Friday, November 23, 2012

interview dpli jqaf pt 2



assalamualaikum

kali ni nak berkongsi cerita masa individual slot pulak
so lepas habis grouping semua kena keluar and tunggu dipanggil masuk sorang sorang
nasib aku kena turn nombor 2
takdela lama sangat kena mengunggu

penemuduga dua dua lelaki
pakai kopiah ustazla kot
sorang mesra alam, sorang serius sikit
sajala tu nak bagi kita berdebar
padahal memang rasa cuak pun.hehe

soalan mula mula dah kena tanya nape nak jadi cikgu?
ustaz tu siap bebel lagi kerja cikgu ni itu ini begitu begini
so aku pun panjang lebar la bercerita ikhlas dari hati aku campur kelentong
sikit sikit sebab nak sedapkan jalan ceritanya.hehe

lepas tu masuk topik perguruan dia tanya apa itu PIPP?
alamak! mati aku!
interview kali ni memang aku tak baca
last aku baca untuk interview tahun lepas
bila dia tanya ada berapa komponen aku bedal ada 4.LOL
ustaz berdua tu geleng kepala sambil bagi komen memerli aku dalam kelembutan

lantak, aku terus putar belit cita pasal PSSMI! selesai!

beralih ke ustaz jQAF

j- Jawi
so dia suruh aku baca petikan jawi
memula tergagap
bila aku masuk pertengahan dah dapat rentak dah lancar
tak sempat habis dia suruh aku stop
sentap mak! tak tau ke kita tengah semangat
ok fineee

Q - Quran
ustaz suruh aku baca surah mukaddam saja
baru baca 3 baris dia terus stop
terus tanya tajwid
nasib baik aku wat revison so bolehla jawab walau tak selancar mana
gigih nak recall balik dalam nota yang dibaca sebelum tu

A- Arab
part ni yang aku nak ketaq lutut ni
memula dia suruh baca petikan arab tanpa baris
aku hentam sajalah, yang ni kena baca sampai habis pulak
lepas aku habis, ustaz tu speaking arab dengan aku
lepas dua kali dia ulang aku cakap aku tak faham
dalam 10 patah tu, maybe 3 je patah yang aku faham.kikiki
lepas dia translate, aku terang terang cakap aku tak boleh speaking arab on the spot
kalau baca and jawab soalan fahamla jugak.
lepas tu aku senyum jelah, cover malu.hehe

F - fadhu ain
ustaz tanya aku hari yang dilarang berpuasa
nasib baik betul aku jawab
lepas tu dia tanya aku apa dia perkara samiyyat
aku tanya dia balik apa makna saminyyat sebab aku tak tahu
rupanya samiyyat tu perkara ghaib
apala kata sekolah naim 5 tahun
makna saminyyat pun tak tahu
bukan aku tak tahu tapi tak ingat.LOL

so lepas tu ustaz yang sorang lagi cakap dia tak boleh bagi aku markah atas pengalaman mengajar aku
sebab aku tak bawak dokumen yang terlibat
bila aku bagitahu suami dia bebel kat aku
sebab sehari sebelum interview dia dah tanya aku
aku cakap tak payah bawak sebab takde dalam senarai dokumen yang dia nak
so aku tak bawakla

sampai kesudah suami aku dok perli takde dalam list, takde dalam list
hampir merajuk aku dalam kereta masa otw balik
sampai aiskrim sebatang pun tak habis
pakai spek hitam dok dendiam
silent treatment to suami sebab bebel kat aku
menyampah tauuuu :(

kesimpulannya

  • prepare elok elok terbaik tahap jayyid jiddan
  • dengar cakap suami
  • interview dah lepas, dapat ke tak bergantung pada rezeki ;)





3 comments:

cikji said...

Doa byk2. Mn tahu pahni jd ustazah plok. Hihi

muis ismail said...

@cikji ustazah sengal.hihi

Anonymous said...

بالتوفيق والنجاح يا أستذة!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...