Sunday, December 02, 2012

setahun penuh hikmah



 Assalamualaikum


genap setahun aku sebagai teacher di tadika aulad pintar
Syukur rezeki aku disini
Walau kerja aku takdelah sehebat orang lain
Tpi aku still bersyukur dengan rezeki yang aku dapat ni

Aku bangga dengan apa yang aku buat sekarang ni
Ada kawan sekerja yang best dan sekepala
Ada students yang comel comel dengan bermacam karenah
Pendek kata kalau ada masalah pun, bila datang tadika masalah boleh hilang macam tu saja

Tapi apa yang aku paling bersyukur adalah hikmah yang aku dapat bila aku di sini
Dari segi pemakaian aku memang ada perubahan
Aku mengaku la dulu aku ni takdelah sebaik mana
Walau aku mengenakan baju/blaus yang sopan tapi aku still berjeans ketat
Pakai tshiry dedah lengan
Pakai tudung singkat tak tutup dada
Tapi syukur alhamdulillah sejak aku di aulad pintar ni
Dah ada perubahan dari segi tu
Perubahan dari diri aku sendiri ikhlas aku buat dengan kerelaan tanpa paksaan

Disebabkan aulad pintar ni tadika islam
So memangla wajib berbaju kurung
Tapi alhamdulillah tudung pun kena dilabuhkan menutup dada
Kalau dulu dari zaman sekolah aku memang tak pernah pkai kain dalam kecuali masa spot check.hihi
Sekarang ni aku memang rasa tak selesa kalau tak pakai
Kalau kain baju kurung rasa macam agak nipis
Memang aku akan pakai inner dengan kain dalam
Rasa tak selesa kalau tak pakai

Pemakaian aku pun turut berubah jugak
Sekarang ni aku lebih suka dengan jubah dan jugak dress labuh
Dah setahun di sini koleksi aku dah hampir ada 8 pasang
Boleh dikatakan aku memang tak sentuh jeans langsung’
Kalau ada aku pkai skinny slack aku pun aku pakai dengan baju labuh sampai ke betis

Insyaallah aku cukup jaga aurat aku sekarang ni
Dah malu and rasa malu nak pakai macam dulu
Aku nak bagi contoh yang baik sebagai teacher kat orang sekeliling dan jugak untuk students aku
Syukur alhamdulillah
Walau kerja aku ni bukan gaji beribu ribu, syukur diberi  peluang aku untuk jadi muslimah sempurna
Walau masih tak berapa sempurna, insyaallah perlahan lahan aku akan usaha ke arah yang lebih baik
ameen



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...