Posts

Showing posts from February, 2013

flu and fever

assalamualaikum ahad isnin sihat walafiat je lagi pagi semalam masa b nak hantar hujan lebat payung takde so cepat cepat lari pergi tempat teduh sempat basahla jugak sampai tempat kerja anak kucing kawan sekerja tersepit kat dalam enjin celah pintu so dok tolong tengok and cuba tarik anak kucing tu keluar sempatla basah sikit masa otw balik kerja dah rasa pening pening melayang pusing je kepala ni lepas mandi and solat maghrib suami pergi kedai masa tu dah mula la rasa panas muka, hidung berair and tak sedap badan so makan panadol 2 biji bangun pagi tadi still hidung berair muka berbahang panas badan pun letih semacam bernafas pun ikut mulut sebab hidung tersumbat sabar sajalah nak habiskan kelas sampai tengahari tu bila dah petang memang nak cepat cepat sampai rumah je lepas pekena tomyam untuk dinner barulah badan rasa segar sikit malam ni makan lagi panadol and ubat selsema harapnya bangun esok pagi okayla communication books ada sikit tak siap lagi ka

tipsy tuesday: petua hilangkan dagu berlapis

Image
assalamualaikum kebetulan  ensaiklopedia petua melayu lama  share tips yang relevan dengan aku walaupun aku ni kategori berat badan normal tapi aku memang bermasalah tang dagu asal lebih makan sikit lemak la kot suka naik kat bahagian pipi and dagu kalau salah snap gambar nampakla bulat semacam kalau dulu aku ni kategori bujur sireh la ni dah boleh masuk kategori bulan purnama la kot padahal body aku slim je.hihihi slim la sangat kannnnn.... ;p kat bawah ni ada a few tips yang boleh di apply  ntah berkesan ke tak tak tahula tapi aku pun bolehla try sekali nanti Dagu berlapis bukan saja terbentuk daripada kesan makan berlebihan. Banyak faktor lain yang membantu, menyumbang atau menyebabkan ianya terjadi termasuk cara duduk dan berjalan yang tidak betul. 1. Cuba jangan membongkok atau tunduk ketika duduk, berdiri atau berjalan. Pastikan belakang tegak mendagu sentiasa. 2. Jaga pemakanan supaya tidak berlebihan. Orang gemuk lebih mudah mend

hati seorang ayah

Image
assalamualaikum hari ni nak story pasal ayah minggu lepas on tuesday masa kat tempat kerja adik kol katanya suruh balik cepat sebab ayah mengadu tak sihat nak pitam kepala pusing nak ke klinik so aku mintak leave dengan bos dan terus balik lepas aku sampai abang pun baru sampai kebetulan aku pun tengah tak sihat sakit kepala first day period so abang je hantar ayah pi klinik kena cucuk satu jarum katanya ayah darah naik sikit family belah ayah pun ada yang kena strok so risau jugak kalau bolld pressure tinggi sangat esok petangnya aku kol mak dia cakap ayah dah okayla dah start keluar dari rumah so okayla takde risau sangat sampaila khamis aku dah tak singgah rumah mak hari jumaat satu hari memang aku spend kat rumah mertua je setel semua kerja rumah basuh and lipat baju sabtu biasanya aku akan pergi lepak rumah mak tapi sabtu tu lepas habis tuisyen rupanya ada short meeting and kena kemas tadika dah lewat petang baru boleh balik

resepi mudah: telur bungkus ala muis

Image
assalamualaikum memandangkan jap tadi aku masak telur bungkus untuk dinner so aku nak share la resepi telur bungkus air tangan aku yang tak berapa pandai ni.hehe oh ya ni kali kedua aku buat telur bungkus puas asik makan tomyam dengan telur dadar je.hehe bahan bahan: ayam ( tu je yang ada dalam peti ais kat rumah.hehe) telur ayam sebiji bawang 3 sekawan sedikit halia cabai 3 biji cara membuatnya: mengikut arah putaran jam: mula mula aku goreng ayam separuh masak asingkan minyak lebihan aku terus tumiskan bawang dengan halia dengan cabai yang ditumbuk pastu bila dah masak barula dadarkan telur kali ni guna kuali leper barula dapat bentuk bulat yang cantik bila agak agak telur dah masak letak isi ayam yang digoreng tadi pastu terus bungkus kat atas dapur tu je bila dah siap barulah di alihkan ke dalam pinggan tadaaa... nilah hasilnya makan berdua je pun  habis separuh je kali ni dapat bungkus cantik

