resepi mudah: sambal sardin goreng ala muis



Assalamualaikum
Hari ni nak share satu resepi mudah
Walaupun mudah tapi kalau kena gaya mau bertambah nasi.hehe


bahannya:
setin sardin cap ayam brand
bawang merah, putih, besar
cili giling/cili kisar
lada siam/lada burung
sos tiram/kicap/perasa/garam/gula

Cara membuatnya:
Asingkan sardine dari sos dan goreng sekejap
Aku suka goreng dulu kononnya nak bagi dia garing
Lepas tu tumis sajalah bawang merah, putih, besar and lada 

Bila dah naik bau masukkan cili kisar atau cili giling
Aku memang malas nak kisar cili buat stok
So cili giling memang selalu ada dalam peti ais

Tumis lagi biar masak atau pecah minyak
Pastu masukkan sos sardine tadi, tambah sedikit air
Biarkan lagi dengan api perlahan saja
Taknak dia hangit
Later tambah kicap sikit, sos tiram sikit, garam gula dan pak aji sikit
Kacau lagi sampai agak kering dan naik minyak, rasa and siap




sebelum
ikan sardin diasing dari sos dan digoreng dulu
nak garing sangat takut hancur pulak isinya



selepas
aku lagi suka kalau sambalnya merah bukan gelap
nampak lagi menyelerakan
tapi depends jugak
kadang elok je merah kadang gelap sikit


Sambal sardine ni biasa aku pairkan dengan telur dadar je
tambah pulak ikan gelama jeruk atau ikan kering bulu ayam
Kalau pekena time sejuk sejuk musim hujan fuhh memang layan
Sambil sardine jugak antara faveret suami
Kalau ada lauk ni memang dia makan bertambah la.hehe

daaa :)




Comments

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM