cerita minggu lepas



assalamualaikum


bagi warga kelantan last week best sangat kan?
cuti berderet deret.hihi
jumaat sabtu macam biasala cuti
sambung ahad isnin keputeraan as sultan kelantan
selasa cuti deepavali
rabu patut kerja tapi bos bagi cuti
tolak annual leave la kiranya
and khamis cuti awal muharam pulak
sambung lagi jumaat sabtu
wahhh heaven sungguh

khamis malam jumaat dengan pagi jumaat aku dah bertungkus lumus basuh semua baju kotor
kemas bilik sikit sikit
malam jumaatnya terus angkat bantal pergi rumah mak
patutnya tido rumah mak dua malam je
tapi berlanjutan hampir seminggu

masalahnya suami tidur rumah dia
kebetulan mak mentua keseorangan di rumah
so terpaksala suami temankan
si isteri seronok berilek rilek di rumah mak.hehe
bila suami nak ambik ada je aral yang melintang

so hampir seminggu tu rutin aku tidur bangun makan semua depan tv
macam nak muntah dah tengok semua rancangan tv
nam berpinar bijik mata tengok marathon the voice
marathon amazing race, segala bagai marathon di tv sempena sambutan deepavali
tu baru betul cuti.hehe

tapi menjelang rabu dapat berita next week dapat interview kpli jqaf
alamak mulala susah hati
nak kena wat preparation, study mana yang patut
tension pun ada jugak

selagi tak lepas selagi tulah macam ada beban tergalas di bahu
kebetulan pulak dilanda sindrom pms
makinla serabut kepala aku ni
macam macam masalah dan perkara nak difikir
tapi takpelah, dugaan je semua tu
lepas ni insyaallah semuanya akan back to normal ;)






Comments

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM