balasan tak dengar cakap suami


assalamualaikum

nak share satu kisah kelakar akibat kedegilan aku
baru je berlaku sejam tadi
disebabkan sekarang ni aku tidur rumah mak
so tadi balikla rumah mentua ambik baju kerja untuk esok
lepas hubby keluar dengan motor aku pun keluar jugak nak balik rumah mak

tup tup suami mesej ajak makan mee celup kat tepi sungai
lepas je aku reply ok aku terus masuk ikut jalan short cut
jalannya sehala, sebelah kanan semak and hutan and sebelah kiri ada sungai
dalam jarak 100 meter aku tengok ada air pastu ada budak budak ramai dengan motor
so aku ingat air tak dalam so aku redah je

sampai je kat tengah jalan yang tak naik air
kat depan dalam 50 meter lagi aku tengok air naik lagi banyak sampai dah tak nampak pembahagi sungai
dahla kat situ selekoh
rupanya masa tu suami dah sms jangan lalu ikut situ sebab naik air
tapi aku terlambat baca dah g redah air terus

nampak je air dalam semacam je mulala aku panik
suami dah sampai pun kat kedai makan tu
sebab dia ikut jalan besar
bila aku kol cakap terperangkap situ dia marahla kat aku
sebab degil tak dengar cakap dia
pasal punya pasal dia cakap suruh aku redah je
aku cakapla takut terjatuh dalam sungai
dia suruh aku undur aku cakap takut jatuh jugak
last last bila dia cakap biar je aku duduk dalam kereta kat situ sampai malam

masa tu mulala aku menangis nangis kemain kuat lagi
sambil cakap cepat datang selamatkan ambik aku ni
memang masa tu aku dah panik sangat sangat
bila suami cakap tanak datang ambik aku makin kuat aku nangis nangis
sampai hati nak biarkan je bini ni

ada dekat 5 minit jugak aku dok menangis dalam telefon
budak yang redah dengan motor mesti pelik tengok nape aku dok menangis dalam kereta
kalau ingat balik macam kelakar pulak.hehe

tup tup sambil suami dok marah sambil aku menangis aku pun nampakla suami berjalan kaki meredah air dari arah depan
memang dalam pun paras lutut dia tinggi airnya
mestila dia kan datang selamatkan aku kan.hehe
bila tengok je dia datang aku terus matikan hf and stop nangis
dia drive and  usahakan jugak untuk pusing balik kereta
boleh je pun
aku je yang penakut sebab takut terjatuh tenpat dalam

masa tu memang tak berentila dia membebel kat aku
tak dengar kata la
berani tak bertempatla
degil la apala itu ini semua keluar
aku diam sajalah dah memang salah aku.huhu

sambil mengesat ngesat baki air mata aku ni aku membela la jugak diri aku ni.hehe
cakap aku terlambat baca sms dari dia
nasib baik suami jenis marah sekejap je
pastu kami pun makan la mee celup yang best kat situ macam takde berlaku apa apa.hehe

lepas je siap makan sebelum aku gerak balik, 
sempat lagi dia perli aku suruh pergi lalu ikut situ lagi.hehe
aku pun sempat jawab jugak 'takpela b boleh g ambik syg lagi sekali'..wakaka
lepas tu siap sms lagi suruh bawak kereta elok elok dalam hujan
wah sayang jugak rupanya kat bini dia ni.ekeke ;p



Comments

  1. Huhu...macam2 la mg ni muis...tp memg best part hero g save heroin tu kn...klas gitu!

    ReplyDelete
  2. Aku pon slalu degil tak dgr ckp. Hehe

    Meh kita sama2 mnjadi isteri yg taat dan solehah hihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D