1 malam di wad 4 Timur HUSM



 assalamualaikum

cerita dah lama tapi aku baru nak cerita.hehe
Khamis dua minggu lepas tetiba je mak kena admit ke wad
Tengahari tu adik kol cakap mak tertelan dawai apa ntah
So bila pergi husm masuk kecemasan benda tu still tak boleh dikeluarkan jugak
So doctor decide mak kena masuk wad
Kebetulan pulak aku tak drive sendiri hari tu
So bila balik kerja terus bergegas siap siap bawak barang
Lepas tu terus ke husm dengan suami

Dalam pukul 6 tu adik   cakap mak akan dibius untuk keluarkan benda tu
Aku masa tu dah start rasa panic and sedih la
Rasa dah tak sabar sangat nak g sana
Tapi lepas tu adik msj cakap semua tu dah selesai and benda tu pun dah dikeluarkan
Mak pun dah sedarkan diri




 nilah besi keluli yang mak tercekik.hehe
dahla keras hujungnya pulak tajam
ntah macam manala boleh termasuk dalam bahan orang nak buat makan



tapi dalam dok risau tu sempat singgah dinner jap dengan B.hehe
Bila aku sampai je adik and ayah terus balik
Akula kena take over jaga mak malam ni




penuh barang aku and barang mak sikit
aku sumbat sekali comforter nipis dengan bantal busuk.hehe
pak guard tanya bawak apa aku cakap barang sikit
lepas tu aku sengih nasib baik lepas



Pengalaman pertama tidur di wad tak tahula nak cakap
Kita dah biasa tidur awal
Tidur dengan selesa tak bising
Memula tu macam bad mood la jugak
Pukul 11 lebih tu ada lagi pelawat yng degil taknak balik
Dengan budak budak lagi bising geram btol
Tapi bila dah betul betul mengatuk lantak la
Akhirnya terlelap jugak.huhu

Tapi banyak kali la tersedar
Nasib baik belah mak ni tak ramai orang
Actually wad ni wad mulut/tekak untuk lelaki je
Tapi termasuk mak adalah 3 orang semua pompuan yang bermasalah mulut/tekak ni

Bangun pagi je pukul 6 mak terus suruh kemaskan
Tak bagi aku bermalas malasan, takut nurse marah.huhu
Dok di wad ni bukan seronok pun
Laptop tak bawak sebab suami tak bagi
So dok tercongokla aku kat kerusi tepi mak
Dalam kol 8 terus pegi mandi siap siap nak cari breakfast

Mak aku ni cerewet
Aku tak bawak tuala baru, bawak kain sarung yang sempit, tak bawak sikat rambut dengan bedak
Semua kena bebel
Aku tak ada pengalaman mana la aku tahu
Aku ni jenis tak sikat rambut and pakai bedak talcum
So memang lupa nak bawak untuk mak
Leceh jugak kena stay kat hospital ni
Pinggan mangkuk sudu garfu rupanya semua kena bawak

Tapi aku pun pelik jugak dengan husm ni
Hidang bubur sepatutnya kenala bagi sudu plastik ke
Lainla kalau makan nasi biasa boleh pakai tangan
Takkan dia expect semua orang duk sini bawak sudu garfu lengkap
Apa punya rules la
Beli nasi lemak rm2 kat jelawat makcik gerai tepi jalan pun bagi sudu plastic hokeyyy
Nasib baikla mak kena duduk satu malam je
Aku tak boleh tahan dah kalau kena lebih dari tu
Hai sabar sajalah






first time rasanya mak admit wad 
sebab walau mak dah 63 tahun dia sihat
takde sakit kronik
jantung ke darah tinggi ke kencing manis ke memang dia takde
kena tahan wad sebab ni macam kelakar je
dia dok cakap malu kat orang
takut orang mengata makan macamanala sampai tercekik gitu





sebelum balik pun banyak kali kena cucuk and masuk ubat
kesian mak sakit sampai bertitisan air mata.huhu
kalau aku mau banjir dah menangis LOL





nasib baik petang jumaat dah boleh balik
ni mak dah siap siap tunggu adik datang ambik
lepas asik datang setel kat taksiran dengan ambik ubat semua
lepas ni mak kena datang follow up sajalah
syukur sekarang mak dah sehat alhamdulillah



Kesimpulannya dari cerita di atas:
Kalau nak kena jadi penunggu di wad pastikan lah lengkap semuanya
kain tuala kena bawa yang baru ye, jangan bawak yang lama
Kalau mak orang lain aku tak tahu
Kalau mak aku siapla kena bebel,
Nama je masuk wad sebab bermasalah di tekak
Mulut dia membebel non stop macam biasa.huhuhu




Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM