minggu terakhir di bulan januari



 Assalamualaikum

minggu ni very da busy dengan communication book
bukan wat kerja last minit pun 
tapi sebab banyak so lambat nak siapkan
bila bos bagi due date hari ni barula pulun nak siapkan.huhu
nak berblogging memangla tak sempat
selalu aku taip entri and save dulu
pastu baru publishkan bila mana yang sempat

malam malam aku pulun buat kerja tadika jugak kat rumah
tidur pun lewat je saekarang ni
kalau dulu paling lewat pukul 10 dah tidur
sekarang mencecah pukul 11 lebih
tapi aku ni pelik jugak
kalau tidur awal pagi esoknya aku susah nak bangun awal
tapi kalau aku tidur lewat sikit pagi senangla nak bangun kol 6 pagi

memang dari dulu aku memang macam tu
minggu ni memang tepat aku bangun 6 pagi
kalau terlajak pun dalam 5 minit je
and aku ambik masa sejam untuk mandi, solat, iron baju semua
kol 7 dah boleh  gerak dari rumah
kalau gerak awal pagi bestla
kadang sampai 3 kedai aku boleh menyinggah untuk cari nasi, kuih and air.hehe

turun awal pun sampai tadika dekat dekat kol 8 jugak
balik kerja pulak paling awal pukul 6 la
paling lewat pukul 7
minggu ni pulak tetiba rajin
tiap hari akan balik masak untuk dinner ngan hubby
masak simple je pun tapi leh spend masa dengan suami makan sembang sembang okayla

semalam balik rasa penat sangat
rasa panas je muka and bila mandi sejuk sesangat
cakap kat suami rasa macam nak demam
suami suruhla cepat cepat makan activ fast
sekarang pun musim demam
dia pun baru je baik demam and sakit sakit badan katanya

esok dah hujung minggu
hari ni pun cuaca mendung hujan sejuk je
bestla tidur malam ni.hihi
esok lepas subuh leh sambung tidur lama sikit
plannya untuk esok nak masak nasi ayam sajalah
penat kepala jugak nak fikir nak makan apa
walau berdua je.huhu
pastu esok ingat nak cari stok jubah and kain pasang
plannya nak meniaga 
ntah ntah hangat hangat taik ayam je aku ni.haha
sabtu ni dah start program smart aulad pulak
lepas ni hujung minggu dah takdela can nak bermalasan di pagi jumaat and sabtu.huhu











Comments

  1. masak simple2 pun sedap. lagi2 kalau keje kan. yg simpe la bagus. jimat masa

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D

Popular posts from this blog

TTC Journey 2020 - Part 1

1st Visit HRPZ II: O&G Clinic

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM