birthday suami muis


assalamualaikum

semalam birthday hubby
yeayyy eh birthday dia aku yang terlebih gembira kenapa
tapi bila besday hubby aku yang dapat free call sehari dari maxis
sebabnya nombor aku ni didaftarkan dengan nama hubby
nombor dia pulak daftar atas nama aku.hehe

so tahun ni macam yang aku dah plan
aku nak buat handmade card
tanak dah beli yang siap
maklumla kite kan teacher kat tadika
kata kreatip kan kan kan? so apala sangat nak kad sekeping tu.hehe

besday hubbnya ahad, patutnya sabtu dah leh setel sume kad and hadiah
tapi disebabkan hujan,  bininya pemalas
hold jelah dulu
dah plan nak buat paginya di tadika
so bila balik kerja leh surprisekan hubby.hehe




yang aku prepared untuk birthday hubby tahun ni
preparation better dari tahun lepas
tahun lepas aku bagi hadiah je rasanya
tu pun early birthday present
ntah kenapa tak beli kad and cake aku pun dah lupa,hehe






yang ni aku surprisekan suami dalam bilik
actually bukan surprise sangat pun
bila dia balik je cepat cepat paksa dia masuk bilik
kelopak bunga ros tu aku kebas dari rumah makcik
semalam aku tengok sekuntum je ada
sebab hujan, excuse kelopak bunga yang basah tu.hehe






handmade kad by muis
kosnya rm1 je untuk beli pembalut
love shape tu aku buat dengan kotak pensel kaler
memang kalah kalau nak banding dengan kad yang siap
tapi yang ni suami belek lagi lama and cakap suruh pamerkan dalam bilik kami.hehe
terharu saya
saja aku guna gambar masa kami g honeymoon untuk mengimbau kembali kenangan cinta kami.wakaka




suami bukan penggemar kek
so aku pilih fresh cream strawberi kek saja
tak gaji lagi kan, so save bajet lagi.hehe
yang ni pun tak makan tak potong pun lagi
ada aku simpan dalam peti ais






suami punya faveret parfum
ada lagi 2 botol parfum dia yang boleh guna
tapi aku tahu dia stilll nak lagi parfum baru
suka tengok b happy dengan hadiah ni
ingat nak bagi jugak hadiah sampingan 2 helai kemeja kerja
tapi dah hujan lebat tak berenti tak sempat nak cari
tunggu gaji hujung bulan ni sajalah

so sempena birthday b malam tadi plannya nak makan kat luar
tapi tetiba je malam tadi hujan lebat sekali dengan ribut semua
so B cakap tak payahla
last last kami just dinner dengan megi goreng saja kat rumah
jadila asal berdua (selamat duit saya ) hihihi..


;)






Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM