Wednesday, December 19, 2012

suami, motor & hujan



assalamualaikum


memandangkan sekarang ni aku dengan hubby kerja sehala
so boleh kata tiap hari aku pergi kerja dengan diala
bukan naik kereta tapi merempit dengan motor.hehe

suami aku ni satu perangai dia pantang betul dengan jalan jammed
padahal kereta dia auto je pun
bukan penat nak tekan clutch kete manual
kalau masuk je jammed mula la membebel bebel macam mak nenek

so dia beli la motor untuk guna pergi kerja
kalau aku malas drive aku pergi dengan dia sajalah
boleh save duit minyak.hehe

tapi mandangkan sekarang ni musim hujan kan
ada ke patut nak bawak motor jugak pergi kerja
dia cakap takpe dia pkai je sepasang baju hujan di tu
aku dia suruh drive sendiri pergi kerja
dia sanggup bawak motor terkena hujan asalkan tak payah bersesak dalam jammed

dahla kelakar je bila pakai baju hujan sepasang macam tu
lepas ni biar aku belikan kasut but phua chu kang tu sekali untuk dia
terus hilang kehenseman bergaya nak g ofis.LOL

kelantan punya trafik pun satu hal
hujan sikit je pun jalan dan bersumbat
dia pulak kerja kat tengah bandar memangla konfem bersesak sesak

minggu ni sekali je dia drive pergi kerja
hari seterusnya memang dah taknak
kita kesian kat deme takut susah dalam hujan
dah awok tak kisah nak berhujan sukahatila wahai suami
apala punya pelik perangai

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...