cerita geraham bongsu




Assalamualaikum


Dah seminggu aku sakit gigi
Bukan giginya bermasalah
Tapi geraham bongsu tengah nak membesar kot
Bengkak gusi and rasa tak selesa
Orang memang selalu cakap
Sakit kalau nak tumbuh geraham bongsu
Ada jugak yang sampai demam

Aku pun dah lupa berapa lama geraham bongsu ni naik
Tapi sekarang dah nak jadi complete shapela
Yang peliknya sakitnya tak berterusan pun
Kadang ok kadang sakit
Agaknya time sakit tu gigi tu tengah nak membesar kot.hihi

Tadi terajin pulak nak jadi doktor gigi
Nak tengokla dah banyak mana membesarnya geraham bongsu ni
So aku duduk depan cermin and suluh dengan lampu hf
Aku tengok rupanya bentuk gigi atas dah naik semua
Tapi dia still tenggelam lepas tu gusinya separuh tutup dekat atas

Bila aku peratikan rupanya gusi tu seolah olah terbelah sikit sikit
So that  baru gigi tu dapat naik ke permukaan gusi
aku boleh nampak gigi yang belum naik tu tersembunyi kat bawah gusi
patutla sakitnya semacam.huhuhu






Comments