Posts

Showing posts from January, 2013

minggu terakhir di bulan januari

  Assalamualaikum minggu ni very da busy dengan communication book bukan wat kerja last minit pun  tapi sebab banyak so lambat nak siapkan bila bos bagi due date hari ni barula pulun nak siapkan.huhu nak berblogging memangla tak sempat selalu aku taip entri and save dulu pastu baru publishkan bila mana yang sempat malam malam aku pulun buat kerja tadika jugak kat rumah tidur pun lewat je saekarang ni kalau dulu paling lewat pukul 10 dah tidur sekarang mencecah pukul 11 lebih tapi aku ni pelik jugak kalau tidur awal pagi esoknya aku susah nak bangun awal tapi kalau aku tidur lewat sikit pagi senangla nak bangun kol 6 pagi memang dari dulu aku memang macam tu minggu ni memang tepat aku bangun 6 pagi kalau terlajak pun dalam 5 minit je and aku ambik masa sejam untuk mandi, solat, iron baju semua kol 7 dah boleh  gerak dari rumah kalau gerak awal pagi bestla kadang sampai 3 kedai aku boleh menyinggah untuk cari nasi, kuih and air.hehe

'saya taknak tengok muka awak lagi!'

Image
assalamualaikum cerita adik maira yang pertama untuk tahun ni cerita pagi semalam masa sesi reading aku macam biasa akan duduk di group boys so yang girls teacher jauh sikit mulala tak terkawal hal mengaler pun boleh sampai nak gaduh gaduh sambil buat reading sambil aku pasang telinga la jugak tup tup si maira datang mengadu ada yang taknak berkawan dengan dia aku biar jelah sebab tiap hari 40x sehari ayat tu jelah aku dok dengarnya gaduh seminit baik seminit.huhu tup tup masa dok pasang telinga tu aku terdengar satu ayat keluar dari mulut si maira 'saya taknak tengok muka awak lagi..' pastu aku tengok dia siap pusing badan dia mengadap ke lain and muncungkan mulut kebetulan girls yang dia bergaduh tu duduk mengadap dia aku punyala nak tergelak masa tu budak umur 6 tahun ke yang bergaduh cakap macam tu? amboi amboi amboi macam bergaduh laki bini la pulak siap keluar cakap kay ell tak tahan tu kebetulan masa tu kamera ada ats

dari arena futsal ke nasi ulam cikgu

Image
assalamualaikum berupdate dari arena futsal kb teman suami datang join tournament futsal banyak pulak team yang join arini padahal kat rumah banyak je kerja tak siap lagi lesson plan tak siap lagi communications book tak siap lagi baju kerja suami tak sental lagi tapi gatal jugak datang habiskan masa kat sini.hehe dahla malam tadi tadi tidur lambat dok layan hindustan hari ni kol 8 dah kena bangun siap siap tapi breakfast pun tak sempat lagi hubby cuma belikan air kotak milo masa singgah isi minyak dia pun main futsal cuma minum milo sekotak and makan cadbury wafer bar je sikit yang lebihnya isteri yang habiskan,hehe bawak novel pun dah habis baca ntah pukul berapa la siap ni kat sini pun ada jual air je takde cafe ritu yang futsal kat mana ntah dah lupa siap ada cafe untuk makan ada orang jual burger jap lagi kira lunch terus la dengan hubby alang alang dah kat area pc ni nak ajak suami g makan nasi ulamcikgu la dah alang alang ada k

cuti maulidur rasul saya

assalamualaikum salam maulidur rasul to all wah best sungguh rasanya kalau dapat cuti hari kerja since belah kelantan ni cuti weekend jumaat sabtu so berderet la 3 hari wallah heaven sungguh la rasanya.hihi lepas subuh terus sambung tidur sampai ke jam 10 plus plus peram peram dalam 11am dah mandi siap siap suami tersedar terus tanya "nape sayamg dah mandi? nak g mana?" "takla sayang rasa berat kepala je.." "oh lupa syg tak biasa.." amboi amboi  suami buat buat terlupa pulak isterinya ni bukan kaki membuta terlajak tidur sikit mesti rasa sakit badan and sakit kepala so wajib terus bangun mandi untuk segarkan badan lepas mandi sambung dialog lagi "b, sayang dah lapar, jomla g pasar cari lauk.." ok, jap jap lagila sayang, pkl 12..syg basuh baju la dulu.. okay..." so isterinya layanla mission impossible:ghost protocol sambil makan roti jagung gardenia dulu buat alas perut 12 lebih terus gerak g pasar cakap kat s

random #5

Image
assalamualaikum berblogging ni ikut mood jugak kalau mood tak mari memang malas nak berblog share random pics jelah hari ni terajin pulak pagi semalam siap buat breakfast nasi lemak lagi tang lain semua okay part nasi tu bermasalah sikit aku asalnya plan nak letak santan sikit je nak biar berlemak ala kadar je tapi adala pulak yang suruh letak santan semua tak taruk air last last aku makan tak sampai separuh pinggan dah  rasa muak pening semacam geram geram je rasanya.. kegemaran terkini popcorn besar besar sanggup menunggu lama semata mata nak beli menda alah ni patutla budak budak suka, sedap rupanya kena pulak yang baru masak panas panas biasa aku memang beli lebih dari 3 bungkus nampak je kat suami mulala nak kebas satu macam budak budak la sangat..  mak yang sakit si anak yang melebih tertido si isteri yang selimutkan guna kain batik tu maklumla kesiankan suami takut sejukkkk si suami

Kesunyian di kala malam

Assalamualaikum                   Kata je dah kawin Bila malam balik kerja mulala rasa kesunyian Suami lepas je maghrib terus nak pergi bukak kedai Balik tengah malam bila si isteri ni dah pun tidur Kalau ada anak bolehla  buat main main Mesti konfem tak sunyi punya Tapi dah takde rezeki lagi Nak main internet pulak mana ada line kat rumah Lagipun di tempat kerja dah blogging, main fesbuk Tiap tiap hari pun bosan jugak Nak tengok tv? Tiap tiap malam pun dok tengok tv bosan jugak Sampai nak termuntah tengok ulangan cerita kat astro Walaupun kat rumah langgan superpack semua channel ada Tapi still dok tukar channel itu ini jugak Pendek kata bosan bosan bosan Nak layan dvd? Pun bosan jugak Dahla aku ni jenis tak suka tengok movie Walaupun cerita tu best Mesti sampai 2, 3 hari baru habis cerita 2 jam.huhu Biasa pertengahan cerita aku akan stop and bukak  cerita lain pulak.hehe Selalu kalau aku kesunyian and mood kureng Kaka

santai di taman perbandaran tengku anis

Image
assalamualaikum cerita lama tapi baru dapat gambar dari SIL first time aku ke taman perbandaran tengku anis nama je orang kelantan.hehe tak minat la saya style melepak di park ni anak pun takde lagi nak bawak g jalan jalan tengok taman tengok binatang semua.hehe actually hari tu sebenarnya g makan  kenduri rumah sedara masa otw balik adik kol suruh pergi sana katanya family mertua dia ada buat piknik apa ntah so memandangkan adik ni dok jauh jarang balik so layan sajalah lepas balik rumah solat baru keluar balik ke sana aku ni pun ntah mamai ke apa adik aku cakap taman tg anis aku terus ke taman orkid tg anis,kahkahkah kata je orang kelantan lepas tu kena la gerak naik ke kb balik dari pc tu.. berpandukan direction dari adik ipar akhirnya sampai jugak kami ke sana boleh tahan jugak jauhnya.huhu piknik sempena besday adik kepada SIL aku SIL aku ni dia cakap dari pagi lagi dia dah gantung deco deco kat taman ni punyala banyak

thumbs up!

assalamualaikum hari ni tiada mood nak berblogging lepas blogwalking jap baru moodnya datang.hihi so hari ni nak share satu karenah baru yang aku  buat masa drive sesape nak ikut bolehla.hehe selalu kan kalau ada kereta yang dari depan yang memotong tanpa jarak selamat pastu dia masuk balik line dia sebelum hampir hampir bertembung dengan kita biasa kita akan bagi high beam atau horn je kan tapi aku selalu lambat pick up selalu sempat marah sorang sorang je atas kereta tak sempat nak buat apa signal tup tup 2, 3 hari lepas aku terfikir lepas ni kalau aku bertembung dengan situasi macam tu lagi aku akan buat thumbs up pulak so lepas tu memang aku buat macam tu lah pergi keje pagi pagi selalu jumpa driver yang macam tu mana yang dengan kereta, mana yang dengan motor sp bila dia dekat je aku buat thumbs up, yang bermaksud: 'bagus..memang pandai kau memotong hingga hampir nak melanggar aku..' pagi tadi aku dah buat thumbs up untuk sebuah motor and petang s

kedai mee celup tepi sungai

Image
assalamualaikum Aku tak tahu apa nama kedai ni Tapi sebab dia kat tepi sungai so aku bagi nama dia kedai tepi sungai hehe Yang ada kat sini mee, mihun, kuetiow dengan magi sup jelah kot Makanan panas takde Yang tak panas pun konfemla tak ada Aku biasa makan mihun atau kuetiow sup Rasanya boleh tahanla Semangkuk rm2 je, Magi rm2.50 Tapi bagi aku magi dia tak best sebab dia letak kicap Pastu jadi manis Tuan kedai ni pasangan suami isteri Okay, peramah and memang tak kedekut Segala serbi bahan dalam semangkuk tu berlebihan Lauk memang banyak, isi ayam, daging dan perut gambar yang dah diedit berkilau kilau jadinya.hehe dah takde rupa mihun celup Kalau lauk tak kislahla Masalahnya kubis jeruk pun berlebihan Sampai satu penuh satu sudu yang besar tu dia main taruk saja So rasa agak masin kat situ Yang lain okayla Tambahan lagi akak tu aku tak tahula nape Kalau dia n

duit kecil punya hal

Assalamualaikum Semalam pergi kerja aku drive sendiri So sempatla singgah beli nasi bungkus kat kat area bbukit marak Makanannya pun okay, lauk banyak pilihan dan sedapla Boleh kata kalau pagi kedai ni jadi pilihan la untuk orang breakfast dan bungkus So kebetulan aku sampai, adala sorang lelaki sampai Bukan budak tapi rasanya muda sikit la kot dari aku Naik motor buruk je Pakai baju pun nampak lusuh je Pastu mukanya ala ala kesian pulak Dia masuk dok hujung sana Pastu lepas je dia cakap nak nasi sebungkus Makcik yang dok bungkus nasi tu dok bebel bebel pasal duit kecil Rupanya budak tu keluarkan rm10 nak bayar nasinya rm2 je First time la tu aku tengok makcik tu perangai tak semenggah gitu Selalu macam ok je walau tak mesra rakyat sangat Dahla kedainya ramai orang Ada ke patut dia pergi marah budak tu pasal nak bayar dengan duit besar So aku tengok dia and senyumla kat dia Dia pun macam segan segan je bila orang dok tengok dia

tipsy tuesday: petua mengatasi medu angin

assalamualaikum entri dulu aku penah cerita pasal aku pergi berurut  and mak bidan cakap aku ni ada medu angin so sedikit susahla nak mengandung bukan tak boleh tapi kena ikhtiar berurut and berubat dulu la apapun itu semua kerja tuhan kan so aku fikir positif je aku memang ada gastrik tapi tak teruk pun aku boleh je puasa tapi pagi pagi aku memang akan muntah loya keluar angin je then aku memang jarang sangat kentut boleh kata sebulan sekali pun tak kentut means angin dok terkumpul kat dalam kot haha ada kaitan ke ek? ada la kot so aritu terbaca la kat page petua ensaiklopedia melayu lama petua mengatasi medu angin selain dia share petua, dia jugak share info pasal medu angin ni 1. Medu angin berpunca daripada angin kotor yang mengandungi karbon dioksida dan bahan-bahan perkumuhan lain. Angin kotor tersebut terperangkap di dalam tubuh kita yang bermula daripada perut semasa proses pencernaan makanan. Kandungan asid hidroklorik yang

ayah dah 67 tahun

Image
Assalamualaikum Entri special sempena birthday ayah Ayah ni asalnya orang kampong, orang miskin mak ayahnya tak tahu kepentingan surat beranak So surat beranak pun takde ntah hilang ke dihanyut air masa banjir aku pun tak tahu.hehe Yang ayah ada cuma surat perakuan kelahiran Ntah betul ke tidak tarikh lahir ayah 7 jan 1946 Bedal sajalah.hihi Tapi ayah cakap umur dia sebenarnya kemungkinan 3, 4 tahun lebih tua dari tarikh tu Tak kisahla yang penting sekarang ni menghampiri umur 70 tahun ayah masih sihat tanpa sakit kronik Syukur alhamdulillah Kalau ikutkan dalam blog aku ni macam kerap cita pasal ayah dari mak Entri hari ayah ada, hari ibu takde Jahatkan.hehe Sebabnya mak suka marah and bebel kat aku Tapi ayah tak Bukan tak sayang mak, tobat sayang gila eh.hehe Apa istimewanyanya ayah? Walau tak belajar tinggi Aku memang respek ayah bab congak nak kira kira Memang dia akan dapat kira congak lebih cepat dari aku Kalau nak hitung apa apa

1 januari 2013

Image
Assalamualaikum Ni cerita minggu lepas Hari ni baru nak update.LOL membusy la katakan Kebetulan hari pertama bukak sekolah masih di musim hujan, banjir So aku dengan bersemangatnya kol  0645 am dah gerak dari rumah Tapi aku still sampai tadika kol 8 lebih Padahal perjalanan biasa sepatutnya dalam 15-20 minit je dari rumah Aku biasa lalu ikut jelawat and pauh lima terus ke bukit marak Nak keluar simpang selepas sk pauh lima tu lambatla sikit Past bila nak dekat sampai sk bukit marak dengan sm puteri saadong Memang la akan bersumbat sumbat kat situ Mana yang nak keluar dari simpang bukit marak lagi Masa nilah semua driver nak tunjuk terer Asal sempat je memotong, mencelah masuk Masa nak potong memang akan makan jalan sebelah la Pastu bila kereta ada datang dari depan tahu pulak nak bagi signal nak mencelah masuk depan kita Tahu pun takut kena langgar Alah bukan boleh pergi jauh pun Paling j

'nak ocoh ticer is'

assalamualaikum hari terakhir di minggu pertama yang memang memenatkan mental dan fizikal sempatla nak berblog jap.hihi nak bercerita pasal orang studebts di sini student baru, comel cute mute nama terpaksa dirahsiakan masa makan tengahari aku nampak dia guna tangan kiri so aku tegurla suruh makan guna tangan kanan di tengok je muka aku and terus nangis lepas tu angkat tangan tunjuk penumbuk kat aku amboi amboi..dahla saiz badan leh tahan gak pastu sebelum dia masuk kelas aku terjumpa la dia lagi nak tahu apa dia cakap bila tengok muka aku? sambil angkat tunjuk penumbuk 'besar' dia tu.. "nak ocoh?"   atau dalam bahasa kelantan 'nak gocoh?' atau bahasa standard 'nak gaduh?' huhuhu uptodate sungguh perangai budak sekarang ni kalau anak aku mau je aku rotan amboi amboi amboi..kecik kecik dah nak tunjuk samseng ye.. pengaruh tv dan rakan sebaya la ni sabar sajalah..

azam 2013 la konon ;p

assalamualaikum  kebanyakan entri dari blogger hari ni berkisar kenangan 2012 dan mengucapkan selamat datang aku malas up entri kot otak dah jem and tepu tapi pagi tadi masa drive datang kerja tup tup ada satu azam terlintas di kepala aku nak usahakan tahun ni la ni aku dah lupa ntah apa dia azam yang aku dok bertekad nak buat tu aku ni memang la jenis pelupa dah tengah drive tadi cane la nak take note kan.hehe takpela, esok lusa ingat balik la kot tapi kalau aku fikir fikir kejap azam tahun ni aku nak kategorikan jelah; agama- nak jaga solat sangat sangat. and nak baca quran SETIAP HARI kerja- nak datang awal dari kebiasaan, kalau boleh 7.30 dah nak ada kat tadika. pastu nak kerja dengan lebih rajin dan lebih ikhlas, tapi yang ni bergantung pada persekitaran jugak.hehe keluarga- nak lebih banyakkan sabar, sabar, sabar diri sendiri - kurangkan stress, emosi dan yang sewaktu dengannya tu jelah kot antara azam yang aku bakal usahakan. IN SHA ALLAH semoga segala