Tuesday, January 15, 2013

Kesunyian di kala malam




Assalamualaikum   
              

Kata je dah kawin
Bila malam balik kerja mulala rasa kesunyian
Suami lepas je maghrib terus nak pergi bukak kedai
Balik tengah malam bila si isteri ni dah pun tidur

Kalau ada anak bolehla  buat main main
Mesti konfem tak sunyi punya
Tapi dah takde rezeki lagi
Nak main internet pulak mana ada line kat rumah
Lagipun di tempat kerja dah blogging, main fesbuk
Tiap tiap hari pun bosan jugak

Nak tengok tv?
Tiap tiap malam pun dok tengok tv bosan jugak
Sampai nak termuntah tengok ulangan cerita kat astro
Walaupun kat rumah langgan superpack semua channel ada
Tapi still dok tukar channel itu ini jugak
Pendek kata bosan bosan bosan

Nak layan dvd?
Pun bosan jugak
Dahla aku ni jenis tak suka tengok movie
Walaupun cerita tu best
Mesti sampai 2, 3 hari baru habis cerita 2 jam.huhu
Biasa pertengahan cerita aku akan stop and bukak  cerita lain pulak.hehe

Selalu kalau aku kesunyian and mood kureng
Kakak akula jadi mangsa luahan perasaan aku
Tapi dia pun sibuk dengan anak
Time balas okayla, kalau tak sepatah haram tak reply.huhu
Nak mesej dengan suami?
‘sibuk syg’.. ‘orang ramai ni’.. ‘dok buat kerja’..
Ayat ayat tu semua menandakan tak boleh layan bini dia yang terlebih mengada ni

Penah jugak kakak aku bagi cadangan ikutla suami pegi kedai jugak
Memangla kadang kadang aku ikut
Tapi kalau dia sibuk sbb budak yang kerja dengan dia tak boleh datang dia tak bagi aku ikut
Nanti aku dah mengantuk merengek nak balik dia tak sempat nak hantar
Last last aku jugak yang dimarahnya.huhuhu

Sebab tu aku suka buat balik kerja tadika di rumah
Biarla penat pun seharian di tadika
Tapi aku still bawak balik gunting gunting, tampal tampal
Apa apa kerja jelah untuk isi masa sebelum aku mengantuk
Sebab aku ni jenis yang tak mengantuk memang susah nak tertido
Pulak tu kerap terjaga..

Tapi semenjak dua tiga menjak ni kalau kesunyian
Aku layan klip lagu Hindustan
Aku download lagu lagu faveret aku
Yang tu jelah aku dok ulang tiap malam
Hati tak berapa sunyi, bilik pun jadi bising.
Ekeke kata sekolah agama, bila bosan ada ke dengar hindustan
Patut bacala quran
Nampak gaya memang jauh dari syurga la aku ni.huhuhuhu







2 comments:

Raihan Ramli said...

Huhu...kuat bebel muis ni...whatsoever it is rasa sunyi itu akan hilang k...doa byk2 is...

Raihan Ramli said...

Huhu...kuat bebel muis ni...whatsoever it is rasa sunyi itu akan hilang k...doa byk2 is...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...