Marah Pada Sebiji Tembikai



assalamualaikum



hari ni nak share satu kisah teladan, semoga mendapat sedikit manfaat darinya ;)



Pada suatu hari seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq al-Bakhir singgah dikedai membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan ternyata buah tembikai itu tidak elok. Isteri Syaqiq sangat marah. Dia melepaskan amarahnya.

“Sabarlah. Jangan marah marah. Kalau dah tak elok bukan rezeki kita . lagipun bukan susah sangat, kita beli saja tembikai yang lain,” kata Syaqiq. Isterinya diam setelah mendengar perkataaan itu.

Syaqiq meneruskan lagi kata katanya. “mahupun si penjual atau si pembeli bahkan si penanam juga mahukan yang terbaik. Jadi pada pendapatku, marahmu itu ditujukan kepada pencipta buah tembikai ini. Dengan itu, segeralah kau bertaqwa kepada Allah SWT.”

Mendengarkan kata kata suaminya, isteri Syaqiq tersedar bahawa dia telah alpa dengan kemarahannya. Lantas menangisla isteri Syaqiq. Dia menyesal kerana tidak berfikir dahulu sebelum marah. Dia juga berjanji tidak akan mengulanginya lagi dan akan redha dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. 



kredit to: majalah aulad




Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM