thumbs up!


assalamualaikum

hari ni tiada mood nak berblogging
lepas blogwalking jap baru moodnya datang.hihi
so hari ni nak share satu karenah baru yang aku  buat masa drive
sesape nak ikut bolehla.hehe

selalu kan kalau ada kereta yang dari depan yang memotong tanpa jarak selamat
pastu dia masuk balik line dia sebelum hampir hampir bertembung dengan kita
biasa kita akan bagi high beam atau horn je kan
tapi aku selalu lambat pick up
selalu sempat marah sorang sorang je atas kereta
tak sempat nak buat apa signal

tup tup 2, 3 hari lepas aku terfikir
lepas ni kalau aku bertembung dengan situasi macam tu lagi
aku akan buat thumbs up pulak
so lepas tu memang aku buat macam tu lah

pergi keje pagi pagi selalu jumpa driver yang macam tu
mana yang dengan kereta, mana yang dengan motor
sp bila dia dekat je aku buat thumbs up, yang bermaksud:
'bagus..memang pandai kau memotong hingga hampir nak melanggar aku..'
pagi tadi aku dah buat thumbs up untuk sebuah motor
and petang semalam untuk sebuah kereta

kalau bagi high beam atau horn je sebab dah biasa sangat mesti pemandu hebat ni tak kisah dah
so kita bagi thumbs up je
mesti dia akan rasa pelik and tahu yang kita ni perli dorangla
konfem terbakar hati punya
sekali dengan masa buat thumbs up tu apa kata tayang muka senyum sinis sekali
kalau boleh jengil jengil mata sekali
lantakla dorang nampak ke tak

biasa kalau hampir selisih konfem nampak
kalau nak over lagi tepuk tangan pun boleh
untuk meraikan kehebatan dorang memotong dan hampir melanggar kita jugak kan
kalau eksiden mesti konfem paling sikit 3 buah kereta akan terlibat
tak ke hebat tu
so dorang patutla terima tepukan
jangan tepuk sampai kita pulak nak langgar orang sudah.kahkahkah

ntah apala aku membebel ni, selalu ada isu di jalan raya
tak penyabar sungguh.hihi
apapun, untuk pemandu pemandu semua
pastikan jarak selamat barula potong ye
and konfiden, kalau teragak agak baik tak payah!








Comments

  1. kalau masa2 nak pergi kerja memang normal jumpa driver macam ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D