maulidur rasul di rumah mak

Image
 assalamualaikum cerita last friday malamnya mak buat makan maulud nabi aku dah petang baru sampai rumah mak paginya ada tuisyen and tengahari pergi makan kenduri ruman pakcik sebelah suami lepas rehat rehat kejap baru balik rumah mak balik lewat pun takpe sebab dah ramai yang menolong.hehe biasa aku dok menyibuk jelah mak tak buat banyak lauk pun just gulai daging dengan ubi keling akak buat ayam goreng berempah pastu mak buat kerabu terung campur pucuk paku aku kalau kerabu pucuk paku aku sukala tapi bila dah bercampur dengan terung memangla aku tak makan lepas tu ada jugak ulam mentah dengan ulam rebus budu dengan ikan tawar mak buat jugak tapai  ada desert puding koktel dengan mini muffin kebetulan malam tu aku badmood and sakit kepala so aku melepak rehat dalam bilik saja lepas tu rupanya ayah buat selawat rumi tak lama tak dengar so aku cuma bukak pintu sikit and dengar dari dalam bilik dari kecil kat k

trend adaptasi novel ke drama/filem

Image
assalamualaikum engkau adam dan aku hawa, akan ku setia hingga hujung nyawa, sehangat asmara kita..selamanya hehehe menjiwang pulak malam malam ni nak membebel trend terbaru drama dan filem masa terkini mesti dah boleh agak kan?hehe adaptasi novel ke  drama/filem bermula dengan lagenda budak setan tak salah aku filemnya terus meletop letop macam bertih jagung aku tak heranla sebab novelnya memang best kegilaan di zaman muda remaja lepas tu datang pulak ombak tsunami ombak rindu meletop letop lagi gempak dari lagenda budak setan sana sini dok izzah, haris ombak rindu reda je ombak rindu tup tup datang adam dan hawa adaptasi novel aisya sofea bagi aku novel ni okayyyyla tapi dramanya hangat sebab aaron aziz la kot, konfem! aku ingat aku tengok 1 episod je ka mustika hd 134 episod yg dorang kena tangkap ain hawani dok menggila marah tu lepas u memang dah tak tengok lepas tu yang terbaru of coursela setia hujung nyawa aku rupanya pe

random #6

Image
assalamualaikum ni menu makan petang mee dengan mihun goreng ni memang femes area jelawat dari zaman aku kecik sampaila sekarang still ada mee mok doh orang panggil memang orang beratur nak membelinya portion banyak ni baru RM1 boleh campur makan pulak dengan drummet ayamas perrgghh memang terangkat tambah ikan bilis and kacang goreng kena pulak ada sambal tumis ke dia pun ada jual mee mentah jugak lagi jadi pilihan org ramai dari mee dalam paket lagi murah dari mee cap sampan.hehe kalau tak makan nasi malam aku makan buah je takpun lepas makan nasi aku makan buah jugak.hihi stok buah memang ada dalam peti ais limau barli ni kat area jelawat susah jugak nak jumpa kalau jumpa memang aku beli kalau buah yang lain melambak la makan petang cik long belanja laksa penang telur sebiji kedai ni macam ramai la jugak yang singgah tapi bagi aku tak la sedap sangat telur sebiji separuh pun aku tak habis makan

leisure time: aku bercerita

Image
assalamualaikum dah lama tak baca novel baru.hihi so aritu bukak laman web alaf 21 rupanya ramlee awang mursyid ada novel baru apa lagi aku terus la cepat cepat kol cikgu ismira tanya dia dah beli ke belum rupanya dia pun tak tahu busy katanya tak sempat nak beli novel padahal dia la tokey membeli, aku tukang baca je,kahkahkah so masa hantar dia balik jerteh, aku arahkan suruh dia belila siap buat permintaan 2 novel pulak tu.hehe satu lagi novel lynn dayana nasib baik tiada bantahan,hehe selamat lagi duit aku sebab biasanya yang aku nak baca, kalau dia tak beli barula aku beli sendiri berbalik kepada novel terbaru RAM ni bertajuk 'aku bercerita' bagi aku novel yang ni aku suka sebab dia macam kompilasikan 5 novel pendek dengan isu dan latar tahun dan genre yang berbeza disebabkan lebih pendek ceritanya pun lebih mudah difahami sebab ada karya RAM sebelum ni yang terlalu melangkaui pemikiran aku sampai 2, 3 kali repeat baca baru

drama swasta di petronas

assalamualaikum tengahari tadi aku singgah petronas jap nak cari gula and biskut buah tangan nak pegi rumah jiran kenduri kebetulan masa nak bayar di kaunter ada sorang akak and anak anaknya dari jauh aku dah dengar suara akak tu bunyi ek semacam je dari nada suara dah boleh tahu so aku ambik sebotol ice lemon tea and letak kat kaunter dia jeling aku...apahal? macam la kaunter tu bapak ko punya aku jeling dia balik and buat bodoh aku blah dari situ and duk tengok tengok kat rak biskut dari jauh aku dengar dia mintak resit and cjeck balik satu satu barang yang dibeli mintak maaf nak cakap tapi dari nada suaranya aku tahu akak ni antara golongan manusia yang agak sombong mentang rambut kau curly mengerbang macam hantu mentang kereta kau besar sikit mentang kau bawak handbag jenama sikit mentang kau pakai blaus and jeans ketat sikit memang kau cuma bercakap dengan budak di kaunter petronas je pun at ;east tunjukla sopan orang melayu sikit so nak dijadikan cerita l

