kedai kaki bukit, bukit marak, bachok



assalamualaikum

hari ni nak share satu tempat makan kegemaran aku
dulu sebelum kawin kerap jugak datang dengan suami makan kat sini
lokasinya area bukit marak
masuk simpang bukit marak, kat tepi bukit marak adala kedainya




kedai kaki bukit
nama kedai berdasarkan lokasi
betul betul seberang jalan bukit marak
kedainya memang luas dan selesa






menu ni jelah yang aku selalu order makan berdua dengan suami
biasa suami tambah ayam+daging goreng kunyit sekali
tapi yang makan dua minggu lepas ni aku cakap tak payah
sebab aku nak belanja, jimat.haha






kalau taknak makan nasi biasa aku makan kuetiow tomyam
memang tomyam je menu aku suka makan kat kedai ni






kalau tak makan biasa aku tapau
kedai ni aku paling suka sebab servis dia cepat sangat
lepas tu pelayan dia nampak je kita masuk tak sempat duduk dah datang dekat


bagi aku tukang masak kedai ni memang bagus
sebab masakan dia memang ke arah tawar sikit
jimat garam aka menjaga kesihatan
tomyam dia pun tomyam putih ala fresh tanpa minyak
aku rasa dia memang tak letak perencah tomyam siap pun
 so good ;)




Comments

  1. orang pasir putih tapi tak pernah smpai lagi ke kedai ni..cam sedap je makanan tu..huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D