleh masuk syurga
kalau buat atau cakap tak elok akan masuk neraka

so semua students bila kita gambarkan pasal syurga
semua sebuk tanya apa ada dalam syurga
ada mainan ke tak
ada kolam mandi ke tak

tapi bila turn zamir

"teacher, dalam syurga ada makanan sedap ke tak?"




ini zamir ye
makanan kegemaran
ayam goreng pedas

jangan risau ye sayang
dalam syurga mesti ada banyak makanan sedap sedap :)




Comments