escapism

Image
assalamualaikum Escapism  is  mental   diversion  by means of  entertainment  or  recreation , as an " escape " from the  perceived   unpleasant  or banal aspects of  daily life . It can also be used as a  term  to  define  the  actions   people  take to help relieve persisting  feelings  of  depression  or general sadness- wikipedia aku tengah dilanda pms kot rasa nak merajuk dengan suami kalau dipujuk berlinangan air mata kalau ditanya kenapa, aku pun tak tahu kenapa biasa aku diam membisu seribu bahasa sampai suami naik pening kepala dia kejap aku moody kejap aku happy tengok anak sedara main, aku pun menggila sekali mak geleng kepala tak henti dah macam budak budak katanya kat aku ni hari ni nak ubah mood punya pasal  walaupun tubuh badan rasa letih aku tetap offer diri nak hantar kakak dengan anak sedara balik jerteh bermalam kat sana tapi sekarang dah rasa rindu pula kat suami esok baru boleh jumpa, in sha allah semo

kata je..

Image
assalamualaikum permulaan hari untuk cuti yang panjang 4 hari straight dari jumaat sampai isnin suami plus lagi satu hari dia cuti sampai selasa kata je cuti, bukan nak pergi mana pun takde plan nak pergi mana pun tanya suami dia kata tunggula cuti sekolah.huhuhu kata je cuti tapi aku pagi still kena bangun awal sebab tuisyen smart aulad dah bermula jumaat and sabtu dari 9am hingga 1030 am ahad isnin ni jelah kalau yang betul betul cuti pun kata je cuti tahun baru cina  tapi kat area jelawat sesak mengalahkan nak raya puasa pulak tu hari ni ada sorang dato kat situ buat rumah terbuka dengan jejak waris dengarnya siap dengan jemputan khas dato' nik aziz so start dari jam 3 tadi sampaila 9malam nanti jalan kat area jelawat masuk ke kg seneng akan ditutup kata je mak nak buat majlis maulud malam ni  tapi aku sampai rumah dah 3 petang pulak tu tak tolong apa pun.hehe mak sedara dah ramai yang menolong kat dapur so aku main dengan

bersiaran dari kg seneng

Image
assalamualaikum kali pertama bersiaran dari rumah baru je beli maxis boadband tadi.hihihi ketinggalan zaman sungguhla tak kisahla yang penting baru sekarang ni aku rasa nak dulu kalau dulu siang hari aku sampai dah naik boring main fb dengan blogging kat tempat keje tai tahun ni students pun makkin ramai ada je masa rehat tapi bila badan penat memangla takde mood nak blogging kadang sampai 3,4 hari tak sempat nak update tak kisahla tak ramai yang nak baca pun yang penting tu salah satu cara aku nak hilangkan stress so bila fikir punya fikir memangla macam membazir je nak spend duit untuk guna internet kat rumah tapi blogging punya pasal terpaksala at least lapang sikit hati nak update blog, nak blogwalking sana sini kalau setakat fesbuk aku tak minat sangat bukak tengok update apa yang patut dahla, tu je aku beli maxis broadband postpaid je pun topup RM48 per 30 days dengan kapasiti data 2gb sahaja nak try je dulu kalau lain slo

suami romantikss

Image
Assalamualaikum  suami sape romantis plus romantik? bestkan kalau dapat suami romantikss ni.hehe kalau tengok dalam movie fuhh macam tak logik pun ada kengkadang romantikssnya berlebihan sangat kalau yang melayula kalau mat salleh tengok movie memangla tak pelik dah gaya hidup dorang camtu tapi siap yang dapat suami romantkss bertuahla badan kan  dah rezeki aku dapat suami kureng romantiksss.huhu kalau pergi Cameron baru dapat ros merah, tu pun sebab murah tak payah mintak suami belikan memang dia belikan bab perangai pulak suami memangla terlalu biar aku ni berdikari sangat sangat percaya kat isteri dia ni so agak kurang romantikss di situ.huhu bab dalam bilik tidur tak payahla nak cite kat sini kang dilabel blog 18sx susah pulak.kihkihkih  t api aku kan kaki membaca nak tahu apa yang romantik bagi aku kalau berkaitan buku? haaaa ni dia pehrgg kalau suami aku yang tulis macam, memang konfem aku cair macam ais dok tengah pa